Monday 4 December 2017

Peluang +230pips Di Pair USDCAD?



Ada setup yang agak menarik di pair USDCAD. Chart pattern 'double top' dilihat terbentuk di time frame daily. Namun, kita tidak perlu terburu2 untuk masuk position. Yang terbaik adalah tunggu sehingga neckline price berjaya di pecahkan. Jika neckline price tersebut berjaya di pecahkan, price berpotensi turun ke bawah sehingga 230pips.


Reason Fundamental ;

  • Data Employment &data GDP CAD yang bagus hari Jumaat lepas.
  • Harga minyak yang stabil dijangka turut memberi kesan +ve pada matawang CAD.
  • Ketidaktentuan politik di US berkaitan dengan isu Trump-Rusia ada potensi untuk melemahkan matawang USD.

Wednesday 11 October 2017

EURUSD Akan Turun?

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


Reason setup SELL EURUSD ;


Fundamental ;

EURO
➡️ Isu Catalonia
➡️ Belum ada kenyataan yang jelas dari ECB berkenaan QE Tapering.

USD
➡️ Labor data yang positif dari US pada Jumaat lepas. Data unemployment rate & earning memberangsangkan walaupun data NFP lemah kesan dari taufan yang melanda US sebelum ini.
➡️ FED masih optimis untuk menaikkan kadar faedah sekali lagi hujung tahun ini.


Teknikal ;

➡️ Price berdekatan SBR (support become resistance) di daily timeframe.

Saturday 10 June 2017

Parti Theresa May Hilang Majoriti. Apa Akan Jadi Pada Matawang GBP Selepas Ini?



Hari Jumaat yang lepas iaitu jatuh pada tarikh 9 Jun 2017, keputusan Pilihanraya Umum United Kingdom (UK) telah pun kita ketahui. Pada pilihanraya kali ini, tiada parti yang bertanding memperoleh majoriti kerusi. Parti Conservative yang di pimpin oleh Theresa May yang sebelum ini dijangka menang dengan lebih besar juga turut gagal memperoleh majoriti.

Parti Conservative hanya menang di 318 kerusi dari 650 kerusi yang dipertandingkan. Untuk mendapat majoriti dan membentuk kerajaan, mereka memerlukan sekurang2nya 326 kerusi.

Pencabar utama Parti Conservative, Parti Labour pula hanya mendapat 262 kerusi tetapi kerusi mereka telah bertambah sebanyak +32 berbanding pilihanraya sebelum ini. Ini dikira pencapaian yang baik buat Parti Labour namun mereka juga turut gagal untuk membentuk kerajaan dengan kerusi yang mereka ada.


Keputusan penuh UK Election 2017


Disebabkan tiada mana2 parti memperoleh majoriti kerusi, maka kerajaan campuran perlu ditubuhkan dan sudah pastinya Parti Conservative yang paling mempunyai kelebihan untuk memilih parti untuk mereka bekerjasama bagi membentuk kerajaan. Theresa May telah pun memberikan kenyataan bahawa Parti Conservative akan bekerjasama dengan Parti Democratic Unionist Party (DUP) untuk membentuk kerajaan. Pada pilihanraya kali ini, Parti DUP telah mendapat 10kerusi dan jika di tambah dengan 318 kerusi yang dimenangi oleh Parti Conservative, kedua2 parti ini memang sudah layak untuk membentuk kerajaan dengan total 328 kerusi. Pengumuman oleh Theresa May ini pastinya telah memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran.

Matawang GBP telah dijual sebelum ini dan melemah berbanding matawang2 utama yang lain setelah Parti Conservative gagal mendapat majoriti kerusi. Pair GBPUSD telah turun sekitar -320pips pada hari Jumaat yang lepas.


Kenapa market menjual matawang Pound apabila Parti Conservative gagal mendapat majoriti kerusi?

Kerana proses rundingan Brexit yang sedang berlangsung sekarang akan menjadi lebih rumit selepas ini kerana kuasa yang ada pada Theresa May akan berkurang berbanding sebelum ini.


Jadi apakah halatuju matawang GBP selepas ini?

Secara umumnya, kegagalan Parti Conservative untuk menang majoriti yang lebih besar pada pilihanraya kali ini akan memberikan impak yang -ve kepada matawang GBP dalam jangka masa yang pendek. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, saya secara peribadi berpendapat GBP berpotensi untuk pulih semula selepas kerajaan campuran Conservative + DUP berjaya dibentuk selepas ini.

Apa pun, kita perlu melihat kepada perkembangan situasi politik yang akan berlaku di UK dalam masa terdekat ini.

Wednesday 26 April 2017

Ini Apa Yang Trader Perlu Tahu Tentang Pilihanraya Presiden Perancis

Pembukaan pasaran minggu ini telah memperlihatkan price gap yang agak besar terhasil di beberapa pair terutamanya yang melibatkan matawang EURO & JPY. Pair EURUSD mencatatkan price gap hampir 200pips manakala pair USDJPY pula mencatatkan price gap lebih 150pips.

Price gap ini terbentuk disebabkan oleh keputusan pilihanraya Perancis pusingan pertama yang menyaksikan calon pilihan Emmanuel Macron telah menang dengan mendapat undian sebanyak 23.7%. Macron merupakan calon yang dilihat pro-EU(Kesatuan Eropah) dan kemenangan ini sekaligus telah meredakan ketidaktentuan geopolitik yang sedang berlaku di EU. Seperti yang kita semua sedia maklum, sebelum ini UK telah pun memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah setelah majoriti rakyatnya mengundi untuk keluar pada referendum yang diadakan bulan 6 tahun lepas. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kegoyahan hubungan geopolitik di antara negara2 Kesatuan Eropah.




Macron Vs Le Pen

Kemenangan Macron sedikit sebanyak telah meredakan ketegangan ini dan seterusnya telah memberikan pemangkin yang positif kepada matawang EURO. Matawang EURO telah mendapat permintaan dan terus menguat berbanding matawang2 utama yang lain sejurus keputusan pilihanraya ini dikeluarkan. Matawang JPY pula menerima impak yang negetif disebabkan tiadanya permintaan ke atas matawang safe haven.


Namun, kita perlu ingat bahawa ini baru pusingan pertama pilihanraya Presiden Perancis. Terdapat satu lagi pusingan di mana Macron perlu menentang seorang lagi calon yang berjaya menduduki tempat kedua dalam pemilihan presiden pusingan pertama dengan undian sebanyak 21.7% iaitu Le Pen. Le Pen merupakan calon presiden yang anti-EU. Kemenangan Le Pen akan membawa kepada malapetaka yang lebih besar kepada Kesatuan Eropah iaitu kemungkinan Perancis keluar dari Kesatuan Eropah seperti United Kingdom (UK). Jika Le Pen menang, dia telah berjanji untuk melakukan Referendum Frexit iaitu referendum untuk rakyat Perancis mengundi untuk kekal ataupun keluar dari Kesatuan Eropah.


Pusingan kedua Pilihanraya Presiden Perancis akan diadakan pada 7 May 2017 iaitu kurang 2minggu dari sekarang. Jadi apakah yang akan berlaku kepada pasaran matawang jika kemenangan berpihak kepada Macron atau pun Le Pen? Mari saya terangkan apa yang mungkin berlaku.

  • Macron Menang
    • Jika Macron menang, matawang EURO akan menerima tempias yang positif. EURO akan mendapat permintaan dan menguat. Selain itu, matawang safe haven JPY pula dijangka lemah.

  • Le Pen Menang
    • Jika Le Pen menang pula, mawatang EURO akan menerima kesan yang negetif. Matawang EURO akan jatuh menjunam manakala matawang matawang safe haven JPY pula akan mendapat permintaan dan sekaligus menguat.



Wednesday 12 April 2017

Peluang Menarik Di Pair EURAUD?

EURAUD. TFH1.


Setup di EURAUD agak menarik untuk diperhatikan. Secara teknikalnya, price sedang bermain-main di kawasan major resistance. Selain itu, buyer juga dilihat sudah kepenatan jika dilihat kepada pembentukan candle2 di time frame daily.

Dari sudut fundamental pula, esok pagi data AUD Employment Change akan dikeluarkan. Jika mengikut forecast, data dijangka keluar baik iaitu 20.3k berbanding data lepas yang hanya mencatatkan bacaan -6.4k. Jika esok, data betul2 keluar baik, price dijangka akan break trendline tersebut dan pair ini dijangka terus turun. Jadi yang terbaik adalah tunggu data keluar jam 9.30pagi nanti dan boleh cari position untuk sell jika data keluar baik & trendline tersebut berjaya di pecahkan.

Sunday 12 March 2017

Ini 3 Sebab Kenapa USD Lemah Walaupun Data NFP Bagus Jumaat Lepas

Hari Jumaat yang lepas, data ekonomi yang penting melibatkan matawang USD telah di keluarkan iaitu data pekerjaan US. Ada 3 data berimpak besar yang dikeluarkan serentak iaitu data Non Farm Payroll, data Unemployment rate & juga data Average Hourly Earning.



Data NFP mencatatkan bacaan yang memberangsangkan iaitu keluar pada paras 235k berbanding jangkaan 196k. Manakala previous data pula telah disemak semula ke paras yang lebih tinggi iaitu 238K. Selain itu, data Unemployment Rate juga keluar baik dengan mencatatkan bacaan 4.7% iaitu turun 0.1% berbanding bulan sebelumnya. Data yang terakhir iaitu data Average Hourly Earning pula keluar sedikit rendah berbanding jangkaan iaitu keluar pada paras 0.2% berbanding jangkaan 0.3%. Walaubagaimana pun, previous data Average Hourly Earning juga telah disemak semula seperti data NFP dan telah mencatatkan peningkatan kepada 0.2%.

Sekilas pandang, data pekerjaan US kali ini di lihat baik2 sahaja kan tetapi kenapa market react sebaliknya dengan data2 ini? Kenapa USD terus sahaja lemah sebaik data2 ini dikeluarkan?

Baiklah. Saya akan cuba menjawab persoalan ini. Pada pandangan saya, terdapat 3 sebab kenapa market bertindak sedemikian.


  1. Data tumpuan market pada malam tersebut adalah pada data Average Hourly Earning. Data yang lebih baik akan lebih memungkinkan Federal Reserve menaikkan kadar faedah pada 16 March nanti. Namun, market sedikit kecewa apabila data yang dikeluarkan hanya pada paras 0.2%.
  2.  Data NFP memang sudah dijangkakan akan mencatatkan bacaan yang memberangsangkan disebabkan data ADP NFP yang dikeluarkan  pada hari Rabu telah pun memberikan gambaran yang baik. USD telah pun di beli awal lagi setelah data ADP NFP dikeluarkan. Jadi dalam erti kata yang lain data NFP hari Jumaat telah pun di priced in lebih awal oleh market.
  3. Yang terakhir sekali adalah profit taking. USD lemah disebabkan berlakunya profit taking yang agak besar oleh market disebabkan oleh buyer2 USD yang tidak mahu mengambil risiko menjelang pengumuman kadar faedah oleh FOMC pada hari Khamis depan iaitu pada 16 March 2017. Jadi mereka mengambil peluang ini untuk take profit & menunggu harga USD yang lebih rendah untuk belian semula.
Nasib USD minggu ini bakal ditentukan oleh Federal Reserve sama ada mereka mahu menaikkan kadar faedah (interest rate) ataupun tidak pada awal pagi Khamis nanti. Jika mereka menaikkan kadar faedah mereka, USD dijangka akan menerima tempias yang positif tapi jika sebaliknya berlaku, USD bakal terus menjunam untuk membuat pembetulan harga yang lebih dalam. Walaubagaimanpun, untuk jangka masa yang lebih panjang USD masih lagi kekal bullish disebabkan Fed satu2nya central bank yang dalam proses untuk mengetatkan dasar kewangan mereka.

Thursday 16 February 2017

Kenapa Trader Perlu Faham Monetary Policy Setiap Central Bank?

Monetary policy digunakan untuk mengenalpasti BIG PICTURE (long term trend) setiap currency. Jadi sebagai seorang trader, kita perlu faham & jelas apakah dasar kewangan (monetary policy) semasa setiap central bank yang terlibat.

Bangunan Federal Reserve


Di bawah ini merupakan keadaan semasa dasar kewangan setiap bank pusat utama dunia.

⭕️ECB - Hold (easing). ECB mengekalkan interest rate sedia ada minggu lepas pada 19 Januari 2017 yang lalu. Mereka juga mengekalkan program QE dengan nilai 80billion euro sehingga March 2017 dan kemudiannya akan meneruskan dengan nilai 60billion euro setiap bulan hingga bulan Disember 2017. Euro masih kekal bearish untuk jangka masa yang panjang.

⭕️BOE - Hold (easing). BOE telah mengekalkan interest rate & juga program QE mereka pada 2 Februari 2017 yang lepas. BOE berterusan mengekalkan monetary policy sedia ada mereka sejak dari bulan September 2016 yang lepas. Keadaan semasa agak neutral untuk matawang GBP namun masih kekal bearish untuk jangka masa yang lebih panjang berikutan ketidakpastian halatuju Brexit.

⭕️RBNZ - Hold (easing). RBNZ telah mengekalkan interest rate sedia ada pada 9 Februari 2017 yang lepas pada paras 1.75%. Tone RBNZ dilihat agak neutral pada kali ni tetapi mereka tetap meneruskan kenyataan sebelum ini bahawa kadar tukaran matawang NZD yang lebih rendah adalah diperlukan. NZD masih kekal bearish untuk jangka masa panjang.

⭕️RBA - Hold (easing). RBA juga seperti RBNZ, mengekalkan interest rate sedia ada mereka pada paras 1.50% pada 7 Februari 2017 yang lepas. Kedudukan semasa agak neutral untuk matawang ni. Sudah 5 kali berturut2 RBA mengekalkan interest rate mereka sejak kali terakhir cut pada 2 Ogos 2016. Walaubagaimanapun RBA ada menyatakan bahawa nilai AUD yang tinggi adalah tidak diperlukan . Jadi sebarang kenaikan mendadak matawang AUD juga dilihat terhad. Namun kenaikan untuk jangka masa pendek tidak boleh dinafikan.

⭕️BOC - Hold (easing). BOC mengekalkan kadar faedah mereka malam tadi 18 Januari 2017 pada paras 0.5%. Namun, BOC menerusi Gabenornya, Poloz menyatakan kesediaan untuk momotong lagi kadar faedah selepas ini jika dirasakan perlu terutamanya jika polisi2 Presiden Amerika Syarikat yang baru, Donald Trump menganggu kestabilan ekonomi negera Canada. Statement ini dilihat dovish dan dijangka terus menekan matawang CAD. Matawang CAD dilihat bearish untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, turun & naiknya harga minyak akan turut memberikan pengaruh yang besar untuk matawang ini.

⭕️BOJ - Hold (easing). BOJ mengekalkan monetary policy sedia ada mereka pada 31 Januari 2017 yang lepas. BOJ masih lagi dalam proses melaksanakan QQE dan juga -ve interest rate. Kedudukan JPY untuk jangka masa panjang masih bearish.

⭕️FED - Hold (Tightening), Fed telah mengekalkan kadar faedah sedia ada mereka pada 2 Februari 2017 lepas. Sebelum ini Fed telah pun menaikkan kadar faedah mereka pada 15 Disember 2016 yang lepas iaitu sebanyak 25 basis points. Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah sekurang2nya 3kali lagi pada tahun 2017. Fed masih kekal sebagai satu2nya central bank yang mengetatkan monetary policy mereka. Long term trend untuk USD kekal bullish.

Thursday 26 January 2017

Double Bottom Di Pair USDJPY? Adakah Pair Ini Akan Terus Mendaki?


USDJPY, TFH1.


Pada 24 Januari iaitu pada hari Selasa lepas, pair usdjpy telah retest harga support terendah yang dicatatkan pada 18 Januari sebelum ini di paras 122.55. Selepas itu harga terus saja naik dan telah membentuk chart pattern yang dipanggil sebagai 'double bottom'.

Namun, mengikut teori chart pattern double bottom ini, ianya belum lengkap untuk dijadikan entry setup kerana harga belum lagi tembus neckline price yang berada 115.65. Jika berjaya tembus, harga mampu untuk naik lebih tinggi dan berkemungkinan untuk mencari harga tertinggi yang dicatatkan pada 3 Januari 2017, sekitar harga 118.60.


Teori Chart Pattern Double Bottom


Dari view fundamental pula, pair USDJPY ini juga dilihat mempunyai potensi untuk meneruskan pendakian namun risk jangka masa pendek nya terletak pada data US GDP & Durable Goods yang akan dikeluarkan jam 9.30malam nanti.