Thursday, 28 July 2016

Apa Kata Bank-Bank Utama Selepas FOMC Awal Pagi Tadi

Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah semasa mereka. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangka oleh kebanyakan investor dan juga trader di seluruh dunia.



Bank-bank besar telah memberikan ulasan berkenaan keputusan Federal Reserve ini. Mari kita sama-sama baca ulasan mereka.



Danske Bank

Seperti jangkaan, FOMC telah mengekalkan federal funds mereka pada paras 0.25%-0.50%. Kenyataan baru oleh FOMC yang telah menarik perhatian pasaran adalah kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun hilang". Hal ini telah memberi gambaran bahawa kenyataan FOMC kali ini adalah lebih hawkish jika dibandingkan dengan kenyataan di bulan Jun yang lalu.



Bank of Amerika Merrill Lynch

Kenyataan FOMC kali ini dilihat lebih positive jika dibandingkan dengan Jun, tetapi ianya tidak mengubah apa-apa. FOMC menekankan bahawa risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun lenyap tetapi walaubagaimanapun, mereka akan teruskan memerhati keadaan ekonomi global dan juga perkembangan pasaran kewangan secara keseluruhannya. Untuk itu, kami berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan September nanti tidak akan berlaku tetapi kami menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Desember nanti jika tiada apa-apa kejutan negetif yang berlaku dalam pasaran.


BNP Paribas

FOMC telah pun mengekalkan kadar faedah mereka seperti jangkaan pada mesyuarat yang berlangsung pada 26-27 Julai yang lepas. Pada pandangan kami, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Fed jelas menggambarkan bahawa kenaikan kadar faedah hampir pasti berikutan kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah lenyap". Kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan September adalah lebih jelas asalkan data-data selepas ini berada dalam keadaan yang baik. Secara keseluruhannya, kenyataan Fed kali ini telah menyakinkan kami sekaligus telah menukarkan pandangan kami daripada tiada perubahan kadar faedah kepada kenaikan kadar faedah pada bulan September nanti.


Barclay Capital


Kami melihat kenyataan FOMC kali ini lebih hawkish daripada apa yang kami jangkakan, walaupun jangkaan kami tentang perubahan kenyataan kali ini sangat hampir dengan kenyataan sebenar yang telah dikeluarkan. Kenyataan kali ini meyakinkan kami bahawa FOMC berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedah mereka pada mesyuarat bulan September nanti, asalkan data-data pekerjaan terus mencatatkan bacaan yang baik. Kami juga berpendapat, Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.




1 comment:

  1. Quantum Binary Signals

    Get professional trading signals delivered to your cell phone every day.

    Follow our signals today and profit up to 270% per day.

    ReplyDelete