Showing posts with label usd. Show all posts
Showing posts with label usd. Show all posts

Wednesday, 29 April 2020

PAIR USDJPY AKAN TURUN?

USDJPY TF H4


Data US GDP Jam 8.30pm Nanti



Saya jangkakan pair usdjpy akan meneruskan penurunan selagi mana harga berada di bawah 107.05. Harga dijangka turun menuju 105.80.


Dari sudut fundamental/sentiment, bias saya adalah bearish untuk matawang usd. Malam ni data GDP akan keluar. Market expect data yang keluar akan lemah. Kalau actual data lebih buruk dari forecast, yes usd akan drop. Dan kalau actual data keluar lebih bagus dari forecast mungkin usd akan kuat seketika tapi saya still nampak usd akan lemah selepas tu. US masih lagi bergelut dengan wabak covid19. Kes +ve dah lebih dari 1juta dan kematian pula dah catat lebih 200k.

Untuk yen pula, as long market still dalam fear, yen akan dapat tempias positif. Yen akan menguat.

Monday, 13 January 2020

USDCAD NAK TURUN?


Link TradingView 


Saya sekarang sedang sell usdcad. Reason saya sell usdcad simple je sebenarnya.

Data employment usd keluar lemah hari jumaat lepas. Data employment cad pulak agak baik. So usdcad ada potensi untuk ⬇️

Dari segi teknikal pula, kalau bukak time frame daily boleh nampak price rejected Support Become Resistance (SBR).

Risk kepada position ni adalah data usd yang akan keluar malam iaitu US CPI. Data US CPI akan tentukan halatuju usd untuk minggu ni.

Personally, buat masa sekarang, bias saya bearish ⬇️ untuk matawang usd.

Sunday, 12 March 2017

Ini 3 Sebab Kenapa USD Lemah Walaupun Data NFP Bagus Jumaat Lepas

Hari Jumaat yang lepas, data ekonomi yang penting melibatkan matawang USD telah di keluarkan iaitu data pekerjaan US. Ada 3 data berimpak besar yang dikeluarkan serentak iaitu data Non Farm Payroll, data Unemployment rate & juga data Average Hourly Earning.



Data NFP mencatatkan bacaan yang memberangsangkan iaitu keluar pada paras 235k berbanding jangkaan 196k. Manakala previous data pula telah disemak semula ke paras yang lebih tinggi iaitu 238K. Selain itu, data Unemployment Rate juga keluar baik dengan mencatatkan bacaan 4.7% iaitu turun 0.1% berbanding bulan sebelumnya. Data yang terakhir iaitu data Average Hourly Earning pula keluar sedikit rendah berbanding jangkaan iaitu keluar pada paras 0.2% berbanding jangkaan 0.3%. Walaubagaimana pun, previous data Average Hourly Earning juga telah disemak semula seperti data NFP dan telah mencatatkan peningkatan kepada 0.2%.

Sekilas pandang, data pekerjaan US kali ini di lihat baik2 sahaja kan tetapi kenapa market react sebaliknya dengan data2 ini? Kenapa USD terus sahaja lemah sebaik data2 ini dikeluarkan?

Baiklah. Saya akan cuba menjawab persoalan ini. Pada pandangan saya, terdapat 3 sebab kenapa market bertindak sedemikian.


  1. Data tumpuan market pada malam tersebut adalah pada data Average Hourly Earning. Data yang lebih baik akan lebih memungkinkan Federal Reserve menaikkan kadar faedah pada 16 March nanti. Namun, market sedikit kecewa apabila data yang dikeluarkan hanya pada paras 0.2%.
  2.  Data NFP memang sudah dijangkakan akan mencatatkan bacaan yang memberangsangkan disebabkan data ADP NFP yang dikeluarkan  pada hari Rabu telah pun memberikan gambaran yang baik. USD telah pun di beli awal lagi setelah data ADP NFP dikeluarkan. Jadi dalam erti kata yang lain data NFP hari Jumaat telah pun di priced in lebih awal oleh market.
  3. Yang terakhir sekali adalah profit taking. USD lemah disebabkan berlakunya profit taking yang agak besar oleh market disebabkan oleh buyer2 USD yang tidak mahu mengambil risiko menjelang pengumuman kadar faedah oleh FOMC pada hari Khamis depan iaitu pada 16 March 2017. Jadi mereka mengambil peluang ini untuk take profit & menunggu harga USD yang lebih rendah untuk belian semula.
Nasib USD minggu ini bakal ditentukan oleh Federal Reserve sama ada mereka mahu menaikkan kadar faedah (interest rate) ataupun tidak pada awal pagi Khamis nanti. Jika mereka menaikkan kadar faedah mereka, USD dijangka akan menerima tempias yang positif tapi jika sebaliknya berlaku, USD bakal terus menjunam untuk membuat pembetulan harga yang lebih dalam. Walaubagaimanpun, untuk jangka masa yang lebih panjang USD masih lagi kekal bullish disebabkan Fed satu2nya central bank yang dalam proses untuk mengetatkan dasar kewangan mereka.

Thursday, 16 February 2017

Kenapa Trader Perlu Faham Monetary Policy Setiap Central Bank?

Monetary policy digunakan untuk mengenalpasti BIG PICTURE (long term trend) setiap currency. Jadi sebagai seorang trader, kita perlu faham & jelas apakah dasar kewangan (monetary policy) semasa setiap central bank yang terlibat.

Bangunan Federal Reserve


Di bawah ini merupakan keadaan semasa dasar kewangan setiap bank pusat utama dunia.

⭕️ECB - Hold (easing). ECB mengekalkan interest rate sedia ada minggu lepas pada 19 Januari 2017 yang lalu. Mereka juga mengekalkan program QE dengan nilai 80billion euro sehingga March 2017 dan kemudiannya akan meneruskan dengan nilai 60billion euro setiap bulan hingga bulan Disember 2017. Euro masih kekal bearish untuk jangka masa yang panjang.

⭕️BOE - Hold (easing). BOE telah mengekalkan interest rate & juga program QE mereka pada 2 Februari 2017 yang lepas. BOE berterusan mengekalkan monetary policy sedia ada mereka sejak dari bulan September 2016 yang lepas. Keadaan semasa agak neutral untuk matawang GBP namun masih kekal bearish untuk jangka masa yang lebih panjang berikutan ketidakpastian halatuju Brexit.

⭕️RBNZ - Hold (easing). RBNZ telah mengekalkan interest rate sedia ada pada 9 Februari 2017 yang lepas pada paras 1.75%. Tone RBNZ dilihat agak neutral pada kali ni tetapi mereka tetap meneruskan kenyataan sebelum ini bahawa kadar tukaran matawang NZD yang lebih rendah adalah diperlukan. NZD masih kekal bearish untuk jangka masa panjang.

⭕️RBA - Hold (easing). RBA juga seperti RBNZ, mengekalkan interest rate sedia ada mereka pada paras 1.50% pada 7 Februari 2017 yang lepas. Kedudukan semasa agak neutral untuk matawang ni. Sudah 5 kali berturut2 RBA mengekalkan interest rate mereka sejak kali terakhir cut pada 2 Ogos 2016. Walaubagaimanapun RBA ada menyatakan bahawa nilai AUD yang tinggi adalah tidak diperlukan . Jadi sebarang kenaikan mendadak matawang AUD juga dilihat terhad. Namun kenaikan untuk jangka masa pendek tidak boleh dinafikan.

⭕️BOC - Hold (easing). BOC mengekalkan kadar faedah mereka malam tadi 18 Januari 2017 pada paras 0.5%. Namun, BOC menerusi Gabenornya, Poloz menyatakan kesediaan untuk momotong lagi kadar faedah selepas ini jika dirasakan perlu terutamanya jika polisi2 Presiden Amerika Syarikat yang baru, Donald Trump menganggu kestabilan ekonomi negera Canada. Statement ini dilihat dovish dan dijangka terus menekan matawang CAD. Matawang CAD dilihat bearish untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, turun & naiknya harga minyak akan turut memberikan pengaruh yang besar untuk matawang ini.

⭕️BOJ - Hold (easing). BOJ mengekalkan monetary policy sedia ada mereka pada 31 Januari 2017 yang lepas. BOJ masih lagi dalam proses melaksanakan QQE dan juga -ve interest rate. Kedudukan JPY untuk jangka masa panjang masih bearish.

⭕️FED - Hold (Tightening), Fed telah mengekalkan kadar faedah sedia ada mereka pada 2 Februari 2017 lepas. Sebelum ini Fed telah pun menaikkan kadar faedah mereka pada 15 Disember 2016 yang lepas iaitu sebanyak 25 basis points. Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah sekurang2nya 3kali lagi pada tahun 2017. Fed masih kekal sebagai satu2nya central bank yang mengetatkan monetary policy mereka. Long term trend untuk USD kekal bullish.

Tuesday, 13 December 2016

Federal Reserve Hampir Pasti Untuk Menaikkan Kadar Faedah Mereka Awal Pagi Nanti. Adakah Anda Sudah Bersedia?

Debaran kian terasa. Awal pagi nanti iaitu pada jam 3pagi, semua persoalan akan terjawab sama ada Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah mereka ataupun tidak.

Majoriti penganalisa pasaran profesional menjangkakan Federal reserve akan menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25basis points awal pagi nanti. Jadi apakah impaknya kepada matawang US Dollar (USD)?



Baiklah, saya akan cuba perincikan perkara ini. Secara umumnya, kenaikan kadar faedah oleh central bank akan menguatkan matawang negara yang terlibat dan untuk kes pagi ini adalah matawang USD. Namun, ianya tidak lah semudah itu sahaja untuk kita membuat rumusan. Oleh itu, di bawah ini saya nyatakan 4 kemungkinan yang bakal berlaku awal pagi nanti.


  1. Fed menaikkan kadar faedah dan memberikan gambaran ataupun forward guidence bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah lagi pada tahun hadapan secara agresif.

    Jika ini berlaku, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Ianya akan terus menguat berbanding matawang2 utama yang lain. Pair USDJPY dilihat tiada masalah untuk meneruskan pendakian ke arah harga 120.00 manakala pair EURUSD pula dijangka akan memecahkan support 1.0500 dan seterusnya menuju ke harga parity iaitu 1.0000.

  2. Fed menaikkan kadar faedah tetapi tidak akan menaikkan kadar faedah secara agresif pada tahun hadapan dan kenaikan kadar faedah perlu bergantung kepada data ekonomi US yang akan datang.
    Jika ini berlaku, matawang USD mungkin tidak akan dapat meneruskan pendakian disebabkan kemungkinan berlakunya profit taking oleh market participant. Market telah pun priced in dengan kenaikan yang seperti ini. Matawang USD dijangka akan sedikit melemah tetapi ianya merupakan peluang yang baik untuk kita membeli semula matawang ini pada harga yang lebih murah.

  3. Fed menaikkan kadar faedah tetapi langsung tidak memberikan forward guidence untuk kenaikan akan datang.
    Jika ini berlaku, matawang USD dijangka akan melemah dengan lebih teruk berbanding di situasi 2. Oleh itu perlu lebih berhati2 jika anda mahu buy matawang USD dalam masa yang terdekat selepas pengumuman dibuat. Deeper correction adalah dijangkakan jika situasi ini berlaku. Pair USDJPY berkemungkinan turun membuat pembetulan harga ke level 113-112 manakala pair EURUSD pula mungkin berpotensi menuju ke 1.08-1.09. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, USD masih kekal bullish.

  4. Fed tidak menaikan kadar faedah.

    Jika ini berlaku, matawang USD akan dijual secara besar-besaran. Ianya akan melemah dengan teruk berbanding matawang2 utama yang lain. Boleh cari position untuk sell matawang USD. Buy pair xxx/usd atau sell usd/xxx. Matawang USD akan menjunam.



    Plan your trade & trade your plan. 


Sunday, 27 November 2016

Chart Pattern HNS Telah Terbentuk Di Pair NZDUSD. Adakah Pair Ini Akan Terus Turun?

NZDUSD. TFD1.

Chart pattern Head & Shoulder (HNS) telah terbentuk di daily timeframe untuk pasangan matawang NZDUSD. Price telah pun berjaya break neckline seperti yang boleh anda lihat pada chart di atas. Harga sekarang sedang berada di paras 0.7057 iaitu bawah sedikit sahaja dari neckline yang sudah di break sebelum ini.

Untuk keadaan semasa, pasangan matawang ini dijangka turun jika harga mampu kekal di bawah neckline tersebut. Untuk jangka masa yang lebih panjang pula, pasangan matawang ini terus dilihat bearish selagi ianya kekal di bawah harga tertinggi di right shoulder iaitu sekitar 0.7405.

Dari sudut fundamental pula, matawang NZD masih tertekan disebabkan pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada 10 November lepas. Selain itu, Federal Resere juga hampir pasti untuk menaikkan kadar faedah mereka pada 15 Disember nanti dan atas faktor-faktor inilah pasangan matawang NZDUSD dijangka terus melemah.




Saturday, 12 November 2016

Trump Sudah Menang Pilihanraya. Ke manakah Halatuju USD Seterusnya?


Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Segala teka teki telah berakhir pada hari Khamis yang lepas. Donald Trump telah pun memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat menewaskan pesaingnya Hillary Clinton. Kemenangan ini agak mengejutkan kerana calon pilihan adalah Hillary Clinton dan bukannya Donald Trump.

Walaubagaimanapun, hakikat perlu diterima bahawa rakyat Amerika Syarikat telah pun memilih dan mengangkat Donald Trump sebagai presiden yang baru menggantikan Barack Obama yang telah pun selesai berkhidmat selama 8 tahun.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kesan kemenangan Trump kepada pasaran khususnya kepada matawang USD. Pada mulanya, ketika kiraan undian dibuat, apabila keputusan semasa memihak kepada Donald Trump, USD dilihat melemah dan jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. Matawang safe haven pula ketika itu mendapat permintaan yang tinggi dan menguat terutamanya matawang Japanese Yen (JPY).

Tetapi, kesan ini tidak bertahan lama. Matawang USD terus saja kembali menguat setelah Donald Trump secara rasminya diumumkan sebagai pemenang. Matawang safe haven, Yen juga terus sahaja dijual kembali dan lemah dengan mendadak berbanding matawang utama yang lain. Ini jelas terbukti apabila pasangan matawang USDJPY naik mendadak sekitar 470pips dari harga terendah sebelum itu.


USDJPY. TFD1.


Kenapa perkara ini berlaku?

Terdapat 2 faktor yang menyebabkan USD kembali mengukuh setelah Donald Trump diumumkan sebagai pemenang.

Faktor pertama adalah disebabkan oleh ucapan pertama Trump setelah menang pilihanraya yang dilihat sangat positif berhubung masa depan ekonomi Amerika Syarikat. Berikut merupakan petikan ucapan beliau ;

"We have a great economic plan. We will double our growth and have the strongest economy anywhere in the world. At the same time, we will get along with all other nations willing to get along with us. We will be."

Faktor kedua adalah disebabkan oleh monetory policy semasa Federal Reserve itu sendiri. Seperi yang kita semua sedia maklum, Fed masih lagi dalam fasa mengetatkan dasar kewangan (monetary policy) mereka. Bulan hadapan, Fed dijangka menaikkan kadar faedah (interest rate) mereka dan ini merupakan sesuatu yang positif buat matawang USD dalam jangka masa yang panjang. Jadi, apabila USD mengalami kejatuhan, pelabur dan pedagang seluruh dunia akan mengambil peluang untuk membeli USD pada harga yang murah. Perkara ini yang berlaku pada hari Khamis yang lepas.


Apa pula halatuju USD selepas ini?

Halatuju USD selepas ini dilihat bullish (uptrend) dengan kemungkinan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan hadapan. Namun perlu diingat bahawa, sebarang pembetulan harga (retracement) pada matawang USD juga tidak boleh ditolak setelah kenaikan yang agak mendadak pada minggu lepas. Tetapi, secara keseluruhannya USD masih lagi berpotensi untuk meneruskan kenaikan selepas ini.

Tuesday, 8 November 2016

Hillary Clinton Vs Donald Trump. Apa Kesan Kemenangan Mereka Ke Atas Pasaran Matawang?

Pada hari selasa ini, 8 haribulan November 2016, kita akan menyaksikan pertembungan antara 2 calon presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu Hillary Clinton & juga Donald Trump. Calon presiden Amerika Syarikat yang baru ini bakal mengantikan Presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu Barack Obama yang telah pun tamat berkhidmat selama 8tahun.

Donald Trump Vs Hillary Clinton

Seluruh rakyat Amerika Syarikat yang layak akan turun mengundi calon presiden pilihan mereka yang masing-masing mewakili Parti Democratic (Hillary Cinton) dan juga Parti Republican (Donald Trump).


Seluruh dunia pastinya akan tertunggu-tunggu siapakah yang akan memenangi pilihanraya ini nanti. Sebagai seorang trader, kita juga pasti menantikan keputusan yang bakal diumumkan kerana kita sedia maklum bahawa keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 ini akan memberikan impak yang besar kepada seluruh pasaran kewangan.

Senario 1 – Clinton menang sebagai presiden yang baru

Jika Hillary Clinton menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Hal ini kerana Hillary Clinton hanya akan meneruskan kesinambungan polisi-polisi yang telah dibuat oleh Presiden Barrack Obama sebelum ini. 

Matawang Mexican Peso (MXN) juga bakal menerima tempias yang positif kerana hubungan dua hala antara Amerika & Mexico akan berterusan seperti biasa berbanding jika Donald Trump yang memenangi pilihanraya di mana ianya merupakan ancaman yang besar kepada Negara Mexico dengan dasar2 baru yang bakal dilakukannya. Selain itu, matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY), CHF akan melemah berikutan kurangnya permintaan disebabkan market akan berada dalam keadaan yang stabil. 


Senario 2 – Donald Trump menang sebagai presiden yang baru

Jika Donald Trump pula menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang negetif. Matawang USD dijangka melemah berbanding matawang2 utama yang lain. Matawang Mexican Peso juga bakal jatuh disebabkan hubungan dua hala di antara dua negara ini bakal terjejas.

