Tuesday, 13 December 2016

Federal Reserve Hampir Pasti Untuk Menaikkan Kadar Faedah Mereka Awal Pagi Nanti. Adakah Anda Sudah Bersedia?

Debaran kian terasa. Awal pagi nanti iaitu pada jam 3pagi, semua persoalan akan terjawab sama ada Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah mereka ataupun tidak.

Majoriti penganalisa pasaran profesional menjangkakan Federal reserve akan menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25basis points awal pagi nanti. Jadi apakah impaknya kepada matawang US Dollar (USD)?



Baiklah, saya akan cuba perincikan perkara ini. Secara umumnya, kenaikan kadar faedah oleh central bank akan menguatkan matawang negara yang terlibat dan untuk kes pagi ini adalah matawang USD. Namun, ianya tidak lah semudah itu sahaja untuk kita membuat rumusan. Oleh itu, di bawah ini saya nyatakan 4 kemungkinan yang bakal berlaku awal pagi nanti.


  1. Fed menaikkan kadar faedah dan memberikan gambaran ataupun forward guidence bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah lagi pada tahun hadapan secara agresif.

    Jika ini berlaku, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Ianya akan terus menguat berbanding matawang2 utama yang lain. Pair USDJPY dilihat tiada masalah untuk meneruskan pendakian ke arah harga 120.00 manakala pair EURUSD pula dijangka akan memecahkan support 1.0500 dan seterusnya menuju ke harga parity iaitu 1.0000.

  2. Fed menaikkan kadar faedah tetapi tidak akan menaikkan kadar faedah secara agresif pada tahun hadapan dan kenaikan kadar faedah perlu bergantung kepada data ekonomi US yang akan datang.
    Jika ini berlaku, matawang USD mungkin tidak akan dapat meneruskan pendakian disebabkan kemungkinan berlakunya profit taking oleh market participant. Market telah pun priced in dengan kenaikan yang seperti ini. Matawang USD dijangka akan sedikit melemah tetapi ianya merupakan peluang yang baik untuk kita membeli semula matawang ini pada harga yang lebih murah.

  3. Fed menaikkan kadar faedah tetapi langsung tidak memberikan forward guidence untuk kenaikan akan datang.
    Jika ini berlaku, matawang USD dijangka akan melemah dengan lebih teruk berbanding di situasi 2. Oleh itu perlu lebih berhati2 jika anda mahu buy matawang USD dalam masa yang terdekat selepas pengumuman dibuat. Deeper correction adalah dijangkakan jika situasi ini berlaku. Pair USDJPY berkemungkinan turun membuat pembetulan harga ke level 113-112 manakala pair EURUSD pula mungkin berpotensi menuju ke 1.08-1.09. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, USD masih kekal bullish.

  4. Fed tidak menaikan kadar faedah.

    Jika ini berlaku, matawang USD akan dijual secara besar-besaran. Ianya akan melemah dengan teruk berbanding matawang2 utama yang lain. Boleh cari position untuk sell matawang USD. Buy pair xxx/usd atau sell usd/xxx. Matawang USD akan menjunam.



    Plan your trade & trade your plan. 


Sunday, 27 November 2016

Chart Pattern HNS Telah Terbentuk Di Pair NZDUSD. Adakah Pair Ini Akan Terus Turun?

NZDUSD. TFD1.

Chart pattern Head & Shoulder (HNS) telah terbentuk di daily timeframe untuk pasangan matawang NZDUSD. Price telah pun berjaya break neckline seperti yang boleh anda lihat pada chart di atas. Harga sekarang sedang berada di paras 0.7057 iaitu bawah sedikit sahaja dari neckline yang sudah di break sebelum ini.

Untuk keadaan semasa, pasangan matawang ini dijangka turun jika harga mampu kekal di bawah neckline tersebut. Untuk jangka masa yang lebih panjang pula, pasangan matawang ini terus dilihat bearish selagi ianya kekal di bawah harga tertinggi di right shoulder iaitu sekitar 0.7405.

Dari sudut fundamental pula, matawang NZD masih tertekan disebabkan pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada 10 November lepas. Selain itu, Federal Resere juga hampir pasti untuk menaikkan kadar faedah mereka pada 15 Disember nanti dan atas faktor-faktor inilah pasangan matawang NZDUSD dijangka terus melemah.




Saturday, 12 November 2016

Trump Sudah Menang Pilihanraya. Ke manakah Halatuju USD Seterusnya?


Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Segala teka teki telah berakhir pada hari Khamis yang lepas. Donald Trump telah pun memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat menewaskan pesaingnya Hillary Clinton. Kemenangan ini agak mengejutkan kerana calon pilihan adalah Hillary Clinton dan bukannya Donald Trump.

Walaubagaimanapun, hakikat perlu diterima bahawa rakyat Amerika Syarikat telah pun memilih dan mengangkat Donald Trump sebagai presiden yang baru menggantikan Barack Obama yang telah pun selesai berkhidmat selama 8 tahun.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kesan kemenangan Trump kepada pasaran khususnya kepada matawang USD. Pada mulanya, ketika kiraan undian dibuat, apabila keputusan semasa memihak kepada Donald Trump, USD dilihat melemah dan jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. Matawang safe haven pula ketika itu mendapat permintaan yang tinggi dan menguat terutamanya matawang Japanese Yen (JPY).

Tetapi, kesan ini tidak bertahan lama. Matawang USD terus saja kembali menguat setelah Donald Trump secara rasminya diumumkan sebagai pemenang. Matawang safe haven, Yen juga terus sahaja dijual kembali dan lemah dengan mendadak berbanding matawang utama yang lain. Ini jelas terbukti apabila pasangan matawang USDJPY naik mendadak sekitar 470pips dari harga terendah sebelum itu.


USDJPY. TFD1.


Kenapa perkara ini berlaku?

Terdapat 2 faktor yang menyebabkan USD kembali mengukuh setelah Donald Trump diumumkan sebagai pemenang.

Faktor pertama adalah disebabkan oleh ucapan pertama Trump setelah menang pilihanraya yang dilihat sangat positif berhubung masa depan ekonomi Amerika Syarikat. Berikut merupakan petikan ucapan beliau ;

"We have a great economic plan. We will double our growth and have the strongest economy anywhere in the world. At the same time, we will get along with all other nations willing to get along with us. We will be."

Faktor kedua adalah disebabkan oleh monetory policy semasa Federal Reserve itu sendiri. Seperi yang kita semua sedia maklum, Fed masih lagi dalam fasa mengetatkan dasar kewangan (monetary policy) mereka. Bulan hadapan, Fed dijangka menaikkan kadar faedah (interest rate) mereka dan ini merupakan sesuatu yang positif buat matawang USD dalam jangka masa yang panjang. Jadi, apabila USD mengalami kejatuhan, pelabur dan pedagang seluruh dunia akan mengambil peluang untuk membeli USD pada harga yang murah. Perkara ini yang berlaku pada hari Khamis yang lepas.


Apa pula halatuju USD selepas ini?

Halatuju USD selepas ini dilihat bullish (uptrend) dengan kemungkinan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan hadapan. Namun perlu diingat bahawa, sebarang pembetulan harga (retracement) pada matawang USD juga tidak boleh ditolak setelah kenaikan yang agak mendadak pada minggu lepas. Tetapi, secara keseluruhannya USD masih lagi berpotensi untuk meneruskan kenaikan selepas ini.

Tuesday, 8 November 2016

Hillary Clinton Vs Donald Trump. Apa Kesan Kemenangan Mereka Ke Atas Pasaran Matawang?

Pada hari selasa ini, 8 haribulan November 2016, kita akan menyaksikan pertembungan antara 2 calon presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu Hillary Clinton & juga Donald Trump. Calon presiden Amerika Syarikat yang baru ini bakal mengantikan Presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu Barack Obama yang telah pun tamat berkhidmat selama 8tahun.

Donald Trump Vs Hillary Clinton

Seluruh rakyat Amerika Syarikat yang layak akan turun mengundi calon presiden pilihan mereka yang masing-masing mewakili Parti Democratic (Hillary Cinton) dan juga Parti Republican (Donald Trump).


Seluruh dunia pastinya akan tertunggu-tunggu siapakah yang akan memenangi pilihanraya ini nanti. Sebagai seorang trader, kita juga pasti menantikan keputusan yang bakal diumumkan kerana kita sedia maklum bahawa keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 ini akan memberikan impak yang besar kepada seluruh pasaran kewangan.

Senario 1 – Clinton menang sebagai presiden yang baru

Jika Hillary Clinton menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Hal ini kerana Hillary Clinton hanya akan meneruskan kesinambungan polisi-polisi yang telah dibuat oleh Presiden Barrack Obama sebelum ini. 

Matawang Mexican Peso (MXN) juga bakal menerima tempias yang positif kerana hubungan dua hala antara Amerika & Mexico akan berterusan seperti biasa berbanding jika Donald Trump yang memenangi pilihanraya di mana ianya merupakan ancaman yang besar kepada Negara Mexico dengan dasar2 baru yang bakal dilakukannya. Selain itu, matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY), CHF akan melemah berikutan kurangnya permintaan disebabkan market akan berada dalam keadaan yang stabil. 


Senario 2 – Donald Trump menang sebagai presiden yang baru

Jika Donald Trump pula menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang negetif. Matawang USD dijangka melemah berbanding matawang2 utama yang lain. Matawang Mexican Peso juga bakal jatuh disebabkan hubungan dua hala di antara dua negara ini bakal terjejas.

Selain itu, ketidaktentuan pasaran juga akan menyebabkan matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY) dan CHF mendapat permintaan yang tinggi dan seterusnya menguat. Matawang safe haven akan mendapat permintaan ketika pasaran berada dalam keadaan yang panik dan tidak stabil.

Tuesday, 1 November 2016

Market Update (01/11/16)


.

  • Pagi tadi, Bank of Japan telah mengekalkan monetory policy sedia ada mereka. BOJ policy rate dikekalkan pada paras -0.10%. Tiada apa2 statement baru yang dikeluarkan oleh BOJ pada hari ini. Tiada kesan langsung yang besar dilihat pada matawang yen. Pasangan matawang USDJPY kini berada betul2 di harga pembukaan hari ini iaitu pada paras 104.85 dan tidak mencatatkan apa2 perubahan hari ini ketika update ini ditulis.


  • Reserve Bank of Australia juga telah mengumumkan monetary policy mereka hari ini. RBA juga mengekalkan monetary policy sedia ada mereka dengan mengekalkan cash rate pada paras 1.50%. Tone RBA kali ini masih lagi neutral dan dilihat sama dengan pengumuman monetary policy sebelum ini. RBA dilihat tidak akan tergesa2 memotong kadar faedah mereka dan ini telah mendorong kepada kenaikan matawang AUD sejurus market menghadam perkara ini. Pasangan matawang AUDUSD naik lebih dari 80pips dari harga terendah ke harga tertinggi setakat ini dan ianya mungkin berpotensi untuk mencabar resistance terdekat yang berada di 0.7708 (high 26 Oktober 2016).


  • Jam 4.30 petang tadi, data melibatkan matawang GBP telah dikeluarkan iaitu data Manufacturing PMI. Data yang keluar sedikit melemah iaitu pada bacaan 54.3 berbanding jangkaan 54.6. GBP menerima tempias yang negetif dari data ini dan dilihat sedikit melemah.


  • Jam 8.30malam tadi pula, data melibatkan matawang CAD telah dikeluarkan iaitu data Gross Domestic Product (GDP). Data ini keluar sama seperti data jangkaan iaitu mencatatkan bacaan 0.2%. Data ini mencatatkan penurunan jika dibandingkan dengan data lepas iaitu 0.4%. Namun, matawang CAD agak kuat hari ini disebabkan oleh tempias kenaikan matawang2 komoditi yang lain iaitu AUD & NZD. Selain itu harga minyak mentah juga dilihat stabil hari ini dan ianya sedikit sebanyak telah memberikan sokongan tambahan yang positif kepada matawang CAD.

Thursday, 20 October 2016

Market Update (20/10/16)



  • Matawang AUD lemah hari ini berbanding matawang2 utama yang lain. Ianya lemah setelah data Australian Employment Change yang dikeluarkan pagi tadi lebih buruk berbanding jangkaan dan juga data lepas. Data ini keluar dengan bacaan -9.8k berbanding jangkaan 15.2k. Data lepas pula telah disemak semula ke paras yang lebih buruk iaitu dari -3.9k kepada -8.6k. Pasangan matawang AUDUSD telah jatuh menjunam melebihi 100pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini, setakat ini.

.
  • Jam 4.30petang tadi, data melibatkan matawang GBP telah dikeluarkan iaitu data UK Retail Sales m/m. Data ini sekadar mencatatkan bacaan 0.0% iaitu lemah berbanding jangkaan 0.3%. Matawang GBP dilihat lemah setelah data ini keluar. Matawang GBP secara keseluruhannya minggu ini setakat hari ini masih lagi mencatatkan kenaikan berbanding USD. Ianya telah naik sekitar 78pips dari harga pembukaan minggu ini. Walaupun begitu, isu brexit masih lagi memberikan tekanan yang negetif kepada matawang GBP untuk jangka masa yang lebih panjang.

.
  • Matawang yang paling mencuri tumpuan hari ini pastinya matawang EURO. Matawang ini melakukan pergerkan 'yo-yo' hari ini ketika berlangsungnya ECB Press Conference yang bermula jam 8.30malam tadi. ECB secara rasminya hari ini telah mengekalkan Minimum Bid Rate (interest rate) sedia ada mereka pada paras 0.00%. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangkakan oleh market. Apa yang menarik perhatian adalah pergerakan EURO ketika Draghi sedang berucap di press conference.

  • Matawang EURO pada mulanya telah naik kira2 60pips disebabkan market bertindak balas dengan kenyataan draghi yang seolah2 memberi gambaran bahawa ECB sedang dalam usaha ke arah melakukan 'tapering' ke atas program QE mereka. Kenyataan yang dirujuk adalah seperti berikut. "Right now, conditions reflect that QE to remain in place, but this extraordinary support can’t stay forever". Namun kenaikan ini tidak bertahan lama apabila Draghi kemudiannya mengeluarkan kenyataan berikut "An Abrupt End To QE Is Unlikely, Was Never Discussed".

  • Jadi kesimpulannya buat masa sekarang, ECB belum lagi membincangkan apa2 hal berkaitan usaha menghentikan program QE mereka. Program ini masih lagi akan berjalan seperti biasa iaitu sebanyak 80billion euro setiap bulan sehingga bulan March 2017. Matawang EURO terus sahaja kembali jatuh setelah market menghadam kenyataan Draghi ini.

Tuesday, 18 October 2016

Market Update (18/10/16)




  • Awal pagi hari ini iaitu jam 5.45pagi, data penting melibatkan matawang NZD telah dikeluarkan iaitu data CPI. Data NZD CPI q/q mencatatkan bacaan 0.2% berbanding data forecast 0.0% dan juga data previous 0.4%. Matawang NZD meningkat setelah data ini dikeluarkan disebabkan ianya lebih tinggi berbanding jangkaan. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, NZD dijangka kembali ditekan berikutan kemungkinan berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada bulan depan.



  • AUD kuat hari ini. Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengeluarkan Monetary Policy Meeting Minutes mereka jam 8.30pagi tadi. Secara keseluruhannya meeting minutes tersebut dilihat neutral dengan tiada apa kenyataan baru yang manarik perhatian market. Berkenaan AUD, RBA masih lagi mengekalkan kenyataan bahawa nilai matawang AUD yang terlalu tinggi akan menyukarkan keseimbangan ekonomi. Jadi, kenaikan AUD dijangka terhad juga selepas ini.


  • Data GBP juga mencatatkan peningkatan hari ini. Ianya disebabkan oleh data UK CPI yang baik yang dikeluarkan jam 4.30petang tadi. Data UK CPI y/y keluar lebih tinggi berbanding data forecast dan juga previous. Data sebenar meningkat kepada 1.0% berbanding forecast 0.9% dan juga previous 0.6%. Data ini sedikit sebanyak telah memberikan sokongan yang positif kepada matawang GBP yang sebelum ini tertekan akibat sentimen Brexit. Pair GBPUSD telah melakukan pembetulan harga kira2 170pips dari harga terendah semalam. Ketika update ini ditulis ianya sedang didagangkan diparas 1.2289 iaitu naik 107pips dari harga pembukaan.


  • Data US CPI juga telah dikeluarkan jam 8.30malam sebentar tadi. Data US CPI m/m keluar sama seperti forecast iaitu pada bacaan 0.3% berbanding data lepas 0.2%. Bacaan data untuk US Core CPI pula sedikit menurun dari data lepas iaitu 0.3% kepada 0.1%. Ini telah menyebabkan reaksi market ke atas matawang USD bercampur2 setelah data2 ini keluarkan.


Setup Sell NZDUSD (18/10/16)

NZDUSD. TFD1.


Technical Reason ;
  • Support become resistance (SBR)
  • Fibonacci retracement 38.2

Fundamental Reason ;
  • Reserve Bank of New Zealand dijangka cut interest rate pada bulan depan. Kenaikan NZD dijangka terhad dan berpotensi untuk kembali lemah.

Wednesday, 12 October 2016

Market Update (13/10/16)



  • Yen matawang yang paling lemah setakat ini hari ini. Ianya melemah berbanding matawang2 utama yang lain berikutan kenyataan dari Gabenor Bank Jepun, Haruhiko Kuroda di sebelah pagi tadi bahawa BOj akan melonggarkan lagi polisi kewangan sedia ada termasuk lah untuk merendahkan lagi kadar faedah negetif mereka. Ketika update ini ditulis, harga pasangan matawang USDJPY telah pun berjaya melepasi hara tertinggi yang dicatatkan minggu lepas dan ianya sekarang sedang berada diparas 104.43 iaitu naik sekitar 90pips dari harga pembukaan hari ini.


  • USD Dollar secara keseluruhannya kuat setakat hari ini. USD Index mencatatkan kenaikan sebanyak +0.32% dan sekarang sedang berada di paras 98.00. USD terus mendapat tempias yang positif disebabkan oleh kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve sekurang2nya sekali pada tahun ini. Kenaikan kadar faedah tersebut dijangka berlaku pada bulan Disember nanti. Untuk keadaan semasa, semua investor dan trader sedang menantikan FOMC Meeting Minutes jam 2pagi nanti.


  • Harga minyak mentah turun hari ini. Ianya turun sedikit kepada $50.18 berbanding harga tertinggi yang dicatatkan semalam pada paras $51.47. Harga minyak mentah gagal melepasi major resistance yang berada pada paras $51.48 iaitu harga tertinggi yang dicatatkan pada 8 Jun 2016. Matawang CAD hari ini telah terkesan dengan penurunan harga minyak mentah ini dan dilihat melemah. Harga minyak mentah berterusan naik sebelum ini disebabkan oleh keputusan yang dicapai oleh menyuarat tidak rasmi OPEC di Algeria berkenaan dengan pemotongan kadar pengeluaran minyak mentah.

Friday, 7 October 2016

Market Update (07/10/16)



  • Market hari ini dikejutkan dengan junaman matawang GBP sekitar jam 7pagi waktu tempatan. Pergerakan ini berlaku dipercayai akibat perbuatan 'fat finger'. Pasangan matawang GBPUSD menjunam sekitar 600pips dalam jangka masa beberapa minit saja. Untuk keadaan semasa, sentimen ke atas matawang GBP masih dilihat bearish berikutan pengumuman Perdana Menteri UK Theresa May bahawa kerajaan mereka akan menghantar 'article 50' untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada hujung bulan march 2017. Namun, data2 baik yang dicatatkan oleh ekonomi UK mungkin boleh membuatkan matawang GBP melakukan pembetulan harga untuk jangka masa pendek.


  • Sebentar tadi US telah mengeluarkan data Non Farm Payroll (NFP) mereka. Data yang dicatatkan sedikit lemah iaitu 156k berbanding data forecast 171k. Data previous pula telah di semak semula dari 151k kepada 167k. Data Unemployment Rate (kadar pengangguran) pula naik kepada 5.0% dari 4.9% sebelum ini. Selain itu data Average Hourly Earnings m/m mencatatkan peningkatan dari 0.1% kepada 0.2%. Secara keseluruhannya data2 yang dikeluarkan pada kali ini dianggap lemah dan matawang USD dijual dan dilihat lemah berbanding matawang2 utama yang lain setelah market menghadam data2 tersebut.


  • Matawang CAD pula kuat setelah Canadian labour data keluar bersama2 data US NFP sebentar tadi. Data Employment change mereka keluar kuat pada bacaan 67.2k berbanding data forecast 8.5k dan juga data previous 26.2k. Data Unemployment rate pula kekal tidak berubah pada paras 7.0%. Pasangan matawang USDCAD turun sekitar 100pips setelah data2 tersebut dikeluarkan. Harga minyak mentah juga dilihat stabil di atas paras $50 setakat ini dan matawang CAD berpotensi untuk kekal kuat sehingga pasaran ditutup jam 5pagi nanti.

Tuesday, 4 October 2016

Market Update (04/10/16)




  • GBP masih lagi menjunam jatuh hari ini. Pasangan matawang GBPUSD masih meneruskan penurunan dengan mencatatkan harga terendah dalam jangka masa 31 tahun. Sentimen pasaran masih lagi berkisarkan isu Brexit. UK telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Perdana Menteri nya Theresa May bahawa mereka akan menyerahkan 'article 50' untuk keluar pada Kesatuan Eropah pada penghujung bulan March 2017. GBPUSD telah mengalami kejatuhan lebih dari 100pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini.



  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah (cash rate) mereka pada paras 1.50%. Pengumuman ini telah dibuat pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan hari ini. Tidak banyak perubahan statement2 dari RBA untuk meeting kali ini. RBA ada menyentuh berkenaan kadar tukaran matawang Australian Dollar. Mereka mengeluarkan kenyataan "Rising AUD could complicate economic adjustment". RBA dilihat tidak mahukan kekuatan yang berlebihan kepada matawang Australian Dollar. Untuk keadaan semasa, AUD dilihat agak neutral tetapi untuk jangka masa yang lebih panjang, ianya masih berpotensi untuk melakukan penurunan disebabkan oleh RBA masih dalam proses untuk melonggarkan dasar kewangan mereka.



  • GDT Price Index mencatatkan bacaan yang lemah sebentar tadi. Ianya mencatatkan bacaan -3.0% berbanding data lepas 1.7%. Matawang NZD dilihat terus melemah setelah data ini dikeluarkan. Ketika update ini ditulis, pasangan matawang NZDUSD berada di paras 0.7254 iaitu turun kira2 20pips dari harga pembukaan hari ini. Pasangan matawang ini dilihat berpotensi untuk terus melakukan penurunan.



  • US Dollar kuat setakat ini hari ini. Ianya kuat berbanding matawang utama yang lain. Ketika update ini ditulis, USD Index sedang berada di paras  96.34 iaitu naik sebanyak +0.67%. Kekuatan USD ini didorong oleh kemungkinan data yang lebih baik dicatatkan oleh data Non Farm Payroll (NFP) pada hari Jumaat nanti. Ianya dijangka meningkat dari data lepas 151k kepada 171k (forecast).

Monday, 3 October 2016

Market Update (03/10/16)






  • GBP matawang yang paling lemah setakat ini hari ini. Matawang ini terus berada dalam keadaan yang tertekan di sebabkan kenyataan terbaru oleh Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May bahawa UK secara rasminya akan menghantar 'article 50' untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada penghujung bulan March tahun hadapan. Market dilihat telah bertindak balas dengan kenyataan rasmi ini dan menjual pound sterling. Ketika pasaran dibuka awal pagi tadi, telah berlakunya 'gap' hampir 70pips ke atas pasangan matawang GBPUSD. Pasangan matawang ini telus melakukan junaman dan setakat ini telah menjunam sekitar 130pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini. Ianya dilihat sedang mencabar support terendah yang dicatatkan sebelum ini pada 6 Julai 2016 iaitu harga 1.279x. Ketika update ini ditulis, harga sedang berada di paras 1.2828.



  • USD dilihat kuat setakat ini pada hari ini berbanding matawang-matawang utama yang lain. Ianya mencatatkan kenaikan berbanding euro, gbp, jpy, nzd, cad kecuali berbanding aud. USD Index mencatatkan kenaikan sebanyak +0.30% hari ini dan ianya sedang berada diparas 95.75. Minggu ini, data yang paling ditunggu-tunggu melibatkan matawang USD pastinya data Non Farm Payroll (NFP) yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat jam 8.30malam nanti. Jika melihat kepada data forecast, data NFP kali ini dijangka mencatatkan peningkatan ke bacaan 171k berbanding data lepas 151k. Ini sekaligus memberikan sentimen awal yang positif buat matawang USD.



  • Besok pagi jam 12.30 tengah hari, Reserve Bank of Australia akan mengumumkan kadar faedah terkini mereka. Kadar faedah (cash rate) ini dijangka kekal pada paras 1.50%. Pengumuman kadar faedah kali ini merupakan yang pertama buat Gabenor Bank of Australia yang baru iaitu Philip Lowe menggantikan Gabenor terdahulu Glenn Stevens. Jika kadar faedah sedia ada dikekalkan, kita perlu melihat kepada statement2 yang akan dikeluarkan oleh RBA sama ada ianya lebih menjurus kepada statement2 yang hawkish ataupun dovish.  

Thursday, 29 September 2016

Market Update (29/09/16)




  • OPEC membuat kejutan awal pagi semalam. Melalui mesyuarat tidak rasmi di Algeria, mereka menemui kata sepakat untuk menghadkan pengeluaran minyak buat pertama kali nya dalam tempoh 8tahun. Harga minyak mentah telah melambung naik disebabkan oleh keputusan ini. Matawang2 commodity mendapat tempias yang positif dari kenaikan harga minyak ini terutama sekali matawang CAD. Pasangan matawang USDCAD turun lebih 200pips semalam dan masih berterusan ditekan hari ini.



  • Harga minyak mentah naik 3$ semalam dari paras 44.3 kepada 47.4. Hari ini harga minyak mentah dilihat masih stabil dan terus didagangkan di atas harga 47.00 per tong.



  • US Dollar secara keseluruhannya kuat hari ini. USD Index setakat ini mencatatkan kenaikan +0.14%. Ianya sekarang berada di paras 95.56. Yellen semasa berucap di Washington DC semalam masih mengekalkan tone yang hawkish dengan mengeluarkan kenyataan bahawa majoriti ahli federal reserve melihat bahawa kenaikan interest rate pada tahun ini adalah diperlukan.



  • Data ekonomi dari US yang keluar jam 8.30malam tadi juga mencatatkan peningkatan. Data US Final GDP mencatatkan bacaan 1.4% berbanding data forecast 1.3% dan juga previous 1.1%. Data Unemployment Claim juga dilihat baik dengan dengan bacaan 254k.

Thursday, 22 September 2016

Market Update (22/09/16)



  • USD matawang yang paling lemah hari ini. Ianya melemah berbanding matawang2 utama yang lain setelah Federal Reserve awal pagi semalam telah mengekalkan kadar faedah sedia ada mereka pada paras 0.25%-0.50%. Kadar faedah ini telah dikekalkan dengan 7 undian berbalas 3 dimana hanya 3orang fed members telah mengundi untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini. Walaubagaimanapun, peluang dilihat masih terbuka untuk Fed menaikkan kadar faedah mereka pada bulan Disember nanti.


  • Awal pagi tadi juga iaitu pada jam 5pagi, Reserve Bank of New Zealand telah mengekalkan kadar faedah mereka pada bulan ini pada paras 2.00%. Namun RBNZ menegaskan bahawa mereka akan terus melonggarkan dasar kewangan mereka di masa hadapan. Mereka juga memberikan kenyataan bahawa kadar tukaran NZD yang lebih rendah adalah diperlukan. Hal ini telah menyebabkan pasangan matawang NZDUSD sukar untuk mencatatkan kenaikan walaupun dalam situasi USD yang lemah sekarang ini.


  • CAD matawang yang paling kuat hari ini. Kekuatan ini didorong oleh kenaikan harga minyak mentah sebanyak $0.70 hari ini. Harga minyak mentah berada di paras $46.37 ketika update ini ditulis. Canada merupakan antara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia dan ekonomi mereka sangat bergantung dengan industri minyak ini. Disebabkan itu lah sebarang perubahan harga yang berlaku ke atas harga minyak mentah akan memberi tempias kepada matawang Canadian Dollar (CAD).

NZDUSD Nak Turun?

NZDUSD. TFH4. Harga reject resistance berpengaruh.


NZDUSD. TFH4. Terbentuknya candle pattern bearish engulfing.


Fundamental ;
  • Reserve Bank of New Zealand hold interest rate with dovish statement.
  • RBNZ : A decline in the NZ$ is needed.
  • RBNZ : Further easing will be required.

Kesimpulan ;

Harga NZDUSD berpotensi untuk turun setelah faktor-faktor teknikal dan juga fundamental di ambil kira seperti di atas.


Wednesday, 21 September 2016

Market Update (21/09/16)






  • Matawang yang paling mencuri tumpuan hari ini adalah matawang yen. Matawang yen hari ini berterusan mengukuh berbanding matawang2 utama yang lain setelah Bank of Japan secara umumnya mengekalkan monetary policy sedia ada mereka. BOJ mengekalkan interest rate pada paras -0.1% dan juga program QE mereka dengan nilai 80trillion yen setahun. BOJ juga menegaskan bahawa program QE mereka akan diteruskan sehingga kadar inflasi melebihi 2%. Market dilihat kecewa dengan pengekalan monetary policy ini dah telah menyebabkan pair USDJPY telah menjunam sekitar 220pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini. Pasangan matawang ini sekarang berada di paras harga 100.60 ketika update ini ditulis.



  • Lebih kurang 2jam dari sekarang, news/event yang ditunggu2 oleh trader/investor di seluruh dunia akan dikeluarkan iaitu pengumuman interest rate oleh Federal Reserve. Fed dijangka mengekalkan saja kadar faedah mereka pada meeting kali ini. Namun perhatian perlu diberikan kepada statement2 yang dikeluarkan oleh mereka selepas itu. Market akan melihat adakah terdapat forward guidence berkenaan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember nanti. Jika ada, USD dijangka menguat berbanding matawang2 utama yang lain.



  • Jam 5pagi nanti pula, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mengumumkan interest rate terkini mereka. Interest rate semasa RBNZ berada di paras 2.00% iaitu paras yang tertinggi berbanding bank2 pusat utama yang lain. RBNZ dijangka mengekalkan interest rate sedia ada mereka awal pagi nanti. Tumpuan harus diberikan kepada statement2 yang akan dikeluarkan oleh RBNZ nanti.

Monday, 5 September 2016

Market Update (05/09/16)





  • Semasa berucap di Kyodo News di Tokyo, Kuroda telah mengulangi kenyataan nya sebelum ini bahawa masih ada ruang untuk BOJ lebih melonggarkan dasar kewangan sedia ada mereka. Ini merupakan kenyataan yang dovish dari Kuroda. Yen sedikit kuat hari ini dan dilihat melakukan pembetulan harga setelah lemah 2minggu berturut2 sebelum ini.



  • Di sebelah petang tadi jam 4.30petang, data UK Services PMI telah pun dikeluarkan. Data ini menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan bacaan 52.9 berbanding data lepas 47.4. Data2 yang dikeluarkan dari UK terus memperlihatkan peningkatan dan ini telah menyebabkan pelabur dan pedagang menilai semula kesan Brexit ke atas ekonomi UK. Matawang GBP dilihat beransur2 pulih dan kuat berikutan data2 yang positif ini. Ketika update ini ditulis, pasangan matawang GBPUSd berada di paras 1.33xx iaitu naik lebih 500pips dari harga terendah yang dicatatkan di bulan Julai selepas isu Brexit tempoh hari.



  • Harga minyak mentah mencatatkan peningkatan hari ini. Ianya sedang didagangkan pada paras $45 setong. Harga minyak mentah telah naik $2 dari harga terendah minggu lepas. Ini telah memberikan tempias yang positif kepada mawatang CAD. Pasangan matawang USDCAD turun lebih 80pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini.



  • Malam ini, pasaran Amerika Syarikat ditutup bersempena dengan sambutan Hari Pekerja. Market liquidity akan berada dalam keadaan yang rendah.

Thursday, 1 September 2016

Market Update (01/09/16)





  • Data Manufacturing PMI untuk Negara China keluar baik pada pagi tadi mengalahkan data forecast dan juga previous. Data sebenar mencatatkan bacaan 50.4 berbanding forecast 49.9 dan juga previous 49.9. Matawang AUD kuat sedikit selepas data ini dikeluarkan disebabkan oleh China merupakan antara rakan dagangan terbesar Negara AUstralia. Kesan positif ke atas ekonomi China akan turut dirasai Negara Australia. Begitu juga lah sebaliknya. Namun kekuatan matawang AUD ini tidak bertahan lama berikutan data Australian Private Capital Expenditure dan juga Retail Sales yang keluar lemah pada jam 9.30malam.



  • Matawang yang paling mencari tumpuan setakat ini adalah matawang GBP. Matawang ini menguat disebelah petang tadi setelah data UK Manufacturing PMI mencatatkan bacaan yang baik melepasi paras 50 walaupun ianya merupakan bacaan selepas peristiwa Brexit. Data sebenar keluar pada paras 53.3. Hal ini telah menyebabkan matawang GBP menguat serta merta berbanding matawang2 utama yang lain. Matawang ini masih berterusan kuat sehingga update ini ditulis.



  • Matawang USD secara keseluruhannya setakat ini kuat berbanding matawang2 utama yang lain kecuali berbanding matawang GBP. USD Index mencatatkan bacaan 96.08 ketika update ini ditulis. Semua market participant sedang menunggu data besar melibatkan matawang greenback ini pada esok hari iaitu data Non Farm Payroll. Sentiment US Dollar dilihat positif buat masa sekarang berikutan kenyataan hawkish oleh Fed Chairman, Jenet Yellen pada Jumaat minggu lepas dan sentiment ini masih berterusan kesan dari data2 ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat minggu ini.

Monday, 22 August 2016

Market Update (22/08/16)




  • US Dollar bermula kuat pada pembukaan dagangan minggu ini berikutan kenyataan dari Timbalan Pengerusi Federal Reserve, Stanley Fischer pada Ahad lalu bahawa keadaan ekonomi Amerika syarikat semakin hampir dengan target yang telah dibuat bank pusat berkenaan. Hal ini bakal memungkin kan kenaikan kadar faedah pada tahun ini dan hal telah mendorong investor/trader membeli USD.


  • Yen pula dilihat sedikit lemah hari ini disebabkan oleh kenyaaan Gabenor Bank of Japan, Harukido Kuruda yang menjelaskan bahawa negetive interest rate policy yang diguna pakai oleh BOJ sekarang belum lagi mencapai hadnya. Ini bermaksud BOJ berkemungkinan akan menurunkan lagi kadar faedah sekarang ke paras yang lebih negetif. Market telah bertindak balas dengan menjual matawang yen.


  • Harga minyak mentah pula hari ini sedikit susut setelah ianya melakukan pendakian yang agak agresif sebelum ini di mana ianya telah mendaki dari paras 39.2x kepada paras 48.8x dalam jangka masa 3minggu. Pendakian sebelum ini juga telah menyebabkan matawang Canadian Dollar (CAD) turut mengukuh namun data Canadian CPI yang lemah pada Jumaat lepas telah membantutkan pengukuhan matawang CAD ini.


  • Di sesi dagangan New York malam ini, tiada apa-apa2 data berimpak besar yang akan dikeluarkan.

Thursday, 18 August 2016

Peluang Lebih +200pips Di NZDCAD?

NZDCAD Weekly Time Frame

NZDCAD H4 Time Frame


Pair : NZDCAD


Technically:

Boleh refer chart di atas.


Fundamentally :

+ RBNZ more dovish than BOC
+ CAD COT position more bullish than NZD
+ Oil price sedang recover ⬆️, CAD ⬆️


Overall Bias : Down ⬇️

Market Update (18/08/16)




  • Pagi tadi jam 9.30pagi, data yang melibatkan matawang AUD telah dikeluarkan. Data yang dimaksudkan adalah data Employment Change dan juga Unemployment Rate. Kedua-dua data yang keluar ini telah lebih baik berbanding data previous dan juga forecast. Data sebenar Employment Change mencatatan bacaan 26.2k iaitu tinggi berbanding data terdahulu 10.8k. Data Unemployment Rate pula mencatatkan bacaan 5.7% berbanding data lepas 5.8%. Matawang AUD kuat sejurus data ini dikeluarkan.



  • Petang tadi jam 4.30petang, data UK Retail Sales telah dikeluarkan. Data UK Retails Sales juga telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan. UK Retail Sales m/m keluar 1.4% berbanding data forecast 0.1% dan juga data previous -0.9%. Matawang GBP menguat setelah data ini dikeluarkan. Pair GBPUSD telah naik lebih dari 90pips dalam tempoh 30minit pertama selepas data ini keluar.



  • Jam 8.30malam tadi pula, data dari negara Amerika Syarikat telah dikeluarkan iaitu data Philly Fed Manufacturing Index dan juga Unemployment Claims. Kedua2 data ini mencatatkan perubahan yang baik dan USD sedikit menguat setelah data ini dikeluarkan. Namun, kekuatan USD ini hanya bertahan sementara di sebabkan oleh fokus trader/invester masih terarah kepada FOMC minutes yang dikeluarkan awal pagi semalam. Ketika update ini ditulis, USD index hari ini telah turun sebanyak -0.24% iaitu berada di paras 94.48.

