Tuesday, 14 June 2016

BREXIT? APAKAH YANG FOREX TRADER PERLU TAHU?



Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?


Satu referendum akan diadakan pada hari Khamis, 23June untuk menentukan sama ada Britain harus kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah (European Union). Di dalam artikel ini kita akan cuba bincangkan secara mudah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang UK's EU Referendum ini.

Jadi apakah itu referendum?

Referendum adalah merujuk kepada undian di mana semua orang yang melepasi paras umur yang ditetapkan dapat menjawab soalan yang akan di kemukakan. Pilihan jawapan yang diberikan adalah "Ya" atau "Tidak". Jawapan yang mendapat lebih dari 50% akan memenangi referendum tersebut.

Apakah itu Kesatuan Eropah?

Kesatuan Eropah (European Union) adalah satu usahasama ekonomi dan politik yang melibatkan 28 buah negara eropah. Ianya telah bermula selepas perang dunia ke 2 lagi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Brexit?

Brexit adalah singkatan kepada Britain dan juga exit yang membawa maksud UK keluar dari Kesatuan Eropah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bremain?

Bremain adalah singkatan kepada Britain dan juga Remain yang membawa maksud UK kekal dalam Kesatuan Eropah.

Apakah kesannya referendum ini kepada forex trader?

Isu ini sangat memberi kesan kepada pasaran secara keseluruhannya. Jika referendum memihak kepada brexit iaitu UK keluar daripada Kesatuan Eropah, matawang GBP dijangka akan menjunam dan jatuh dengan teruk. Ianya juga dijangka akan membuatkan permintaan kepada matawang safe haven meningkat dengan mendadak terutamanya matawang yen@JPY. Selain dari itu, matawang EURO juga dijangka menerima tempias dan dijangka akan turut jatuh bersama2 dengan matawang GBP.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst








No comments:

Post a Comment