Selain itu, ketidaktentuan pasaran juga akan menyebabkan matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY) dan CHF mendapat permintaan yang tinggi dan seterusnya menguat. Matawang safe haven akan mendapat permintaan ketika pasaran berada dalam keadaan yang panik dan tidak stabil.

Tuesday, 18 October 2016

Market Update (18/10/16)




  • Awal pagi hari ini iaitu jam 5.45pagi, data penting melibatkan matawang NZD telah dikeluarkan iaitu data CPI. Data NZD CPI q/q mencatatkan bacaan 0.2% berbanding data forecast 0.0% dan juga data previous 0.4%. Matawang NZD meningkat setelah data ini dikeluarkan disebabkan ianya lebih tinggi berbanding jangkaan. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, NZD dijangka kembali ditekan berikutan kemungkinan berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada bulan depan.



  • AUD kuat hari ini. Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengeluarkan Monetary Policy Meeting Minutes mereka jam 8.30pagi tadi. Secara keseluruhannya meeting minutes tersebut dilihat neutral dengan tiada apa kenyataan baru yang manarik perhatian market. Berkenaan AUD, RBA masih lagi mengekalkan kenyataan bahawa nilai matawang AUD yang terlalu tinggi akan menyukarkan keseimbangan ekonomi. Jadi, kenaikan AUD dijangka terhad juga selepas ini.


  • Data GBP juga mencatatkan peningkatan hari ini. Ianya disebabkan oleh data UK CPI yang baik yang dikeluarkan jam 4.30petang tadi. Data UK CPI y/y keluar lebih tinggi berbanding data forecast dan juga previous. Data sebenar meningkat kepada 1.0% berbanding forecast 0.9% dan juga previous 0.6%. Data ini sedikit sebanyak telah memberikan sokongan yang positif kepada matawang GBP yang sebelum ini tertekan akibat sentimen Brexit. Pair GBPUSD telah melakukan pembetulan harga kira2 170pips dari harga terendah semalam. Ketika update ini ditulis ianya sedang didagangkan diparas 1.2289 iaitu naik 107pips dari harga pembukaan.


  • Data US CPI juga telah dikeluarkan jam 8.30malam sebentar tadi. Data US CPI m/m keluar sama seperti forecast iaitu pada bacaan 0.3% berbanding data lepas 0.2%. Bacaan data untuk US Core CPI pula sedikit menurun dari data lepas iaitu 0.3% kepada 0.1%. Ini telah menyebabkan reaksi market ke atas matawang USD bercampur2 setelah data2 ini keluarkan.


Wednesday, 12 October 2016

Market Update (13/10/16)



  • Yen matawang yang paling lemah setakat ini hari ini. Ianya melemah berbanding matawang2 utama yang lain berikutan kenyataan dari Gabenor Bank Jepun, Haruhiko Kuroda di sebelah pagi tadi bahawa BOj akan melonggarkan lagi polisi kewangan sedia ada termasuk lah untuk merendahkan lagi kadar faedah negetif mereka. Ketika update ini ditulis, harga pasangan matawang USDJPY telah pun berjaya melepasi hara tertinggi yang dicatatkan minggu lepas dan ianya sekarang sedang berada diparas 104.43 iaitu naik sekitar 90pips dari harga pembukaan hari ini.


  • USD Dollar secara keseluruhannya kuat setakat hari ini. USD Index mencatatkan kenaikan sebanyak +0.32% dan sekarang sedang berada di paras 98.00. USD terus mendapat tempias yang positif disebabkan oleh kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve sekurang2nya sekali pada tahun ini. Kenaikan kadar faedah tersebut dijangka berlaku pada bulan Disember nanti. Untuk keadaan semasa, semua investor dan trader sedang menantikan FOMC Meeting Minutes jam 2pagi nanti.


  • Harga minyak mentah turun hari ini. Ianya turun sedikit kepada $50.18 berbanding harga tertinggi yang dicatatkan semalam pada paras $51.47. Harga minyak mentah gagal melepasi major resistance yang berada pada paras $51.48 iaitu harga tertinggi yang dicatatkan pada 8 Jun 2016. Matawang CAD hari ini telah terkesan dengan penurunan harga minyak mentah ini dan dilihat melemah. Harga minyak mentah berterusan naik sebelum ini disebabkan oleh keputusan yang dicapai oleh menyuarat tidak rasmi OPEC di Algeria berkenaan dengan pemotongan kadar pengeluaran minyak mentah.

