Sunday 3 July 2016

Cara Kira PROFIT dan LOSS Secara Manual.. Jom Sama-Sama Belajar..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera di ucapkan pada semua pembaca.. Tak lama dah nak sambut hari raya ni, macam mana persiapan semua? Duit raya dah tukar siap-siap ke? hehehe.. Dah profit banyak dari BREXIT aritu apa salahnya lebih-lebih skit bagi duit raya tahun ni kan.. Semoga makin bertambahlah rezeki anda semua.. Ok sebut pasal profit tadi, jom kita sama-sama belajar cara pengiraan PROFIT dan LOSS secara manual.. Kenapa nak belajar kira manual? Kan broker dah kira siap-siap REALIZE & UNREALIZE PROFIT/LOSS? Betul tu, memang broker dah siap kirakan untuk kita, tapi salah satu kegunaan nya kiraan manual ni adalah untuk kita ambil kira kemungkinan risiko dan juga ganjaran (risk reward) sebelum kita masuk kan entry..

Baiklah, sebelum kita mulakan cara pengiraan manual, saya rasa lebih baik kita segarkan kembali fikiran kita mengenai "Quote Currency" dan "Base Currency" pada pair yang kita biasa trade ni. Ambil contoh seperti Eur/Usd, Euro adalah Base Currency manakala US Dollar pula adalah Quote Currency.. Jadi jika pada harga semasa bagi Eur/Usd adalah 1.4500 berubah ke 1.4450 bermakna berlaku penurunan sebanyak 50pip. Jadi sekarang yang perlu anda tahu ialah saiz dagangan anda (jenis akaun dan leverage akan membuatkan kontrak anda semua berlainan). Sekiranya saiz kontrak dagangan anda adalah 100,000 EUR/USD anda perlu mendarabkan nya dengan jumlah pergerakan pip tadi (Euro 100,000 X 0.0050 = $500). Jadi sekiranya anda melakukan pembelian(buy) dengan saiz kontrak seperti diatas dan pergerakan harga menurun sebanyak 50pips anda akan mengalami kerugian sebanyak $500, dan anda akan mendapat keuntungan sekiranya anda melakukan penjualan(sell).

Sekarang saya akan ambil contoh pair Usd/Jpy pula. Katakan harga semasa bagi pair ini adalah 100.15 dan ianya menaik kepada 100.85. Ini bermakna ia telah melakukan pergerakan sebanyak 70pips. Dan anda melakukan pembelian(buy) menggunakan saiz kontrak sebanyak USD 100,000
ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan sebanyak 70,000 Yen (Usd 100,000 X 0.70 = 70,000 Yen) jadi berapakah keuntungan sebenar anda didalam USD? (sekiranya anda menggunakan USD sebagai matawang asas untuk akaun anda). Apada yang perlu anda lakukan adalah membahagikan keuntungan dalam Yen tadi kepada kadar Usd/Jpy dimana transaksi pembelian anda tadi ditutup (100.85). Jadi kiraannya adalah (70,000Yen / 100.85 = 694.10Usd).

Mudah je kan? cuma apa yang penting sekarang adalah anda perlu mengetahui jenis akaun yang anda guna kan serta leverage yang anda gunakan. Kerana dari situ anda akan mendapat berapakah saiz kontrak yang anda lakukan bagi setiap lot dagangan anda. Jadi saya berharap perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat pada anda semua, dan sekiranya sudi silalah kongsikan bersama sahabat-sahabat kita yang lain ye. Di kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf jika ada sebarang salah dan silap sepanjang saya melakukan perkongsian artikel samada sengaja mahupun tidak. Nanti dah kumpul duit raya tu boleh lah buat kira-kira berapa total saiz kontrak DUIT RAYA anda ye.. Jangan mare, peace dan Selamat Hari Raya semua.. hehehehe..


Ceecakman
SFA's Currency Analyst

1 comment:

  1. Kepada yg selalu Loss, lepastu depo.. lepastu MC.. depo lg.. try join sini.. FREE signal die memang boleh buat duit rr.. lepasni korg asyik widraw je.. Mmg giler rr! aku dah join.. ramai gak dlm channel die, 19 ribu orang trader dah join.. Try lah join sekarang sebelum channel close 💪🏻💪🏻

    "https://telegram.me/signalmasyukk"

    ReplyDelete