Hari Jumaat yang lepas iaitu jatuh pada tarikh 9 Jun 2017, keputusan Pilihanraya Umum United Kingdom (UK) telah pun kita ketahui. Pada pilihanraya kali ini, tiada parti yang bertanding memperoleh majoriti kerusi. Parti Conservative yang di pimpin oleh Theresa May yang sebelum ini dijangka menang dengan lebih besar juga turut gagal memperoleh majoriti.
Parti Conservative hanya menang di 318 kerusi dari 650 kerusi yang dipertandingkan. Untuk mendapat majoriti dan membentuk kerajaan, mereka memerlukan sekurang2nya 326 kerusi.
Pencabar utama Parti Conservative, Parti Labour pula hanya mendapat 262 kerusi tetapi kerusi mereka telah bertambah sebanyak +32 berbanding pilihanraya sebelum ini. Ini dikira pencapaian yang baik buat Parti Labour namun mereka juga turut gagal untuk membentuk kerajaan dengan kerusi yang mereka ada.
Keputusan penuh UK Election 2017
Disebabkan tiada mana2 parti memperoleh majoriti kerusi, maka kerajaan campuran perlu ditubuhkan dan sudah pastinya Parti Conservative yang paling mempunyai kelebihan untuk memilih parti untuk mereka bekerjasama bagi membentuk kerajaan. Theresa May telah pun memberikan kenyataan bahawa Parti Conservative akan bekerjasama dengan Parti Democratic Unionist Party (DUP) untuk membentuk kerajaan. Pada pilihanraya kali ini, Parti DUP telah mendapat 10kerusi dan jika di tambah dengan 318 kerusi yang dimenangi oleh Parti Conservative, kedua2 parti ini memang sudah layak untuk membentuk kerajaan dengan total 328 kerusi. Pengumuman oleh Theresa May ini pastinya telah memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran.
Matawang GBP telah dijual sebelum ini dan melemah berbanding matawang2 utama yang lain setelah Parti Conservative gagal mendapat majoriti kerusi. Pair GBPUSD telah turun sekitar -320pips pada hari Jumaat yang lepas.
Kenapa market menjual matawang Pound apabila Parti Conservative gagal mendapat majoriti kerusi?
Kerana proses rundingan Brexit yang sedang berlangsung sekarang akan menjadi lebih rumit selepas ini kerana kuasa yang ada pada Theresa May akan berkurang berbanding sebelum ini.
Jadi apakah halatuju matawang GBP selepas ini?
Secara umumnya, kegagalan Parti Conservative untuk menang majoriti yang lebih besar pada pilihanraya kali ini akan memberikan impak yang -ve kepada matawang GBP dalam jangka masa yang pendek. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, saya secara peribadi berpendapat GBP berpotensi untuk pulih semula selepas kerajaan campuran Conservative + DUP berjaya dibentuk selepas ini.
Apa pun, kita perlu melihat kepada perkembangan situasi politik yang akan berlaku di UK dalam masa terdekat ini.
mantap ulasan masta.. terbaekk
ReplyDelete