Kejatuhan matawang pound ini belum lagi berakhir menurut 3 pedagang matawang terkemuka dunia. Matawang ini dijangka meneruskan momentum ke bawah sekitar 7 peratus ke 11 peratus lagi menurut Goldman Sachs Group Ins., Deutsche Bank AG dan juga Citigroup Inc.
Sterling bakal melemah kepada paras $1.20 pada tahun ini berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) menurut Goldman Sachs dan Deutsche Bank. Pemotongan kadar faedah ini terpaksa dilakukan untuk menstabilkan semula ekonomi UK dari terus merosot. Deutsche Bank pula melihat pound bakal jatuh dengan lebih teruk iaitu ke paras $1.15 menuju ke penghujung tahun 2016.
Kejatuhan matawang pound sterling ini adalah kesan dari keputusan UK-EU Referendum pada 24 Jun lepas yang menyaksikan Brexit telah memenangi Referendum tersebut dengan majoriti 52% berbanding Bremain 48%. Pada hari tersebut, GBPUSD telah jatuh lebih dari 1700pips.
"Pound masih ada ruang untuk terus melakukan junaman," kata George Saravelos, penolong ketua global foreign ecxhange research di Deutsche Bank.
No comments:
Post a Comment