Pada hari selasa ini, 8
haribulan November 2016, kita akan menyaksikan pertembungan antara 2 calon
presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu Hillary Clinton & juga Donald
Trump. Calon presiden Amerika Syarikat yang baru ini bakal mengantikan Presiden
Amerika Syarikat sekarang iaitu Barack Obama yang telah pun tamat berkhidmat
selama 8tahun.
Donald
Trump Vs Hillary Clinton
Seluruh rakyat Amerika Syarikat yang layak akan
turun mengundi calon presiden pilihan mereka yang masing-masing mewakili Parti
Democratic (Hillary Cinton) dan juga Parti Republican (Donald Trump).
Seluruh dunia pastinya
akan tertunggu-tunggu siapakah yang akan memenangi pilihanraya ini nanti.
Sebagai seorang trader, kita juga pasti menantikan keputusan yang bakal
diumumkan kerana kita sedia maklum bahawa keputusan Pilihanraya Presiden
Amerika Syarikat 2016 ini akan memberikan impak yang besar kepada seluruh
pasaran kewangan.
Senario
1 – Clinton menang sebagai presiden yang baru
Jika Hillary Clinton menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Hal ini kerana Hillary Clinton hanya akan meneruskan kesinambungan polisi-polisi yang telah dibuat oleh Presiden Barrack Obama sebelum ini.
Matawang Mexican Peso (MXN) juga bakal
menerima tempias yang positif kerana hubungan dua hala antara Amerika &
Mexico akan berterusan seperti biasa berbanding jika Donald Trump yang
memenangi pilihanraya di mana ianya merupakan ancaman yang besar kepada Negara
Mexico dengan dasar2 baru yang bakal dilakukannya. Selain itu, matawang-matawang
safe haven seperti Yen (JPY), CHF akan melemah berikutan kurangnya permintaan
disebabkan market akan berada dalam keadaan yang stabil.
Senario
2 – Donald Trump menang sebagai presiden yang baru
Jika Donald Trump pula menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang negetif. Matawang USD dijangka melemah berbanding matawang2 utama yang lain. Matawang Mexican Peso juga bakal jatuh disebabkan hubungan dua hala di antara dua negara ini bakal terjejas.
Selain itu,
ketidaktentuan pasaran juga akan menyebabkan matawang-matawang safe haven
seperti Yen (JPY) dan CHF mendapat permintaan yang tinggi dan seterusnya
menguat. Matawang safe haven akan mendapat permintaan ketika pasaran berada
dalam keadaan yang panik dan tidak stabil.
No comments:
Post a Comment