Friday, 7 October 2016

Market Update (07/10/16)



  • Market hari ini dikejutkan dengan junaman matawang GBP sekitar jam 7pagi waktu tempatan. Pergerakan ini berlaku dipercayai akibat perbuatan 'fat finger'. Pasangan matawang GBPUSD menjunam sekitar 600pips dalam jangka masa beberapa minit saja. Untuk keadaan semasa, sentimen ke atas matawang GBP masih dilihat bearish berikutan pengumuman Perdana Menteri UK Theresa May bahawa kerajaan mereka akan menghantar 'article 50' untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada hujung bulan march 2017. Namun, data2 baik yang dicatatkan oleh ekonomi UK mungkin boleh membuatkan matawang GBP melakukan pembetulan harga untuk jangka masa pendek.


  • Sebentar tadi US telah mengeluarkan data Non Farm Payroll (NFP) mereka. Data yang dicatatkan sedikit lemah iaitu 156k berbanding data forecast 171k. Data previous pula telah di semak semula dari 151k kepada 167k. Data Unemployment Rate (kadar pengangguran) pula naik kepada 5.0% dari 4.9% sebelum ini. Selain itu data Average Hourly Earnings m/m mencatatkan peningkatan dari 0.1% kepada 0.2%. Secara keseluruhannya data2 yang dikeluarkan pada kali ini dianggap lemah dan matawang USD dijual dan dilihat lemah berbanding matawang2 utama yang lain setelah market menghadam data2 tersebut.


  • Matawang CAD pula kuat setelah Canadian labour data keluar bersama2 data US NFP sebentar tadi. Data Employment change mereka keluar kuat pada bacaan 67.2k berbanding data forecast 8.5k dan juga data previous 26.2k. Data Unemployment rate pula kekal tidak berubah pada paras 7.0%. Pasangan matawang USDCAD turun sekitar 100pips setelah data2 tersebut dikeluarkan. Harga minyak mentah juga dilihat stabil di atas paras $50 setakat ini dan matawang CAD berpotensi untuk kekal kuat sehingga pasaran ditutup jam 5pagi nanti.

Tuesday, 4 October 2016

Market Update (04/10/16)




  • GBP masih lagi menjunam jatuh hari ini. Pasangan matawang GBPUSD masih meneruskan penurunan dengan mencatatkan harga terendah dalam jangka masa 31 tahun. Sentimen pasaran masih lagi berkisarkan isu Brexit. UK telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Perdana Menteri nya Theresa May bahawa mereka akan menyerahkan 'article 50' untuk keluar pada Kesatuan Eropah pada penghujung bulan March 2017. GBPUSD telah mengalami kejatuhan lebih dari 100pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini.



  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah (cash rate) mereka pada paras 1.50%. Pengumuman ini telah dibuat pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan hari ini. Tidak banyak perubahan statement2 dari RBA untuk meeting kali ini. RBA ada menyentuh berkenaan kadar tukaran matawang Australian Dollar. Mereka mengeluarkan kenyataan "Rising AUD could complicate economic adjustment". RBA dilihat tidak mahukan kekuatan yang berlebihan kepada matawang Australian Dollar. Untuk keadaan semasa, AUD dilihat agak neutral tetapi untuk jangka masa yang lebih panjang, ianya masih berpotensi untuk melakukan penurunan disebabkan oleh RBA masih dalam proses untuk melonggarkan dasar kewangan mereka.



  • GDT Price Index mencatatkan bacaan yang lemah sebentar tadi. Ianya mencatatkan bacaan -3.0% berbanding data lepas 1.7%. Matawang NZD dilihat terus melemah setelah data ini dikeluarkan. Ketika update ini ditulis, pasangan matawang NZDUSD berada di paras 0.7254 iaitu turun kira2 20pips dari harga pembukaan hari ini. Pasangan matawang ini dilihat berpotensi untuk terus melakukan penurunan.



  • US Dollar kuat setakat ini hari ini. Ianya kuat berbanding matawang utama yang lain. Ketika update ini ditulis, USD Index sedang berada di paras  96.34 iaitu naik sebanyak +0.67%. Kekuatan USD ini didorong oleh kemungkinan data yang lebih baik dicatatkan oleh data Non Farm Payroll (NFP) pada hari Jumaat nanti. Ianya dijangka meningkat dari data lepas 151k kepada 171k (forecast).

Monday, 3 October 2016

Market Update (03/10/16)






  • GBP matawang yang paling lemah setakat ini hari ini. Matawang ini terus berada dalam keadaan yang tertekan di sebabkan kenyataan terbaru oleh Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May bahawa UK secara rasminya akan menghantar 'article 50' untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada penghujung bulan March tahun hadapan. Market dilihat telah bertindak balas dengan kenyataan rasmi ini dan menjual pound sterling. Ketika pasaran dibuka awal pagi tadi, telah berlakunya 'gap' hampir 70pips ke atas pasangan matawang GBPUSD. Pasangan matawang ini telus melakukan junaman dan setakat ini telah menjunam sekitar 130pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini. Ianya dilihat sedang mencabar support terendah yang dicatatkan sebelum ini pada 6 Julai 2016 iaitu harga 1.279x. Ketika update ini ditulis, harga sedang berada di paras 1.2828.



  • USD dilihat kuat setakat ini pada hari ini berbanding matawang-matawang utama yang lain. Ianya mencatatkan kenaikan berbanding euro, gbp, jpy, nzd, cad kecuali berbanding aud. USD Index mencatatkan kenaikan sebanyak +0.30% hari ini dan ianya sedang berada diparas 95.75. Minggu ini, data yang paling ditunggu-tunggu melibatkan matawang USD pastinya data Non Farm Payroll (NFP) yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat jam 8.30malam nanti. Jika melihat kepada data forecast, data NFP kali ini dijangka mencatatkan peningkatan ke bacaan 171k berbanding data lepas 151k. Ini sekaligus memberikan sentimen awal yang positif buat matawang USD.



  • Besok pagi jam 12.30 tengah hari, Reserve Bank of Australia akan mengumumkan kadar faedah terkini mereka. Kadar faedah (cash rate) ini dijangka kekal pada paras 1.50%. Pengumuman kadar faedah kali ini merupakan yang pertama buat Gabenor Bank of Australia yang baru iaitu Philip Lowe menggantikan Gabenor terdahulu Glenn Stevens. Jika kadar faedah sedia ada dikekalkan, kita perlu melihat kepada statement2 yang akan dikeluarkan oleh RBA sama ada ianya lebih menjurus kepada statement2 yang hawkish ataupun dovish.  

Thursday, 28 July 2016

Apa Kata Bank-Bank Utama Selepas FOMC Awal Pagi Tadi

Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah semasa mereka. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangka oleh kebanyakan investor dan juga trader di seluruh dunia.



Bank-bank besar telah memberikan ulasan berkenaan keputusan Federal Reserve ini. Mari kita sama-sama baca ulasan mereka.



Danske Bank

Seperti jangkaan, FOMC telah mengekalkan federal funds mereka pada paras 0.25%-0.50%. Kenyataan baru oleh FOMC yang telah menarik perhatian pasaran adalah kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun hilang". Hal ini telah memberi gambaran bahawa kenyataan FOMC kali ini adalah lebih hawkish jika dibandingkan dengan kenyataan di bulan Jun yang lalu.



Bank of Amerika Merrill Lynch

Kenyataan FOMC kali ini dilihat lebih positive jika dibandingkan dengan Jun, tetapi ianya tidak mengubah apa-apa. FOMC menekankan bahawa risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun lenyap tetapi walaubagaimanapun, mereka akan teruskan memerhati keadaan ekonomi global dan juga perkembangan pasaran kewangan secara keseluruhannya. Untuk itu, kami berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan September nanti tidak akan berlaku tetapi kami menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Desember nanti jika tiada apa-apa kejutan negetif yang berlaku dalam pasaran.


BNP Paribas

FOMC telah pun mengekalkan kadar faedah mereka seperti jangkaan pada mesyuarat yang berlangsung pada 26-27 Julai yang lepas. Pada pandangan kami, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Fed jelas menggambarkan bahawa kenaikan kadar faedah hampir pasti berikutan kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah lenyap". Kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan September adalah lebih jelas asalkan data-data selepas ini berada dalam keadaan yang baik. Secara keseluruhannya, kenyataan Fed kali ini telah menyakinkan kami sekaligus telah menukarkan pandangan kami daripada tiada perubahan kadar faedah kepada kenaikan kadar faedah pada bulan September nanti.


Barclay Capital


Kami melihat kenyataan FOMC kali ini lebih hawkish daripada apa yang kami jangkakan, walaupun jangkaan kami tentang perubahan kenyataan kali ini sangat hampir dengan kenyataan sebenar yang telah dikeluarkan. Kenyataan kali ini meyakinkan kami bahawa FOMC berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedah mereka pada mesyuarat bulan September nanti, asalkan data-data pekerjaan terus mencatatkan bacaan yang baik. Kami juga berpendapat, Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.




Monday, 11 July 2016

Market Update (11/07/16)

Shinzo Abe

  • Tumpuan market hari ini tertumpu kepada keputusan pilihanraya di Jepun. Pakatan pemerintah Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Shinzo Abe telah memenangi pilihanraya Jepun pada Ahad lepas.



  • Dalam kenyataannya, Abe mengesahkan bahawa kerajaannya akan menyediakan pakej ransangan ekonomi tambahan ( extra economic stimulus) dalam masa yang terdekat. Kenyataan ini telah menyebabkan yen melemah berbanding matawang2 utama yang lain hari ini. Ketika update ini ditulis, usdjpy telah naik 1.75% setakat ini. Harga kini berada di paras 102.30.


  • Pada Jumaat lepas, data US Non Farm Payroll (NFP) telah mencatatkan peningkatan yang ketara. Data NFP telah melonjak naik dari data lepas, 11k (data kemaskini) kepada 287k. Peningkatan yang ketara ini dijangka akan menyokong kekuatan usd sekurang2nya pada awal minggu ini sebelum data US PPI & CPI keluar pada hari Khamis & Jumaat nanti.


  • Menuju ke New York Open, tiada apa2 data berimpak besar yang akan keluar malam ini.

Thursday, 7 July 2016

USD Dijangka Menguat Menjelang NFP Malam Nanti?




Hari ini kita akan menghadapi news penting yang melibatkan matawang USD. Pada malam ini jam 8.30 malam, data US Non Farm Payroll (NFP) akan dikeluarkan.

Secara umumnya, data NFP yang baik merupakan pemangkin yang positif buat USD manakala data yang buruk pula akan melemahkan matawang ini. Pada bulan lepas, kita telah dikejutkan dengan data yang sangat buruk dicatatkan untuk bacaan NFP bulan Mei. Data yang sangat rendah telah dicatatkan iaitu hanya sebanyak 38k. Selepas data ini dikeluarkan, USD telah menjunam jatuh dan melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pair EURUSD telah naik sekitar 140pips dalam tempoh setengah jam akibat dari data NFP yang buruk ini.



Untuk data NFP kali ini, dijangka akan ada peningkatan yang ketara berbanding data yang lepas. Ahli ekonomi menjangkakan pertambahan pekerjaan sebanyak 175K untuk bulan Jun iaitu 4kali ganda lebih besar dari bacaan bulan Mei. Jika ini benar-benar terjadi, USD dijangka menerima kesan yang positif sebaik sahaja data ini keluar.




Selain itu, perhatian juga perlu diberikan kepada data Unemployment Rate dan juga data Average Hourly Earning yang akan dikeluarkan serentak bersama-sama dengan data NFP. Kedua-dua data ini juga akan mempengaruhi pergerakan matawang USD pada malam ini.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst


Wednesday, 15 June 2016

3 Sebab Mengapa FOMC Kali Ini Di Lihat Dovish




Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi, Federal Reserve telah mengekalkan saja interest rate mereka kali tanpa ada kenaikan. Hal ini telah dijangkakan oleh ramai pengalisa2 pasaran, malah saya sendiri secara peribadi juga menjangkakan pengekalan interest rate pada meeting kali ini. Namun, apa yang perlu diberikan perhatian adalah statement2 terbaru yang dikeluarkan oleh fed.

Saya melihat FOMC kali ini dovish atas 3faktor berikut ;


1. Bilangan fed members yang melihat 2 kali kenaikan interest rate pada kali ini telah berkurangan.

Pada bulan march, 16 daripada 17orang ahli melihat akan ada 2 kali kenaikan interest rate pada tahun 2016. Walaubagaimana pun, pada kali ini, hanya 11 orang ahli saja melihat 2kali kenaikan bakal berlaku.

2. Tiada istilah "coming months" digunakan oleh Yellen pada FOMC kali ini.

Pada ucapan yellen sebelum ini, beliau ada menggunakan istilah "coming months" bila merujuk kepada bilakah waktu yang sesuai untuk fed menaikkan kadar faedah. Namun pada penampilan beliau kali ini, tiada istilah tersebut digunakan.

3. Kebimbingan terhadap data pekerjaan.

Apabila Fed menaikan interest rate buat kali yang pertama pada bulan disember 2015 yang lepas, Fed dilihat begitu berpuas hati dengan data2 pekerjaan mereka. Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, data pekerjaan (NFP) turun dengan mendadak untuk bulan May dan hanya mencatatkan bacaan 38k sahaja. Penurunan data yang drastik ini sangat membimbangkan Yellen dan juga federal reserve secara keseluruhannya.


Kesimpulannya, FOMC kali ini dilihat dovish dan ini mungkin mengakibatkan USD melemah sementara untuk janga masa yang pendek. Walaubagaimana pun, disebabkan Fed masih lagi di dalam phasa mengetatkan monetary policy mereka, USD masih dilihat bullish dalam jangka masa yang lebih panjang.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst