Showing posts with label uk. Show all posts
Showing posts with label uk. Show all posts

Saturday, 10 June 2017

Parti Theresa May Hilang Majoriti. Apa Akan Jadi Pada Matawang GBP Selepas Ini?



Hari Jumaat yang lepas iaitu jatuh pada tarikh 9 Jun 2017, keputusan Pilihanraya Umum United Kingdom (UK) telah pun kita ketahui. Pada pilihanraya kali ini, tiada parti yang bertanding memperoleh majoriti kerusi. Parti Conservative yang di pimpin oleh Theresa May yang sebelum ini dijangka menang dengan lebih besar juga turut gagal memperoleh majoriti.

Parti Conservative hanya menang di 318 kerusi dari 650 kerusi yang dipertandingkan. Untuk mendapat majoriti dan membentuk kerajaan, mereka memerlukan sekurang2nya 326 kerusi.

Pencabar utama Parti Conservative, Parti Labour pula hanya mendapat 262 kerusi tetapi kerusi mereka telah bertambah sebanyak +32 berbanding pilihanraya sebelum ini. Ini dikira pencapaian yang baik buat Parti Labour namun mereka juga turut gagal untuk membentuk kerajaan dengan kerusi yang mereka ada.


Keputusan penuh UK Election 2017


Disebabkan tiada mana2 parti memperoleh majoriti kerusi, maka kerajaan campuran perlu ditubuhkan dan sudah pastinya Parti Conservative yang paling mempunyai kelebihan untuk memilih parti untuk mereka bekerjasama bagi membentuk kerajaan. Theresa May telah pun memberikan kenyataan bahawa Parti Conservative akan bekerjasama dengan Parti Democratic Unionist Party (DUP) untuk membentuk kerajaan. Pada pilihanraya kali ini, Parti DUP telah mendapat 10kerusi dan jika di tambah dengan 318 kerusi yang dimenangi oleh Parti Conservative, kedua2 parti ini memang sudah layak untuk membentuk kerajaan dengan total 328 kerusi. Pengumuman oleh Theresa May ini pastinya telah memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran.

Matawang GBP telah dijual sebelum ini dan melemah berbanding matawang2 utama yang lain setelah Parti Conservative gagal mendapat majoriti kerusi. Pair GBPUSD telah turun sekitar -320pips pada hari Jumaat yang lepas.


Kenapa market menjual matawang Pound apabila Parti Conservative gagal mendapat majoriti kerusi?

Kerana proses rundingan Brexit yang sedang berlangsung sekarang akan menjadi lebih rumit selepas ini kerana kuasa yang ada pada Theresa May akan berkurang berbanding sebelum ini.


Jadi apakah halatuju matawang GBP selepas ini?

Secara umumnya, kegagalan Parti Conservative untuk menang majoriti yang lebih besar pada pilihanraya kali ini akan memberikan impak yang -ve kepada matawang GBP dalam jangka masa yang pendek. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, saya secara peribadi berpendapat GBP berpotensi untuk pulih semula selepas kerajaan campuran Conservative + DUP berjaya dibentuk selepas ini.

Apa pun, kita perlu melihat kepada perkembangan situasi politik yang akan berlaku di UK dalam masa terdekat ini.

Wednesday, 6 July 2016

Junaman Pound Baru Saja Bermula Menurut 3 Bank Terkemuka Dunia

Semalam menyaksikan matawang Pound (GBP) meneruskan junaman dan telah mencatatkan harga terendah dalam tempoh 31tahun. GBPUSD menjunam ke paras 1.279x semalam pada sesi dagangan Asia kira2 jam 10pagi waktu tempatan.




Kejatuhan matawang pound ini belum lagi berakhir menurut 3 pedagang matawang terkemuka dunia. Matawang ini dijangka meneruskan momentum ke bawah sekitar 7 peratus ke 11 peratus lagi menurut Goldman Sachs Group Ins., Deutsche Bank AG dan juga Citigroup Inc.

Sterling bakal melemah kepada paras $1.20 pada tahun ini berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) menurut Goldman Sachs dan Deutsche Bank. Pemotongan kadar faedah ini terpaksa dilakukan untuk menstabilkan semula ekonomi UK dari terus merosot. Deutsche Bank pula melihat pound bakal jatuh dengan lebih teruk iaitu ke paras $1.15 menuju ke penghujung tahun 2016.



Kejatuhan matawang pound sterling ini adalah kesan dari keputusan UK-EU Referendum pada 24 Jun lepas yang menyaksikan Brexit telah memenangi Referendum tersebut dengan majoriti 52% berbanding Bremain 48%. Pada hari tersebut, GBPUSD telah jatuh lebih dari 1700pips.

"Pound masih ada ruang untuk terus melakukan junaman," kata George Saravelos, penolong ketua global foreign ecxhange research di Deutsche Bank.

Secara keseluruhannya, setakat ini, Great Britain Pound telah menjunam sebanyak 13peratus sejak keputusan referendum tersebut dikeluarkan menurut Bloomberg British Pound Index.



Friday, 24 June 2016

Akhirnya Kemenangan Berpihak Kepada Brexit





Brexit menang dengan 52% berbanding Bremain 48%

Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu oleh trader-trader dan juga investor-investor seluruh dunia telah pun tiba. Secara rasminya hari ini majoriti warga United Kingdom (UK) telah memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (European Union).

Hal ini telah mereka terjemahkan pada UK-EU Referendum yang telah dijalankan pada 23/06/16. Kiraan rasmi hari ini menunjukkan Brexit telah memenangi referendum ini dengan mencatatkan 52% berbanding Bremain yang mencatatkan 48%.  Mesej yang jelas telah di sampaikan oleh rakyat UK.



Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron telah meletakkan jawatannya berikutan kekalahan pasukan Bremain.

Buat forex trader, hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kita. Pergerakan market hari ini sangat ganas disepanjang pengiraan undian UK-EU Referendum yang bermula pagi Jumaat tadi. Bagi yang mengikuti pengiraan undi secara langsung pastinya dapat merasakan perasaan yang berdebar-debar apatah lagi jika pada masa yang sama juga kita mempunyai position berkaitan referendum ini yang masih aktif. Saya yakin, anda pasti tidak senang duduk melihat pergerakan market yang besar dan ganas itu.

Matawang GBP telah turun sebanyak 11% hari ini dan kadar tukaran GBP kepada USD adalah yang terendah dalam tempoh 30tahun. Pair GBPUSD telah turun lebih dari 1700pips. Matawang Euro turut terkesan dan jatuh bersama-sama dengan matawang GBP. Pair EURUSD telah jatuh lebih dari 500pips dan mencatatkan harga terendah pada paras 1.0910. Matawang safe haven iaitu JPY mendapat permintaan berikutan situasi panik yang berlaku di dalam pasaran. USDJPY telah turun melebihi 700pips manakala pair GBPJPY telah turun lebih dari 2600pips.

Pergerakan ini sudah di jangkakan dari awal lagi jika Brexit memenangi referendum ini. Anda semua boleh rujuk balik post bertarikh 14Jun 2016 yang lepas bertajuk "Brexit? Apakah Yang Forex Trader Perlu Tahu?". Anda boleh baca semula post itu jika anda belum lagi membacanya.

Pemahaman fundamental sangat penting di dalam trading. Faktor-faktor fundamental lah yang akan menggerakkan pasaran dan anda sama sekali tidak boleh menafikan hal ini. Namun, pemahaman fundamental ini perlu juga disertakan pemahaman teknikal yang baik. Anda perlu mengabungkan kedua-duanya untuk anda menjadi trader yang "sempurna". Ini adalah pandangan saya secara peribadi. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju. Tidak mengapa, saya hormati pandangan anda jika ianya berbeza.

Bagi yang mahu belajar fundamental, saya sarankan anda untuk bersama-sama kami di SFA Ultimate. Di situ kita akan belajar serta berbincang segala isu berkaitan fundamental semasa market dan juga tidak ketinggalan, analisa teknikal. Anda semua sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keluarga SFA Ultimate.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Wednesday, 22 June 2016

Majoriti Trader Malaysia Memilih Bremain?



Pada tarikh 22 May yang lalu, saya telah mengadakan satu poll (undian) berkaitan UK-EU Referendum (Brexit) di salah satu group facebook forex yang terkenal di Malaysia iaitu Group "Signal, Analisa & Berita Forex Percuma". Data di atas telah saya ambil pada hari Rabu 22/06/16 pada jam 8.30malam.


Berikut merupakan dapatan yang saya peroleh :


Tarikh mula mengundi : 22 May 2016
Tarikh data dikutip : 22 Jun 2016 2016
Jangka masa mengundi : 1 Bulan


Bilangan pengundi : 342 orang

UK kekal (Bremain) : 227 orang
UK Keluar (Brexit) ; 115 orang


Peratusan Rasmi

Bremain : 66%
Brexit : 34%



Pemenang Rasmi : BREMAIN!


Poll di atas bukan lah signal yang boleh anda jadikan sebab untuk melakukan position sebelum referendum sebenar esok. Poll ini dibuat hanyalah sekadar ingin mengetahui pendapat majoriti trader-trader di Malaysia berhubung isu Brexit yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sebarang dagangan yang anda lakukan adalah berada di bawah tanggungjawab anda sendri.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst




Thursday, 16 June 2016

Market Menggila Semalam? Ini Apa Yang Anda Semua Perlu Tahu.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
APA DAH JADI dengan market semalam (16/6/16)?? Eur/Jpy mencatatkan pergerakkan lebih kurang 400pips, Usd/Jpy & Eur/Usd pula mencatatkan pergerakkan lebih kurang 300pips.. Saya pasti jika ada trader yang tidak menjaga Money Management nya dengan baik tentu terkesan dengan market semalam, malah mungkin ramai yang mengalami Stop Out..

Semalam kita di hidangkan dengan deretan data ekonomi yang berimpak besar dimana ianya menjadi tumpuan market, dimulakan dengan FOMC dari FED di awal pagi, kemudian disusuli pula oleh BOJ & RBA, dan seterusnya dari SNB  sebelum di sudahi dari BOE.. Tetapi apakah tumpuan market semalam? Pada saya masih lagi terarah kepada isu BREXIT yang kian hangat dan yang terbaru hingga menyebabkan kes bunuh salah seorang dari MP dari Parti Buruh iaitu Jo Cox (41tahun), di Birstall, New Yorkshire. Beliau dipercayai telah ditembak dan kemudian ditikam sebelum terbaring berlumuran darah. Ini telah disahkan sendiri oleh pihak polis Birstall.



Mendiang adalah seorang yang lantang bersuara untuk mempertahankan BREMAIN (uk kekal didalam EU) di parlimen. Oleh disebabkan peristiwa tersebut, kempen referrendum bagi BREXIT dan BREMAIN ditangguhkan sementara waktu di EU manakala bagi keputusan poll yang dikeluarkan Agensi Penyelidikan British (BMG) ditangguhkan ke hari sabtu. Seorang lelaki yang dipercayai pembunuh didalam kes tersebut telah ditahan berhampiran kawasan kejadian tidak lama selepas itu.

Jadi dengan keadaan market sebegini, kawal lah akaun anda sebaik mungkin. Dan jikalau anda tidak mahu mengambil risiko, adalah sebaik-baiknya berehat sahaja dahulu sehingga kes BREXIT ini selesai. Masih banyak masa dan peluang menanti di hadapan. Ingatlah bahawa risiko yang minimum diambil adalah lebih baik berbanding anda 'meletakkan leher di mata pedang'. Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang bakal terjadi nanti.

Ingat dan catatkan didalam minda anda, "Sudden Issue" seperti ini akan lebih memberikan impak apabila ianya terjadi. Kerana ia boleh menimbulkan kekacauan dan panik kepada market lantas Safe Haven flow akan terhasil. Jadi pilihlah, anda mahu Tamak? atau Takut? Pilihan anda akan memberikan kesan secara langsung kepada akaun anda sendiri, jadi jangan terburu-buru membuat keputusan. Kawal Emosi anda, kawal pengurusan kewangan anda dan sentiasalah berjaga-jaga jika timbulnya "Sudden Issue" seperti ini. Sekian untuk entri saya kali ini.


Ceecakman
SFA's Currency Analyst

Tuesday, 14 June 2016

BREXIT? APAKAH YANG FOREX TRADER PERLU TAHU?



Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?


Satu referendum akan diadakan pada hari Khamis, 23June untuk menentukan sama ada Britain harus kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah (European Union). Di dalam artikel ini kita akan cuba bincangkan secara mudah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang UK's EU Referendum ini.

Jadi apakah itu referendum?

Referendum adalah merujuk kepada undian di mana semua orang yang melepasi paras umur yang ditetapkan dapat menjawab soalan yang akan di kemukakan. Pilihan jawapan yang diberikan adalah "Ya" atau "Tidak". Jawapan yang mendapat lebih dari 50% akan memenangi referendum tersebut.

Apakah itu Kesatuan Eropah?

Kesatuan Eropah (European Union) adalah satu usahasama ekonomi dan politik yang melibatkan 28 buah negara eropah. Ianya telah bermula selepas perang dunia ke 2 lagi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Brexit?

Brexit adalah singkatan kepada Britain dan juga exit yang membawa maksud UK keluar dari Kesatuan Eropah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bremain?

Bremain adalah singkatan kepada Britain dan juga Remain yang membawa maksud UK kekal dalam Kesatuan Eropah.

Apakah kesannya referendum ini kepada forex trader?

Isu ini sangat memberi kesan kepada pasaran secara keseluruhannya. Jika referendum memihak kepada brexit iaitu UK keluar daripada Kesatuan Eropah, matawang GBP dijangka akan menjunam dan jatuh dengan teruk. Ianya juga dijangka akan membuatkan permintaan kepada matawang safe haven meningkat dengan mendadak terutamanya matawang yen@JPY. Selain dari itu, matawang EURO juga dijangka menerima tempias dan dijangka akan turut jatuh bersama2 dengan matawang GBP.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst