Showing posts with label us. Show all posts
Showing posts with label us. Show all posts

Sunday, 12 March 2017

Ini 3 Sebab Kenapa USD Lemah Walaupun Data NFP Bagus Jumaat Lepas

Hari Jumaat yang lepas, data ekonomi yang penting melibatkan matawang USD telah di keluarkan iaitu data pekerjaan US. Ada 3 data berimpak besar yang dikeluarkan serentak iaitu data Non Farm Payroll, data Unemployment rate & juga data Average Hourly Earning.



Data NFP mencatatkan bacaan yang memberangsangkan iaitu keluar pada paras 235k berbanding jangkaan 196k. Manakala previous data pula telah disemak semula ke paras yang lebih tinggi iaitu 238K. Selain itu, data Unemployment Rate juga keluar baik dengan mencatatkan bacaan 4.7% iaitu turun 0.1% berbanding bulan sebelumnya. Data yang terakhir iaitu data Average Hourly Earning pula keluar sedikit rendah berbanding jangkaan iaitu keluar pada paras 0.2% berbanding jangkaan 0.3%. Walaubagaimana pun, previous data Average Hourly Earning juga telah disemak semula seperti data NFP dan telah mencatatkan peningkatan kepada 0.2%.

Sekilas pandang, data pekerjaan US kali ini di lihat baik2 sahaja kan tetapi kenapa market react sebaliknya dengan data2 ini? Kenapa USD terus sahaja lemah sebaik data2 ini dikeluarkan?

Baiklah. Saya akan cuba menjawab persoalan ini. Pada pandangan saya, terdapat 3 sebab kenapa market bertindak sedemikian.


  1. Data tumpuan market pada malam tersebut adalah pada data Average Hourly Earning. Data yang lebih baik akan lebih memungkinkan Federal Reserve menaikkan kadar faedah pada 16 March nanti. Namun, market sedikit kecewa apabila data yang dikeluarkan hanya pada paras 0.2%.
  2.  Data NFP memang sudah dijangkakan akan mencatatkan bacaan yang memberangsangkan disebabkan data ADP NFP yang dikeluarkan  pada hari Rabu telah pun memberikan gambaran yang baik. USD telah pun di beli awal lagi setelah data ADP NFP dikeluarkan. Jadi dalam erti kata yang lain data NFP hari Jumaat telah pun di priced in lebih awal oleh market.
  3. Yang terakhir sekali adalah profit taking. USD lemah disebabkan berlakunya profit taking yang agak besar oleh market disebabkan oleh buyer2 USD yang tidak mahu mengambil risiko menjelang pengumuman kadar faedah oleh FOMC pada hari Khamis depan iaitu pada 16 March 2017. Jadi mereka mengambil peluang ini untuk take profit & menunggu harga USD yang lebih rendah untuk belian semula.
Nasib USD minggu ini bakal ditentukan oleh Federal Reserve sama ada mereka mahu menaikkan kadar faedah (interest rate) ataupun tidak pada awal pagi Khamis nanti. Jika mereka menaikkan kadar faedah mereka, USD dijangka akan menerima tempias yang positif tapi jika sebaliknya berlaku, USD bakal terus menjunam untuk membuat pembetulan harga yang lebih dalam. Walaubagaimanpun, untuk jangka masa yang lebih panjang USD masih lagi kekal bullish disebabkan Fed satu2nya central bank yang dalam proses untuk mengetatkan dasar kewangan mereka.

Thursday, 28 July 2016

Apa Kata Bank-Bank Utama Selepas FOMC Awal Pagi Tadi

Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah semasa mereka. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangka oleh kebanyakan investor dan juga trader di seluruh dunia.



Bank-bank besar telah memberikan ulasan berkenaan keputusan Federal Reserve ini. Mari kita sama-sama baca ulasan mereka.



Danske Bank

Seperti jangkaan, FOMC telah mengekalkan federal funds mereka pada paras 0.25%-0.50%. Kenyataan baru oleh FOMC yang telah menarik perhatian pasaran adalah kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun hilang". Hal ini telah memberi gambaran bahawa kenyataan FOMC kali ini adalah lebih hawkish jika dibandingkan dengan kenyataan di bulan Jun yang lalu.



Bank of Amerika Merrill Lynch

Kenyataan FOMC kali ini dilihat lebih positive jika dibandingkan dengan Jun, tetapi ianya tidak mengubah apa-apa. FOMC menekankan bahawa risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun lenyap tetapi walaubagaimanapun, mereka akan teruskan memerhati keadaan ekonomi global dan juga perkembangan pasaran kewangan secara keseluruhannya. Untuk itu, kami berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan September nanti tidak akan berlaku tetapi kami menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Desember nanti jika tiada apa-apa kejutan negetif yang berlaku dalam pasaran.


BNP Paribas

FOMC telah pun mengekalkan kadar faedah mereka seperti jangkaan pada mesyuarat yang berlangsung pada 26-27 Julai yang lepas. Pada pandangan kami, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Fed jelas menggambarkan bahawa kenaikan kadar faedah hampir pasti berikutan kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah lenyap". Kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan September adalah lebih jelas asalkan data-data selepas ini berada dalam keadaan yang baik. Secara keseluruhannya, kenyataan Fed kali ini telah menyakinkan kami sekaligus telah menukarkan pandangan kami daripada tiada perubahan kadar faedah kepada kenaikan kadar faedah pada bulan September nanti.


Barclay Capital


Kami melihat kenyataan FOMC kali ini lebih hawkish daripada apa yang kami jangkakan, walaupun jangkaan kami tentang perubahan kenyataan kali ini sangat hampir dengan kenyataan sebenar yang telah dikeluarkan. Kenyataan kali ini meyakinkan kami bahawa FOMC berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedah mereka pada mesyuarat bulan September nanti, asalkan data-data pekerjaan terus mencatatkan bacaan yang baik. Kami juga berpendapat, Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.




Thursday, 7 July 2016

USD Dijangka Menguat Menjelang NFP Malam Nanti?




Hari ini kita akan menghadapi news penting yang melibatkan matawang USD. Pada malam ini jam 8.30 malam, data US Non Farm Payroll (NFP) akan dikeluarkan.

Secara umumnya, data NFP yang baik merupakan pemangkin yang positif buat USD manakala data yang buruk pula akan melemahkan matawang ini. Pada bulan lepas, kita telah dikejutkan dengan data yang sangat buruk dicatatkan untuk bacaan NFP bulan Mei. Data yang sangat rendah telah dicatatkan iaitu hanya sebanyak 38k. Selepas data ini dikeluarkan, USD telah menjunam jatuh dan melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pair EURUSD telah naik sekitar 140pips dalam tempoh setengah jam akibat dari data NFP yang buruk ini.



Untuk data NFP kali ini, dijangka akan ada peningkatan yang ketara berbanding data yang lepas. Ahli ekonomi menjangkakan pertambahan pekerjaan sebanyak 175K untuk bulan Jun iaitu 4kali ganda lebih besar dari bacaan bulan Mei. Jika ini benar-benar terjadi, USD dijangka menerima kesan yang positif sebaik sahaja data ini keluar.




Selain itu, perhatian juga perlu diberikan kepada data Unemployment Rate dan juga data Average Hourly Earning yang akan dikeluarkan serentak bersama-sama dengan data NFP. Kedua-dua data ini juga akan mempengaruhi pergerakan matawang USD pada malam ini.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst


Wednesday, 15 June 2016

3 Sebab Mengapa FOMC Kali Ini Di Lihat Dovish




Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi, Federal Reserve telah mengekalkan saja interest rate mereka kali tanpa ada kenaikan. Hal ini telah dijangkakan oleh ramai pengalisa2 pasaran, malah saya sendiri secara peribadi juga menjangkakan pengekalan interest rate pada meeting kali ini. Namun, apa yang perlu diberikan perhatian adalah statement2 terbaru yang dikeluarkan oleh fed.

Saya melihat FOMC kali ini dovish atas 3faktor berikut ;


1. Bilangan fed members yang melihat 2 kali kenaikan interest rate pada kali ini telah berkurangan.

Pada bulan march, 16 daripada 17orang ahli melihat akan ada 2 kali kenaikan interest rate pada tahun 2016. Walaubagaimana pun, pada kali ini, hanya 11 orang ahli saja melihat 2kali kenaikan bakal berlaku.

2. Tiada istilah "coming months" digunakan oleh Yellen pada FOMC kali ini.

Pada ucapan yellen sebelum ini, beliau ada menggunakan istilah "coming months" bila merujuk kepada bilakah waktu yang sesuai untuk fed menaikkan kadar faedah. Namun pada penampilan beliau kali ini, tiada istilah tersebut digunakan.

3. Kebimbingan terhadap data pekerjaan.

Apabila Fed menaikan interest rate buat kali yang pertama pada bulan disember 2015 yang lepas, Fed dilihat begitu berpuas hati dengan data2 pekerjaan mereka. Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, data pekerjaan (NFP) turun dengan mendadak untuk bulan May dan hanya mencatatkan bacaan 38k sahaja. Penurunan data yang drastik ini sangat membimbangkan Yellen dan juga federal reserve secara keseluruhannya.


Kesimpulannya, FOMC kali ini dilihat dovish dan ini mungkin mengakibatkan USD melemah sementara untuk janga masa yang pendek. Walaubagaimana pun, disebabkan Fed masih lagi di dalam phasa mengetatkan monetary policy mereka, USD masih dilihat bullish dalam jangka masa yang lebih panjang.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst