Wednesday, 6 July 2016

Junaman Pound Baru Saja Bermula Menurut 3 Bank Terkemuka Dunia

Semalam menyaksikan matawang Pound (GBP) meneruskan junaman dan telah mencatatkan harga terendah dalam tempoh 31tahun. GBPUSD menjunam ke paras 1.279x semalam pada sesi dagangan Asia kira2 jam 10pagi waktu tempatan.




Kejatuhan matawang pound ini belum lagi berakhir menurut 3 pedagang matawang terkemuka dunia. Matawang ini dijangka meneruskan momentum ke bawah sekitar 7 peratus ke 11 peratus lagi menurut Goldman Sachs Group Ins., Deutsche Bank AG dan juga Citigroup Inc.

Sterling bakal melemah kepada paras $1.20 pada tahun ini berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) menurut Goldman Sachs dan Deutsche Bank. Pemotongan kadar faedah ini terpaksa dilakukan untuk menstabilkan semula ekonomi UK dari terus merosot. Deutsche Bank pula melihat pound bakal jatuh dengan lebih teruk iaitu ke paras $1.15 menuju ke penghujung tahun 2016.



Kejatuhan matawang pound sterling ini adalah kesan dari keputusan UK-EU Referendum pada 24 Jun lepas yang menyaksikan Brexit telah memenangi Referendum tersebut dengan majoriti 52% berbanding Bremain 48%. Pada hari tersebut, GBPUSD telah jatuh lebih dari 1700pips.

"Pound masih ada ruang untuk terus melakukan junaman," kata George Saravelos, penolong ketua global foreign ecxhange research di Deutsche Bank.

Secara keseluruhannya, setakat ini, Great Britain Pound telah menjunam sebanyak 13peratus sejak keputusan referendum tersebut dikeluarkan menurut Bloomberg British Pound Index.



1 comment:

  1. eToro is the #1 forex trading platform for newbie and pro traders.

    ReplyDelete