Matawang New Zealand, Kiwi
Seperti yang telah dijangka oleh kebanyakan market participant, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah memotong Official Cash Rate mereka dari 2.25% kepada 2.00%. Kadar faedah yang baru ini telah diumumkan pada jam 5pagi tadi waktu tempatan.
Bank-bank besar dunia telah memberikan pendapat mereka berkenaan pemotongan kadar faedah ini. Jom kita baca apa ulasan mereka.
ASB ;
- Menjangkakan satu lagi pemotongan kadar faedah (rate cut) pada bulan November (25 basis point lagi)
- Pemotongan kadar faedah seterusnya akan dilakukan terutamanya jika nilai matawang NZD masih tidak mengikut kehendak RBNZ.
Barclays ;
- Kenyataan RBNZ kali ini dilihat dovish. Kami menjangkakan 2 lagi rate cut selepas ini.
- Jangkaan rate cut seterusnya adalah pada bulan November 2016 dan kemudiannya sekitar suku ke 2 tahun 2017.
ANZ ;
- RBNZ secara jelasnya masih dalam easing bias
- Rate cut seterusnya adalah dijangkakan tetapi bukan dalam keadaan yang agresif.
UBS ;
- RBNZ dijangka memotong kadar faedah lagi pada bulan November nanti.
- Tiada lagi rate cut dijangkakan selepas itu sehingga tahun 2018.
Westpac ;
- Kemungkinan rate cut pada bulan September adalah lebih besar dari apa yang market sedang jangkakan namun kami berpendapat bulan November adalah lebih sesuai untuk rate cut yang seterusnya.
Nomura ;
- Rate cut seterusnya berkemungkinan besar dilakukan sebelum hujung tahun ini.
- Dijangkakan pada bulan November, kecuali NZD sudah menurun sebelum itu.
No comments:
Post a Comment