Friday, 15 July 2016

Matawang Turkish Lira Jatuh Menjunam Akibat Percubaan Rampasan Kuasa di Turki.

Semalam, beberapa jam sebelum pasaran ditutup, kita telah dikejutkan dengan berita rampasan kuasa yang telah berlaku di Negara Turki. Ianya dilakukan oleh sebahagian daripada tentera Turki yang mahukan pemerintahan di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan digulingkan.

Semasa cubaan rampasan kuasa ini sedang berlaku, jet-jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara Turki manakala orang ramai mendapatkan perlindungan di rumah masing-masing.

Walaubagaimanapun, percubaan rampasan kuasa ini cuma mampu bertahan selasa 5jam sahaja. Rakyat negara itu telah keluar beramai-ramai ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa yang sedang dilakukan setelah gesaan dibuat oleh Erdogan secara langsung melalui video di Facetime.

Penyokong Erdogan telah turun ke jalanan dan membantah rampasan kuasa yang di lakukan.

Rakyat menghalang kereta kebal yang digunakan ketika percubaan rampasan kuasa.


Antara tentera yangberjaya ditahan oleh penyokong Erdogan.

Matawang tempatan Negara Turki iaitu Turkish Lira telah jatuh menjunam kesan dari percubaan rampasan kuasa ini. Ianya telah melemah sebanyak 4.6% berbanding US Dollar dan merupakan jatuhan harian yang paling teruk sejak 8tahun. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur-pelabur terhadap kestabilan politik di negara terbabit.



Turkish Lira Vs US Dollar

Selain itu, matawang-matawang safe haven juga dilihat mendapat permintaan ketika berita rampasan kuasa di Turki ini keluar. Matawang Yen menguat dan harga emas juga dilihat molonjak sebelum pasaran ditutup jam 5pagi tadi.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

1 comment:

  1. eToro is the #1 forex broker for newbie and advanced traders.

    ReplyDelete