Friday, 12 August 2016

Market Update (12/08/16)


Bendera Negara China



  • Awal pagi hari ini iaitu pada jam 6.45pagi, data ekonomi yang melibatkan matawang NZD telah dikeluarkan. New Zealand Retail Sales q/q telah mencatatkan bacaan yang baik berbanding data previous dan juga forecast. Data sebenar keluar 2.3% berbanding previous 1.0% dan forecast 1.0%. Namun data ini tidak mampu melonjakkan matawang NZD disebabkan semalam RBNZ telah memotong kadar faedah mereka dan ini telah memberikan kesan yang negetif kepada matawang NZD.



  • Data ekonomi melibatkan negara China juga telah dikeluarkan jam 10pagi tadi. Data Industrial Production y/y telah mencatatkan penurunan dari 6.2% kepada 6.0%. Matawang AUD dilihat lemah kesan dari data ini.



  • Disebelah petang pula, data German Prelim GDP q/q telah menunjukkan peningkatan berbanding data forecast namun menurun berbanding data previous. Matawang Euro sedikit menguat di sebelah petang tadi.



  • Lebih kurang setengah jam dari sekarang pula, data melibatkan matawang USD akan dikeluarkan iaitu data Retail Sales dan juga PPI. Selain itu data Prelim UoM Consumer Sentiment juga akan dikeluarkan jam 10malam. Sila berikan perhatian ke atas data ini kerana ianya akan menentukan hala tuju matawang USD sehingga sesi dagangan ditutup untuk minggu ini sekitar jam 5pagi nanti

Thursday, 11 August 2016

Market Update (11/08/16)


New Zealand Dollar

  • Matawang yang paling diberi perhatian hari ini pastinya matawang New Zealand Dollar (NZD). Ini berikutan pengumuman pemotongan kadar faedah pada awal pagi hari ini jam 5pagi. Seperti jangkaan, RBNZ telah memotong kadar faedah dari 2.25% kepada 2.00%. NZD telah menguat sejurus pengumuman dibuat walaupun sepatutnya kesan pemotongan kadar faedah ke atas matawang adalah negetif. Walaubagaimanapun, situasi ini dapat difahami kerana pemotongan kadar faedah ini sudah pun dijangka oleh kebanyakan market participant. Selain itu, demand ke atas matawang 'high yield' dalam beberapa minggu kebelakangan ini juga telah membuatkan matawang NZD melonjak tinggi selain matawang AUD. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, matawang NZD dijangka akan jatuh semula berikutan RBNZ masih dalam proses ke arah melonggarkan dasar kewangan mereka.



  • USD Index setakat ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.17% ketika update ini ditulis. USD menguat setakat ini berbanding EURO, GBP, & JPY namun lemah berbanding matawang aud, NZD dan juga CAD.



  • Oil menguat sedikit hari ini setelah semalam ianya turun sebanyak $1.8 dari 43.3x kepada 41.4x. Penurunan harga minyak semalam disebabkan oleh peningkatan data simpanan minyak US.



  • Malam nanti hanya ada 1 data berimpak tinggi yang akan dikeluarkan iaitu data US Unemployment Claims. Sila berikan perhatian.

Apa Kata Bank Besar Tentang Pemotongan Kadar Faedah Oleh RBNZ Awal Pagi Tadi?


Matawang New Zealand, Kiwi


Seperti yang telah dijangka oleh kebanyakan market participant, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah memotong Official Cash Rate mereka dari 2.25% kepada 2.00%. Kadar faedah yang baru ini telah diumumkan pada jam 5pagi tadi waktu tempatan.

Bank-bank besar dunia telah memberikan pendapat mereka berkenaan pemotongan kadar faedah ini. Jom kita baca apa ulasan mereka.


ASB ;

  • Menjangkakan satu lagi pemotongan kadar faedah (rate cut) pada bulan November (25 basis point lagi)
  • Pemotongan kadar faedah seterusnya akan dilakukan terutamanya jika nilai matawang NZD masih tidak mengikut kehendak RBNZ.

Barclays ;
  • Kenyataan RBNZ kali ini dilihat dovish. Kami menjangkakan 2 lagi rate cut selepas ini.
  • Jangkaan rate cut seterusnya adalah pada bulan November 2016 dan kemudiannya sekitar suku ke 2 tahun 2017.

ANZ ;
  • RBNZ secara jelasnya masih dalam easing bias
  • Rate cut seterusnya adalah dijangkakan tetapi bukan dalam keadaan yang agresif.

UBS ;
  • RBNZ dijangka memotong kadar faedah lagi pada bulan November nanti.
  • Tiada lagi rate cut dijangkakan selepas itu sehingga tahun 2018.

Westpac ;
  • Kemungkinan rate cut pada bulan September adalah lebih besar dari apa yang market sedang jangkakan namun kami berpendapat bulan November adalah lebih sesuai untuk rate cut yang seterusnya.

Nomura ;
  • Rate cut seterusnya berkemungkinan besar dilakukan sebelum hujung tahun ini.
  • Dijangkakan pada bulan November, kecuali NZD sudah menurun sebelum itu.

Thursday, 4 August 2016

Market Update (04/08/16)

Governor Bank of England, Mark Carney



  • Hari ini, tumpuan pastinya terarah kepada matawang Pound. Pound sterling telah menjunam jatuh setelah BOE membuat pengumuman pemotongan kadar faedah dari 0.50% kepada 0.25% iaitu sebanyak 25 basis point. Selain itu, Bank of England juga telah membuat kejutan dengan membesarkan lagi program QE mereka dengan tambahan 70billion pound. Matawang pound terus saja jatuh mendadak berbanding matawang2 utama yang lain sejurus pengumuman ini dibuat. Pair GBPUSD telah jatuh 230pips dari harga tertinggi ke harga terendah setakat ini.



  • Pagi tadi jam 9.30pagi, data Australian Retail Sales m/m telah pun keluar. Data sebenar keluar lebih rendah berbanding forecast dan juga previous. Data sebenar cuma mencatkan bacaan 0.1%. Namun pair AUDUSD dilihat tidak begitu terkesan dengan data ini.



  • USD hari ini tidak lah dilihat begitu kuat. Ianya lemah berbanding AUD, NZD, JPY, CAD namun kuat berbanding matawang EUR dan GBP. USD Index hanya mencatatkan sedikit saja kenaikan iaitu sebanyak 0.15% dan ini pun hanya disebabkan oleh kelemahan yang ketara pada matawang GBP. Hal ini disebabkan oleh investor dan trader mengambil sikap berjaga2 menjelang data US Non Farm Payroll yang akan di keluarkan esok malam.



  • Oil hari ini sedikit menurun setelah semalam ianya telah melakukan rebound yang agak signifikan iaitu naik sebanyak 2 dollar dari harga 39.2x kepada 41.1x. Harga terkini berada di paras 40.90.


Monday, 1 August 2016

Market Update (01/08/16)




  • GBP jatuh setelah data UK Manufacturing PMI yang dikeluarkan jam 4.30petang tadi mencatatkan penurunan. Data kali ini mencatatkan bacaan 48.2 berbanding data lepas 49.1. Ini menambahkan lagi kemungkinan bahawa BOE akan memotong kadar faedah mereka pada hari khamis nanti.GBPUSD telah turun 100pips dari harga tertinggi ke harga terendah setakat ini.



  • USD Index mencatatkan peningkatan sebanyak +0.20% ketika update ini ditulis. Ianya sekarang berada di paras 95.72. Hala tuju seterusnya bagi matawang USD akan bergantung dengan bacaan data US ISM Manufacturing PMI yang akan dikeluarkan jam 10malam nanti.



  • Matawang AUD lemah hari ini akibat terkesan dari data Chinese Manufacturing PMI jam 9pagi tadi. Data tersebut mencatatkan penurunan dari 50.0 kepada 49.9. Kelemahan matawang ini juga disebabkan oleh jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) esok.



  • CAD juga lemah hari ini didorong oleh kejatuhan harga minyak. Harga minyak sekarang berada diparas 40.99 per barrel. Pasangan matawang USDCAD telah mencatatkan kenaikan 50pips dari harga pembukaan setakat ini.


Friday, 29 July 2016

Market Update (29/07/16)





  • Matawang yang paling mencuri tumpuan hari ini adalah matawang Japanese Yen. Yen hari ini mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. USDJPY telah mencatatkan penurunan sebanyak -1.9% setakat ini. Ianya telah menjunam jatuh sekitar 280pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini.



  • Kekuatan Yen hari ini adalah disebabkan oleh tindakan BOJ yang telah mengecewakan pasaran dengan tidak mengumumkan pelonggaran dasar kewangan yang besar seperti yang diharapkan. BOJ hanya menambah Exchange Traded Funds kepada 6trillion Yen ($58.3 billion) dan juga menambah dollar lending program kepada $24billion.



  • BOJ hari ini mengekalkan interest rate sedia ada dan juga telah mengekalkan government bond purchases mereka. Penjual-penjual matawang Japanese Yen dilihat kecewa dengan keputusan ini.



  • Euro Zone CPI Flash Estimate y/y telah menunjukkan peningkatan apabila data tersebut dikeluarkan jam 5petang tadi. Data sebenar mencatatkan bacaan 0.20% berbanding data lepas iaitu 0.1%. Data ini sedikit sebanyak telah menyokong kenaikan matawang euro.



  • USD lemah setakat ini berbanding matawang-matawang utama yang lain kecuali berbanding matawang Canadian Dollar (CAD). CAD tidak mampu mencatatkan kenaikan berbanding US Dollar disebabkan oleh harga minyak yang berterusan jatuh. Harga minyak telah mencatatkan penurunan 7hari berturut-turut dan ianya sekarang sedang berada diparas $40.78 per barrel.



  • Di New York Session malam nanti, data yang melibatkan matawang CAD dan juga USD akan dikeluarkan iaitu data Canadian GDP dan juga US GDP. Kedua-dua data ini akan dikeluarkan jam 8.30malam. Sila berikan perhatian.


Thursday, 28 July 2016

Apa Kata Bank-Bank Utama Selepas FOMC Awal Pagi Tadi

Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah semasa mereka. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangka oleh kebanyakan investor dan juga trader di seluruh dunia.



Bank-bank besar telah memberikan ulasan berkenaan keputusan Federal Reserve ini. Mari kita sama-sama baca ulasan mereka.



Danske Bank

Seperti jangkaan, FOMC telah mengekalkan federal funds mereka pada paras 0.25%-0.50%. Kenyataan baru oleh FOMC yang telah menarik perhatian pasaran adalah kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun hilang". Hal ini telah memberi gambaran bahawa kenyataan FOMC kali ini adalah lebih hawkish jika dibandingkan dengan kenyataan di bulan Jun yang lalu.



Bank of Amerika Merrill Lynch

Kenyataan FOMC kali ini dilihat lebih positive jika dibandingkan dengan Jun, tetapi ianya tidak mengubah apa-apa. FOMC menekankan bahawa risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun lenyap tetapi walaubagaimanapun, mereka akan teruskan memerhati keadaan ekonomi global dan juga perkembangan pasaran kewangan secara keseluruhannya. Untuk itu, kami berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan September nanti tidak akan berlaku tetapi kami menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Desember nanti jika tiada apa-apa kejutan negetif yang berlaku dalam pasaran.


BNP Paribas

FOMC telah pun mengekalkan kadar faedah mereka seperti jangkaan pada mesyuarat yang berlangsung pada 26-27 Julai yang lepas. Pada pandangan kami, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Fed jelas menggambarkan bahawa kenaikan kadar faedah hampir pasti berikutan kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah lenyap". Kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan September adalah lebih jelas asalkan data-data selepas ini berada dalam keadaan yang baik. Secara keseluruhannya, kenyataan Fed kali ini telah menyakinkan kami sekaligus telah menukarkan pandangan kami daripada tiada perubahan kadar faedah kepada kenaikan kadar faedah pada bulan September nanti.


Barclay Capital


Kami melihat kenyataan FOMC kali ini lebih hawkish daripada apa yang kami jangkakan, walaupun jangkaan kami tentang perubahan kenyataan kali ini sangat hampir dengan kenyataan sebenar yang telah dikeluarkan. Kenyataan kali ini meyakinkan kami bahawa FOMC berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedah mereka pada mesyuarat bulan September nanti, asalkan data-data pekerjaan terus mencatatkan bacaan yang baik. Kami juga berpendapat, Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.




Wednesday, 27 July 2016

Market Update (27/07/16)



Data Australian CPI telah keluar bercampur-campur pagi tadi. Data CPI q/q telah menunjukkan peningkatan iaitu naik dari -0.20% kepada 0.40%. Namun data CPI y/y telah mencatatkan penurunan dar 1.30% kepada 1.00%. Pair AUDUSD telah spike ke atas setelah data CPI tersebut dikeluarkan namun kemudiannya telah turun semula setelah market player mengambil kira kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh RBA pada minggu hadapan. AUD dijangka akan terus ditekan sehingga RBA Cash Rate decision pada 2 Ogos nanti.


Yen lemah hari ini. Ini disebabkan oleh report yang dikeluarkan oleh FNN bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi yang bernilai 27Trillion Yen. USDJPY melonjak sekitar 180pips dari harga pembukaan ke harga tertinggi hari ini setelah berita ini dikeluarkan. Pasangan matawang ini kemudiannya telah memadam separuh dari kenaikan ini dah ianya sekarang sedang berada di paras 105.50. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kemudiannya telah mengesahkan bahawa pakej ransangan ekonomi bernilai lebih 28trillion yen akan dilaksanakan. Sentimen semasa ke atas matawang yen dilihat bearish.


Petang tadi, data penting melibatkan matawang GBP telah keluar iaitu data UK GDP. Terdapat peningkatan kepada data GDP q/q & juga GDP y/y. Data yang lengkap adalah seperti berikut ;

UK Gross Domestic Product (QoQ)
Actual: 0.6%
Expected: 0.5%
Previous: 0.4%

UK Gross Domestic Product (YoY)
Actual: 2.2%
Expected: 2.1%
Previous: 2.0%

Walaubagaimanapun GBP tidak menguat setelah data ini dikeluarkan kerana ini merupakan bacaan data sebelum isu Brexit melanda UK. Market player dilihat mengabaikan data ini. Dari sudut fundamental, GBP masih bearish disebabkan faktor Brexit ini.


Jam 2pagi nanti kita akan ada news penting melibatkan matawang USD iaitu pengumuman kadar faedah oleh Federal Reserve. Federal reserve dijangka mengekalkan saja kadar faedah semasa mereka pagi nanti. Perhatian perlu diberikan kepada statement-statement yang akan dikeluarkan oleh Fed.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Tuesday, 26 July 2016

Market Update (26/07/16)





  • Yen kuat hari ini. Usdjpy telah membuat penurunan hampir 180pips dari harga pembukaan hari ini. Penurunan pair xxx/jpy hari ini adalah disebabkan oleh expection market berkenaan tambahan stimulus dari BOJ pada hari Jumaat nanti telah berkurang. Support penting usdjpy sekarang berada di 103.88. Selagi support ini mampu bertahan, jatuhan usdjpy dijangka terhad. Harga semasa usdjpy ketika update ini ditulis berada di paras 104.40.



  • Harga minyak mentah WTI masih lagi meneruskan penurunan hari ini setelah semalam ianya telah turun sekitar -$1.3. Harga semasa berada di paras 42.68. Harga minyak sudah mencatatkan penurunan selama 4hari berturut-turut sejak Khamis minggu lepas. Penurunan harga minyak ini telah menyebabkan matawang CAD ikut melemah.



  • USD Index setakat ini sedikit turun. Ianya telah mencatatkan penurunan sebanyak -0.21% dan sekarang berada di paras 97.09. Investor & trader sedang menunggu apakah akan ada perubahan kadar faedah dari Fed Khamis nanti jam 2pagi waktu tempatan.



  • Jam 10malam nanti, 1 data high impact yang melibatkan matawang USD akan dikeluarkan iaitu data CB Consumer Confidence. Sila berikan perhatian.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Friday, 22 July 2016

Market Update (22/07/16)





  • USD kuat berbanding matawang2 utama yang lain setakat ini. USD Index telah mencatatkan kenaikan sebanyak +0.16% setakat jam 6.53petang. Ianya sedang berada di paras 97.155. Anda boleh lihat bacaan USD Index yang terkini di sini.



  • Matawang yang paling lemah setakat ini adalah matawang GBP. Ini disebabkan oleh data ekonomi UK yang lemah telah dikeluarkan petang tadi. Data Manufacturing PMI telah mencatatkan penurunan daripada 52.1 kepada 49.1. Selain itu, data Services PMI keluar lemah dengan mencatatkan bacaan  47.2 berbanding data lepas 52.3. Kesan Brexit kini telah dirasai oleh ekonomi UK sedikit demi sedikit. Kesan negetif ini dijangka akan berterusan.



  • Malam nanti jam 8.30malam, kita akan ada data yang melibatkan matawang CAD akan dikeluarkan iaitu data CPI & juga Retail Sales. Data2 ini akan mempengaruhi pergerakan matawang yang disebut sebagai 'loonie' ini pada sesi dagangan Amerika Syarikat nanti. Sila berikan perhatian.

Thursday, 21 July 2016

Market Update (21/07/16) ;



  • NZD lemah hari ini selepas Reserve Bank of New Zealand memberikan gambaran yang jelas bahawa akan ada pelonggaran monetary policy pada bulan Ogos nanti. RBNZ juga memaklumkan bahawa Matawang Kiwi yang kuat akan mengheret inflasi ke bawah.


  • Petang tadi jam 4.30petang, data yang melibatkan matawang GBP telah keluar iaitu data Retail Sales. Data yang buruk telah dicatatkan iaitu pada paras -0.9% berbanding data lepas 0.9%. GBP telah melemah selepas data ini dikeluarkan.

.
  • ECB telah mengekalkan kadar faedah sedia ada mereka sebentar tadi. Pengekalan kadar faedah ini memang sudah dijangkakan oleh kebanyakan trader dan juga investor. Semasa press conference dilakukan, eurusd telah naik kira2 50pips namun ianya tidak kekal lama sebelum pasangan matawang ini kembali terjun dan memadam kesemua kenaikan tersebut. ECB dilihat neutral saja pada kali ini. Ketika update ini ditulis, eurusd berada di paras harga yang sama dengan harga pembukaan. Psikologi support 1.1000 dilihat masih bertahan setakat ini.

.
  • Data US Jobless Claim juga telah keluar jam 8.30malam tadi. Data yang baik telah dicatatkan kali ini dengan bacaan sebanyak 253k.

Friday, 15 July 2016

Matawang Turkish Lira Jatuh Menjunam Akibat Percubaan Rampasan Kuasa di Turki.

Semalam, beberapa jam sebelum pasaran ditutup, kita telah dikejutkan dengan berita rampasan kuasa yang telah berlaku di Negara Turki. Ianya dilakukan oleh sebahagian daripada tentera Turki yang mahukan pemerintahan di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan digulingkan.

Semasa cubaan rampasan kuasa ini sedang berlaku, jet-jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara Turki manakala orang ramai mendapatkan perlindungan di rumah masing-masing.

Walaubagaimanapun, percubaan rampasan kuasa ini cuma mampu bertahan selasa 5jam sahaja. Rakyat negara itu telah keluar beramai-ramai ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa yang sedang dilakukan setelah gesaan dibuat oleh Erdogan secara langsung melalui video di Facetime.

Penyokong Erdogan telah turun ke jalanan dan membantah rampasan kuasa yang di lakukan.

Rakyat menghalang kereta kebal yang digunakan ketika percubaan rampasan kuasa.


Antara tentera yangberjaya ditahan oleh penyokong Erdogan.

Matawang tempatan Negara Turki iaitu Turkish Lira telah jatuh menjunam kesan dari percubaan rampasan kuasa ini. Ianya telah melemah sebanyak 4.6% berbanding US Dollar dan merupakan jatuhan harian yang paling teruk sejak 8tahun. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur-pelabur terhadap kestabilan politik di negara terbabit.



Turkish Lira Vs US Dollar

Selain itu, matawang-matawang safe haven juga dilihat mendapat permintaan ketika berita rampasan kuasa di Turki ini keluar. Matawang Yen menguat dan harga emas juga dilihat molonjak sebelum pasaran ditutup jam 5pagi tadi.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Thursday, 14 July 2016

BOE Mahu Potong Kadar Faedah Jam 7Malam Nanti?


Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 24Jun yang lepas, pasaran telah digemparkan dengan keputusan rakyat UK yang mahu keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Mereka telah meluahkan hasrat mereka itu ketika Referendum UK-EU Referendum yang mana akhirnya telah memihak kepada Brexit dengan undian sebanyak 52%.

Pound telah jatuh dengan mendadak pada hari keputusan referendum diumumkan dan berterusan jatuh sehingga beberapa hari lagi selepas itu sebelum akhirnya membuat sedikit pembetulan harga.

Ekonomi UK sangat terkesan dengan keputusan Brexit ini. Brexit mungkin akan menyebabkan kelemesetan ekonomi berlaku di United Kingdom. Bank of England (BOE) perlu memainkan peranannya sebagai badan penyelia kewangan di negara itu, agar impak Brexit ini tidak terus membahayakan keadaan ekonomi United Kingdom.



Bank of England


Oleh kerana itu, petang nanti jam 7malam, perhatian perlu diberikan kepada news Official Bank Rate (Interest rate) yang bakal di keluarkan oleh BOE. Mengikut pandangan majoriti ahli ekonomi, BOE dijangka akan memotong Official Bank Rate mereka daripada 0.50% kepada 0.25%. Keputusan ini perlu dibuat untuk merangsang semula ekonomi UK yang sudah dilihat lemah sebelum dari keputusan Brexit diumumkan lagi.

Namun, sebahagian ahli ekonomi lain berpendapat, BOE tidak akan memotong kadar faedah mereka kerana ianya belum pasti sama ada Brexit benar-benar telah menarik ekonomi UK kebawah. Mereka berpendapat, BOE perlu menunggu data-data ekonomi terkini yang dicatatkan UK setelah keputusan Brexit tempoh hari.

Apa pun, sebagai trader kita perlu bersiap sedia dengan sebarang keputusan yang bakal dikeluarkan. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit tips kepada anda semua tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah kesannya keatas matawang GBP.


BOE Memotong Kadar Faedah = GBP Melemah

BOE Mengekalkan Kadar Faedah = GBP Menguat Seketika



Secara keseluruhannya, GBP masih lagi dilihat bearish walaupun BOE mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedahnya petang nanti. Rancang lah dagangan anda dengan sebaiknya.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst