Thursday 14 July 2016

BOE Mahu Potong Kadar Faedah Jam 7Malam Nanti?


Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 24Jun yang lepas, pasaran telah digemparkan dengan keputusan rakyat UK yang mahu keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Mereka telah meluahkan hasrat mereka itu ketika Referendum UK-EU Referendum yang mana akhirnya telah memihak kepada Brexit dengan undian sebanyak 52%.

Pound telah jatuh dengan mendadak pada hari keputusan referendum diumumkan dan berterusan jatuh sehingga beberapa hari lagi selepas itu sebelum akhirnya membuat sedikit pembetulan harga.

Ekonomi UK sangat terkesan dengan keputusan Brexit ini. Brexit mungkin akan menyebabkan kelemesetan ekonomi berlaku di United Kingdom. Bank of England (BOE) perlu memainkan peranannya sebagai badan penyelia kewangan di negara itu, agar impak Brexit ini tidak terus membahayakan keadaan ekonomi United Kingdom.



Bank of England


Oleh kerana itu, petang nanti jam 7malam, perhatian perlu diberikan kepada news Official Bank Rate (Interest rate) yang bakal di keluarkan oleh BOE. Mengikut pandangan majoriti ahli ekonomi, BOE dijangka akan memotong Official Bank Rate mereka daripada 0.50% kepada 0.25%. Keputusan ini perlu dibuat untuk merangsang semula ekonomi UK yang sudah dilihat lemah sebelum dari keputusan Brexit diumumkan lagi.

Namun, sebahagian ahli ekonomi lain berpendapat, BOE tidak akan memotong kadar faedah mereka kerana ianya belum pasti sama ada Brexit benar-benar telah menarik ekonomi UK kebawah. Mereka berpendapat, BOE perlu menunggu data-data ekonomi terkini yang dicatatkan UK setelah keputusan Brexit tempoh hari.

Apa pun, sebagai trader kita perlu bersiap sedia dengan sebarang keputusan yang bakal dikeluarkan. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit tips kepada anda semua tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah kesannya keatas matawang GBP.


BOE Memotong Kadar Faedah = GBP Melemah

BOE Mengekalkan Kadar Faedah = GBP Menguat Seketika



Secara keseluruhannya, GBP masih lagi dilihat bearish walaupun BOE mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedahnya petang nanti. Rancang lah dagangan anda dengan sebaiknya.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

No comments:

Post a Comment