Wednesday, 15 June 2016
3 Sebab Mengapa FOMC Kali Ini Di Lihat Dovish
Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi, Federal Reserve telah mengekalkan saja interest rate mereka kali tanpa ada kenaikan. Hal ini telah dijangkakan oleh ramai pengalisa2 pasaran, malah saya sendiri secara peribadi juga menjangkakan pengekalan interest rate pada meeting kali ini. Namun, apa yang perlu diberikan perhatian adalah statement2 terbaru yang dikeluarkan oleh fed.
Saya melihat FOMC kali ini dovish atas 3faktor berikut ;
1. Bilangan fed members yang melihat 2 kali kenaikan interest rate pada kali ini telah berkurangan.
Pada bulan march, 16 daripada 17orang ahli melihat akan ada 2 kali kenaikan interest rate pada tahun 2016. Walaubagaimana pun, pada kali ini, hanya 11 orang ahli saja melihat 2kali kenaikan bakal berlaku.
2. Tiada istilah "coming months" digunakan oleh Yellen pada FOMC kali ini.
Pada ucapan yellen sebelum ini, beliau ada menggunakan istilah "coming months" bila merujuk kepada bilakah waktu yang sesuai untuk fed menaikkan kadar faedah. Namun pada penampilan beliau kali ini, tiada istilah tersebut digunakan.
3. Kebimbingan terhadap data pekerjaan.
Apabila Fed menaikan interest rate buat kali yang pertama pada bulan disember 2015 yang lepas, Fed dilihat begitu berpuas hati dengan data2 pekerjaan mereka. Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, data pekerjaan (NFP) turun dengan mendadak untuk bulan May dan hanya mencatatkan bacaan 38k sahaja. Penurunan data yang drastik ini sangat membimbangkan Yellen dan juga federal reserve secara keseluruhannya.
Kesimpulannya, FOMC kali ini dilihat dovish dan ini mungkin mengakibatkan USD melemah sementara untuk janga masa yang pendek. Walaubagaimana pun, disebabkan Fed masih lagi di dalam phasa mengetatkan monetary policy mereka, USD masih dilihat bullish dalam jangka masa yang lebih panjang.
Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment