Wednesday, 29 June 2016

Harga Minyak dan Matawang CAD. Apakah hubungkait antara keduanya?

Pada artikel kali ini, saya ingin terangkan kepada anda semua apakah perkaitannya antara harga minyak mentah dan juga matawang Canadian Dollar (CAD). Jika harga minyak mentah naik, apakah yang akan berlaku kepada matawang CAD? Dan jika harga minyak mentah turun pula, apakah yang akan jadi?



Bendera Negara Canada.


Jangan pening-pening kepala. Saya akan rungkaikan perkara ini untuk anda.

Ok begini. Canada merupakan salah satu dari negara pegeluar minyak mentah utama di dunia. Canada sangat bergantung dengan industri minyak untuk memacu ekonomi negara ini. Naik dan turunnya harga minyak akan memberi kesan kepada pendapatan Negara Canada dan hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada matawang CAD.


Teorinya mudah saja,

Jika harga minyak naik, CAD juga akan ikut naik.

Jika harga minyak turun, CAD juga akan ikut turun.


Teori ini boleh dibuktikan di chart di bawah.


Oil Chart. TFD1

Harga minyak telah mengalami kenaikan bermula pada 21/01/16. Harga terendah yang dicatatkan pada hari tersebut adalah 27.8x. Harga minyak kemudiaannya telah memecut naik dan mencatatkan harga tertinggi pada paras 51.5x pada 09/06/16.


Sekarang lihat pula chart pair USDCAD di bawah.


USDCAD Chart. TFD1

Seperti yang anda semua boleh lihat, matawang CAD juga turut menguat apabila harga minyak memulakan pendakian pada awal bulan 1 2016. Kekuatan CAD ini telah memberi tekanan kepada pasangan matawang USDCAD. USDCAD telah mengalami kejatuhan yang ketara kesan dari kenaikan harga minyak. Hal ini sekaligus telah membukti kan teori yang telah saya nyatakan di atas tadi bahawa jika harga minyak naik, CAD juga akan ikut naik.

Namun, anda tidak lah boleh semata-mata bergantung dengan faktor harga minyak saja untuk anda membuat analisa berkenaan hala tuju matawang CAD. Cumanya anda perlu sedar, harga minyak merupakan antara faktor utama yang akan memberi kesan kepada naik dan turun nya harga matawang CAD. Lain-lain faktor juga perlu anda ambil kira.


Sekian.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst






Sunday, 26 June 2016

Tips Memilih Broker Yang Bagus Dan Selamat



Sebagai seorang trader, adalah penting untuk kita memilih broker yang benar-benar berkualiti sebelum kita melakukan deposit dan trade di broker yang berkenaan.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk memilih broker yang bagus dan juga selamat.


1. Regulation

Benda yang paling penting sekali bagi saya adalah regulation broker tersebut. Apabila broker mempunyai regulation, akan ada badan yang mengawal selia broker berkenaan. Broker tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan yang membelakangi pelanggan-pelanggan mereka kerana mereka boleh didakwa jika berbuat sedemikian. Kita ada berbagai-bagai badan penyelia seperti  CySEC, ASiC, FCA, NFA dan sebagainya.


2. Jenis Broker

Anda perlu faham jenis broker yang ada di dalam pasaran. Ada broker yang menggelarkan diri mereka sebagai STP (Straight Through Processing) tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya tiada masalah pun jika anda mahu trader di broker STP/ECN ataupun broker Market Maker. Kedua-dua broker ini mempunyai liquidity provider dan menghantar order anda ke real market cuma bezanya broker pure STP/ECN tidak mempunyai b-book dan broker market maker mempunyai kedua-duanya iaitu a-book & b-Book. Kebanyakan broker yang trader-trader Malaysia trade adalah Market Maker tetapi mereka tidak jelas akan perkara ini. A-book adalah order-order yang akan broker hantar ke LP manakala b-book tidak. Broker Market Maker akan mengklafikasikan trader2 mengikut a-book dan b-book. Secara umumnya trader-trader yang konsisten profit, broker akan meletakkan mereka di a-book manakalah trader-trader 'mat depo' akan diletakkan di dalam b-book.

Broker yang perlu anda elakkan adalah broker-broker yang dipanggil sebagai 'bucket shop'. Broker-broker ini beroperasi tanpa mempunyai liquidity provider langsung. Mereka hanya bergantung kepada ratio trader yang loss lebih ramai dari trader yang win. Jadi mereka memanfaatkan ratio ini untuk mereka mengaut keuntungan. Mereka hanya perlu memusing-musingkan duit deposit yang mereka perolehi dari trader yang loss dan membayar withdrawal trader yang untung menggunakan dana ini dengan harapan trader yang rugi perlu lebih banyak dari trader yang untung. Tetapi, jika tiba-tiba ada trader yang mampu untung dengan profit yang luar biasa besar, ketika inilah broker bucket shop akan sakit kepala dan mencipta pelbagai-bagai alasan untuk tidak membayar withdrawal trader terbabit.


3. Kekuatan Dana

Anda juga perlu tahu kekuatan dana broker-broker yang anda pilih. Dengan erti kata yang mudah, broker-broker yang lebih besar dan telah bertapak lama akan menpunyai dana yang lebih kuat dari broker-broker kecil yang baru sahaja tumbuh. Kekuatan dana adalah penting bagi memastikan broker mempunyai cukup wang untuk membayar withdrawal pelanggan mereka. Ianya tidak menjadi masalah jika anda mahu support broker-broker yang baru tumbuh ini tetapi anda perlu lah jelas akan risiko yang perlu anda tanggung. Ya, setiap bisnes mempunyai risiko, tetapi anda mempunyai otak yang sihat untuk menguruskan risiko tersebut.


4. Pengurusan broker

Broker yang baik perlulah mempunyai pengurusan yang telus dan mudah dicapai. Jika kita mempunyai sebarang masalah, kita boleh terus berbincang dengan pihak pengurusan dengan segera. Broker-broker tidak sepatutnya menyembunyikan pihak pengurusan mereka sama ada pengurusan yang tertinggi sampai lah yang paling terendah. Semuanya perlu telus dan benar.

.

Inilah 4 tips penting pada saya yang perlu trader berikan perhatian sebelum mereka memilih mana-mana broker. Lain-lain faktor seperti spread, leverage, bonus, dan sebagainya, itu terserah kepada kita untuk membandingkannya. Perlu di ingat kita bukan mahu trade sebulan dua sahaja. Jadi sangat lah penting untuk kita memilih broker-broker yang benar-benar selamat dan di percayai.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Friday, 24 June 2016

Akhirnya Kemenangan Berpihak Kepada Brexit





Brexit menang dengan 52% berbanding Bremain 48%

Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu oleh trader-trader dan juga investor-investor seluruh dunia telah pun tiba. Secara rasminya hari ini majoriti warga United Kingdom (UK) telah memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (European Union).

Hal ini telah mereka terjemahkan pada UK-EU Referendum yang telah dijalankan pada 23/06/16. Kiraan rasmi hari ini menunjukkan Brexit telah memenangi referendum ini dengan mencatatkan 52% berbanding Bremain yang mencatatkan 48%.  Mesej yang jelas telah di sampaikan oleh rakyat UK.



Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron telah meletakkan jawatannya berikutan kekalahan pasukan Bremain.

Buat forex trader, hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kita. Pergerakan market hari ini sangat ganas disepanjang pengiraan undian UK-EU Referendum yang bermula pagi Jumaat tadi. Bagi yang mengikuti pengiraan undi secara langsung pastinya dapat merasakan perasaan yang berdebar-debar apatah lagi jika pada masa yang sama juga kita mempunyai position berkaitan referendum ini yang masih aktif. Saya yakin, anda pasti tidak senang duduk melihat pergerakan market yang besar dan ganas itu.

Matawang GBP telah turun sebanyak 11% hari ini dan kadar tukaran GBP kepada USD adalah yang terendah dalam tempoh 30tahun. Pair GBPUSD telah turun lebih dari 1700pips. Matawang Euro turut terkesan dan jatuh bersama-sama dengan matawang GBP. Pair EURUSD telah jatuh lebih dari 500pips dan mencatatkan harga terendah pada paras 1.0910. Matawang safe haven iaitu JPY mendapat permintaan berikutan situasi panik yang berlaku di dalam pasaran. USDJPY telah turun melebihi 700pips manakala pair GBPJPY telah turun lebih dari 2600pips.

Pergerakan ini sudah di jangkakan dari awal lagi jika Brexit memenangi referendum ini. Anda semua boleh rujuk balik post bertarikh 14Jun 2016 yang lepas bertajuk "Brexit? Apakah Yang Forex Trader Perlu Tahu?". Anda boleh baca semula post itu jika anda belum lagi membacanya.

Pemahaman fundamental sangat penting di dalam trading. Faktor-faktor fundamental lah yang akan menggerakkan pasaran dan anda sama sekali tidak boleh menafikan hal ini. Namun, pemahaman fundamental ini perlu juga disertakan pemahaman teknikal yang baik. Anda perlu mengabungkan kedua-duanya untuk anda menjadi trader yang "sempurna". Ini adalah pandangan saya secara peribadi. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju. Tidak mengapa, saya hormati pandangan anda jika ianya berbeza.

Bagi yang mahu belajar fundamental, saya sarankan anda untuk bersama-sama kami di SFA Ultimate. Di situ kita akan belajar serta berbincang segala isu berkaitan fundamental semasa market dan juga tidak ketinggalan, analisa teknikal. Anda semua sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keluarga SFA Ultimate.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Wednesday, 22 June 2016

Majoriti Trader Malaysia Memilih Bremain?



Pada tarikh 22 May yang lalu, saya telah mengadakan satu poll (undian) berkaitan UK-EU Referendum (Brexit) di salah satu group facebook forex yang terkenal di Malaysia iaitu Group "Signal, Analisa & Berita Forex Percuma". Data di atas telah saya ambil pada hari Rabu 22/06/16 pada jam 8.30malam.


Berikut merupakan dapatan yang saya peroleh :


Tarikh mula mengundi : 22 May 2016
Tarikh data dikutip : 22 Jun 2016 2016
Jangka masa mengundi : 1 Bulan


Bilangan pengundi : 342 orang

UK kekal (Bremain) : 227 orang
UK Keluar (Brexit) ; 115 orang


Peratusan Rasmi

Bremain : 66%
Brexit : 34%



Pemenang Rasmi : BREMAIN!


Poll di atas bukan lah signal yang boleh anda jadikan sebab untuk melakukan position sebelum referendum sebenar esok. Poll ini dibuat hanyalah sekadar ingin mengetahui pendapat majoriti trader-trader di Malaysia berhubung isu Brexit yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sebarang dagangan yang anda lakukan adalah berada di bawah tanggungjawab anda sendri.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst




Monday, 20 June 2016

FUNDAMENTAL?? Apa itu Fundamental? Penting ke? Baca jika anda ingin mengetahuinya..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan FUNDAMENTAL.. Jadi sila lakukan senaman ringkas seperti jogging setempat untuk menjana kecergasan minda sebelum meneruskan membaca (gurau-gurau je, jangan marah haa).. So apa benda FUNDAMENTAL ni?

FUNDAMENTAL ni adalah perkara asas mengenai MARKET Forex itu sendiri, segala apa yang menyebabkan pergerakkan harga itu terjadi baik dari segi pengeluaran data-data ekonomi sesebuah negara, bencana alam, geopolitik, pesanan komersial, dasar kewangan bank pusat dan lain-lain lagi. Jadi adakah ianya penting buat trader untuk mengetahuinya? Bagi saya jawapannya adalah YA, kerana kita sebagai trader pasti tertanya-tanya apakah yang menyebabkan harga tersebut bergerak malah kadang-kadang sehingga terlalu mendadak dan boleh mencederakan akaun kita.

Saya ambil contoh seperti tukaran diantara USD/MYR, masih ingatkah lagi anda pada isu 1MDB tempoh hari? Ianya telah menyebabkan nilai tukaran matawang diantara US Dollar kepada Ringgit Malaysia menjadi tinggi, sehingga tersebarnya khabar angin bahawa nilai tukaran tersebut mampu mencecah RM5 kepada hanya 1USD. Isu-isu seperti ini dimana ianya melibatkan pegawai tertinggi didalam sesebuah negara dan keadaan geopolitik juga mampu mempengaruhi akan pergerakkan nilai tukaran itu.

Seperti mana hari ini kita dapat saksikannya pada matawang GBP apabila isu UK kekal/keluar dari Kesatuan Eropah. Dan apa yang menarik, ianya tidak hanya tertumpu kepada matawang GBP sahaja. Matawang lain juga turut terkesan dari isu ini seperti contoh EURO, JPY, CHF dan juga komoditi seperti GOLD. Mengapa matawang dan komoditi lain juga turut terkesan? Salah satunya adalah kerana Safe Haven Flow terhasil, keadaan dimana pelabur-pelabur besar mengalihkan dana dan juga modal mereka kepada instrumen yang lebih stabil dan selamat. Selain itu, bagi matawang EURO ianya dilihat sebagai "Funding Currency" kerana faktor kadar faedahnya yang rendah oleh para pelabur.

Begitu juga dengan dasar kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank pusat, ianya menunjukkan halatuju sesuatu matawang itu sama ada nilainya akan makin meningkat atau makin berkurangan. Akan tetapi perlu anda ketahui, bahawa penurunan atau kenaikan bukanlah sasaran atau tujuan utama bank-bank pusat ini mengeluarkan dasar kewangan mereka. Sebaliknya sasaran mereka adalah lebih tertumpu kepada mengawal inflasi bagi kestabilan ekonomi. Mengawal lambakan kewangan didalam ekonomi mereka. Dan kesan dari itu lah yang menyebabkan turun atau naiknya nilai matawang tersebut.

Jadi masihkah anda merasakan bahawa FUNDAMENTAL ini tidak perlu dipelajari? FUNDAMENTAL ini mempunyai skop yang sangat luas dan ianya juga akan sentiasa ada pembaharuan yang menjadikan MARKET Forex ini Dinamik. Tidaklah perlu anda tahu kesemuanya untuk permulaan, cari cara dan jalan yang bersesuaian dengan pemahaman masing-masing. Tiada jalan pintas jika anda ingin belajar apatah lagi jika ingin berada dalam dunia Forex ini secara serius. Tidak akan sampai ke destinasi nun beribu batu jika tidak dimulakan dengan langkah yang pertama. Saya berharap perkongsian saya yang tidak seberapa ini dapat mencetus dan membakar semangat anda untuk lebih berjaya didalam bidang ini. Semoga kecekalan dan kekentalan anda semua berkekalan sehingga jayanya. Sekian sajalah artikel saya ini, semoga kita bertemu lagi di artikel yang lain.


Ceecakman
SFA's Currency Analyst

Sunday, 19 June 2016

Cara Gunakan Fibonacci Retracement Dengan Betul

Pada artikel kali ini saya mahu share dengan anda semua cara nak gunakan fibonacci retracement dengan betul (Original). Saya yakin, ramai di antara kita sudah biasa menggunakan tools fibonacci retracement ini di mt4 tetapi masih ramai yang ragu2 sama ada betul atau tidak penggunaannya selama ini.

Tetapi harus saya nyatakan juga di sini. Ada bermacam2 kaedah atau pun cara menarik fibonnaci retracement ini. Malah ada antara mereka yang membuat teknik khas menggunakan tools ini. Saya sama sekali tidak mempunyai masalah dengan perkara itu. Artikel kali ini hanyalah sebagai rujukan bagi mereka2 yang ingin mengetahui cara penggunaan yang 'original'.

Fibonacci retracement adalah tools/indicator yang kita gunakan untuk mencari level2 retracement/correction/pullback/bounceback yang berpengaruh, untuk kita masuk semula pasaran dengan mengikuti trend asalnya.

Terdapat 2 jenis penggunaan fibonacci retracement iaitu ketika kita jangkakan market dalam keadaan UPTREND dan juga ketika DOWNTREND.

Terdapat 3 level fibonacci retracement yang paling berpegaruh iaitu 38.2%, 50% dan 61.8%.


1. Uptrend


Pair EURUSD. TFD1.

Berikut merupakan contoh menggunakan fibonacci retracement jika anda menjangkakan market dalam keadaan uptrend. Jika anda jangkakan market dalam keadaan uptrend, anda perlu tarik fibonacci retracement dari bawah ke atas iaitu dari swing low ke swing high. Untuk contoh di atas swing low nya adalah di 1.2754 ( low 9 Julai 2013) dan swing high nya adalah di 1.3451 (high 20 Ogos 2013). Level 0.0% perlu berada di atas manakala level 100% perlu berada di bawah.

Setelah market bergerak dari 1.2754 (low) menuju ke 1.3451 (high), ianya telah melakukan retracement (pembetulan harga) dan akhirnya retracement itu berakhir di level 50%. Ini membawa maksud harga telah retrace 50% dari pergerakan low 1.2754 ke high 1.3451 sebelum ini. Harga kemudiaannya telah menyambung pergerakan ke atas.

2. Downtrend

Pair AUDUSD. TFD1.
Bagi contoh downtrend pula, anda perlu tarik fibonacci retracement dari atas ke bawah iaitu dari swing high ke swing low. Untuk contoh di atas, swing high nya adalah di 0.8162 (high 14 Mei 2015) manakala swing low nya adalah di 0.7576 (low 1 jun 2015). Level 0.0% perlu berada di bawah manakala level 100% perlu berada di atas.

Setelah market bergerak dari harga swing high ke swing low tersebut, ianya telah melakukan retracement dan reject di fibonacci retracement level 38.2. Setelah itu, harga terus saja menjunam turun semula. Jadi adalah benar level 31.8 merupakan level yang fibonacci retracement yang berpengaruh. Anda boleh masuk di situ setelah jelas rejection di level tersebut.


Adakah ada time frame tertentu untuk menggunakan fibonacci retracement?

Jawapannya TIDAK. Anda boleh menggunakan fibonacci retracement ini di mana-mana timeframe. Cara penggunaan nya adalah sama seperti apa yang telah saya tunjukkan di atas.



Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst



Thursday, 16 June 2016

Market Menggila Semalam? Ini Apa Yang Anda Semua Perlu Tahu.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
APA DAH JADI dengan market semalam (16/6/16)?? Eur/Jpy mencatatkan pergerakkan lebih kurang 400pips, Usd/Jpy & Eur/Usd pula mencatatkan pergerakkan lebih kurang 300pips.. Saya pasti jika ada trader yang tidak menjaga Money Management nya dengan baik tentu terkesan dengan market semalam, malah mungkin ramai yang mengalami Stop Out..

Semalam kita di hidangkan dengan deretan data ekonomi yang berimpak besar dimana ianya menjadi tumpuan market, dimulakan dengan FOMC dari FED di awal pagi, kemudian disusuli pula oleh BOJ & RBA, dan seterusnya dari SNB  sebelum di sudahi dari BOE.. Tetapi apakah tumpuan market semalam? Pada saya masih lagi terarah kepada isu BREXIT yang kian hangat dan yang terbaru hingga menyebabkan kes bunuh salah seorang dari MP dari Parti Buruh iaitu Jo Cox (41tahun), di Birstall, New Yorkshire. Beliau dipercayai telah ditembak dan kemudian ditikam sebelum terbaring berlumuran darah. Ini telah disahkan sendiri oleh pihak polis Birstall.



Mendiang adalah seorang yang lantang bersuara untuk mempertahankan BREMAIN (uk kekal didalam EU) di parlimen. Oleh disebabkan peristiwa tersebut, kempen referrendum bagi BREXIT dan BREMAIN ditangguhkan sementara waktu di EU manakala bagi keputusan poll yang dikeluarkan Agensi Penyelidikan British (BMG) ditangguhkan ke hari sabtu. Seorang lelaki yang dipercayai pembunuh didalam kes tersebut telah ditahan berhampiran kawasan kejadian tidak lama selepas itu.

Jadi dengan keadaan market sebegini, kawal lah akaun anda sebaik mungkin. Dan jikalau anda tidak mahu mengambil risiko, adalah sebaik-baiknya berehat sahaja dahulu sehingga kes BREXIT ini selesai. Masih banyak masa dan peluang menanti di hadapan. Ingatlah bahawa risiko yang minimum diambil adalah lebih baik berbanding anda 'meletakkan leher di mata pedang'. Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang bakal terjadi nanti.

Ingat dan catatkan didalam minda anda, "Sudden Issue" seperti ini akan lebih memberikan impak apabila ianya terjadi. Kerana ia boleh menimbulkan kekacauan dan panik kepada market lantas Safe Haven flow akan terhasil. Jadi pilihlah, anda mahu Tamak? atau Takut? Pilihan anda akan memberikan kesan secara langsung kepada akaun anda sendiri, jadi jangan terburu-buru membuat keputusan. Kawal Emosi anda, kawal pengurusan kewangan anda dan sentiasalah berjaga-jaga jika timbulnya "Sudden Issue" seperti ini. Sekian untuk entri saya kali ini.


Ceecakman
SFA's Currency Analyst

Wednesday, 15 June 2016

3 Sebab Mengapa FOMC Kali Ini Di Lihat Dovish




Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi, Federal Reserve telah mengekalkan saja interest rate mereka kali tanpa ada kenaikan. Hal ini telah dijangkakan oleh ramai pengalisa2 pasaran, malah saya sendiri secara peribadi juga menjangkakan pengekalan interest rate pada meeting kali ini. Namun, apa yang perlu diberikan perhatian adalah statement2 terbaru yang dikeluarkan oleh fed.

Saya melihat FOMC kali ini dovish atas 3faktor berikut ;


1. Bilangan fed members yang melihat 2 kali kenaikan interest rate pada kali ini telah berkurangan.

Pada bulan march, 16 daripada 17orang ahli melihat akan ada 2 kali kenaikan interest rate pada tahun 2016. Walaubagaimana pun, pada kali ini, hanya 11 orang ahli saja melihat 2kali kenaikan bakal berlaku.

2. Tiada istilah "coming months" digunakan oleh Yellen pada FOMC kali ini.

Pada ucapan yellen sebelum ini, beliau ada menggunakan istilah "coming months" bila merujuk kepada bilakah waktu yang sesuai untuk fed menaikkan kadar faedah. Namun pada penampilan beliau kali ini, tiada istilah tersebut digunakan.

3. Kebimbingan terhadap data pekerjaan.

Apabila Fed menaikan interest rate buat kali yang pertama pada bulan disember 2015 yang lepas, Fed dilihat begitu berpuas hati dengan data2 pekerjaan mereka. Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, data pekerjaan (NFP) turun dengan mendadak untuk bulan May dan hanya mencatatkan bacaan 38k sahaja. Penurunan data yang drastik ini sangat membimbangkan Yellen dan juga federal reserve secara keseluruhannya.


Kesimpulannya, FOMC kali ini dilihat dovish dan ini mungkin mengakibatkan USD melemah sementara untuk janga masa yang pendek. Walaubagaimana pun, disebabkan Fed masih lagi di dalam phasa mengetatkan monetary policy mereka, USD masih dilihat bullish dalam jangka masa yang lebih panjang.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

USDJPY DI MAJOR SUPPORT? APA AKAN JADI PADA PAIR INI MENJELANG FOMC JAM 2PAGI NANTI?

 USDJPY TFD1. Harga sedang berlegar-legar di major support.

USDJPY TFD1 dari jarak dekat.


USDJPY sekarang berada di major support 105.53 seperti yang kita semua boleh lihat di chart di atas.

Jika price berjaya break support ini, harga dijangka meneruskan penurunan dan major support seterusnya yang kelihatan terletak di 100.80.

Pagi nanti jam 2pagi kita akan event/news besar iaitu FOMC Rate Decision & Statement. Fed dijangka mengekalkan saja interest rate sedia ada pada paras 0.5%.

Major support USDJPY 105.53 itu dijangka break jika Fed mengeluarkan statement2 yang dovish manakala jika fed mengeluarkan statement2 yang hawkish, harga dijangkakan naik semula dari support tersebut. Semuanya bergantung kepada event FOMC jam 2pagi nanti.
Fed dovish = usd lemah ⬇️
Fed hawkish = usd kuat ⬆️


Adakah FOREX TRADING Satu Skim Cepat Kaya?



Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. Perkongsian saya kali ini adalah berkenaan "Adakah FOREX TRADING Satu Skim Cepat Kaya?"
Jadi penulis ingin berkongsi dengan semua mengenai tajuk kita kali ini dari sudut pandang dan pengalaman penulis sendiri. Lapangkan minda anda untuk membaca artikel ini dan buatlah penilaian yang sewajarnya.

Dari 100% trader diseluruh dunia ini, 90% darinya adalah tergolong didalam trader yang kerugian, ini adalah berikutan faktor-faktor seperti tidak membuat perancangan (Trade Planning), latihan (Exercise), disiplin (Discipline), kawalan emosi (Emotional) dan tidak menjaga pengurusan kewangan (Money Management). Ini adalah sebab-sebab utama trader mengalami kerugian ataupun kegagalan didalam Forex Trading.

Jadi untuk berada didalam bidang ini, seorang trader seharusnya menekan faktor-faktor diatas secara serius. Perancangan perlu dibuat untuk mengenalpasti akan instrumen-instrumen yang mempunyai potensi untuk memperolehi keuntungan dengan membuat analisa dari sudut Fundamental serta Technical, kajian dari satu-satu currency perlu dibuat sebelum menentukan pair apakah yang sesuai, dimanakah price level yang berpengaruh, juga dimanakah stop loss dan take profit yang sesuai. Selebihnya serahkan saja pada market, kerana walaupun analisa kita sudah 100% tepat, tetap tiada jaminan bahawa tiada kerugian akan diperolehi. Jadi apa yang penting anda berjaya meminimakan kerugian dan cuba untuk memaksimakan keuntungan.

Selain dari itu, cuba untuk buat latihan demi latihan di akaun demo. Anda boleh mendaftar seberapa banyak akaun demo yang ada tanpa perlu membuat sebarang deposit. Ini dapat melindungi anda dari kerugian wang modal anda. Cari dimanakah kekuatan dan kelemahan anda sendiri. Baiki kesilapan anda dan dalam pada masa yang sama cuba untuk tidak merisikokan modal anda. "Practice Make Perfect", jadi kini anda tiada alasan lagi.

Dan disiplin pula antara punca terbesar kegagalan yang dialami oleh para trader. Tiada disiplin apabila membuat trading seperti contoh tidak mengikut perancangan trading anda sendiri, ini akan menyebabkan anda membuat sesuatu trading itu hanya berdasarkan 'rasa' dan tanpa info atau fakta yang kukuh. Ianya adalah satu keputusan terburu-buru yang akan menyebabkan anda terdedah kepada risiko kerugian malah juga boleh melenyapkan wang modal anda. Ia akan berkait dengan emosi anda jika trading anda tadi mengalami kerugian, dan emosi yang tidak berjaya dikawal hanya akan memburukkan lagi keadaan trading anda.

Emosi ini bukanlah sesuatu yang semudah diperkatakan orang apabila ianya tidak berjaya dikawal dan di didik dengan baik. Emosi trader yang mengalami kerugian jika tidak dikawal akan menyebabkan trader tersebut kembali melakukan trading yang terburu-buru TANPA mengambil kira faktor asas didalam trading. Trading tersebut lebih kepada sifat yang dipanggil BALAS DENDAM pada market, dan ia adalah sesuatu yang sangat-sangat merbahaya. Selain dari itu, emosi trader apabila berjaya mendapat keuntungan juga perlu di awasi, kerana ianya akan lebih cenderung kepada OVERCONFIDENT terhadap market lalu mengabaikan faktor-faktor asas trading didalam membuat keputusan.

Dan yang terakhir adalah pengurusan kewangan anda. Berapakah modal anda? Berapakah risiko yang sepatutnya anda ambil? Berapakah target keuntungan anda? Berapakah jumlah lot dan juga jenis akaun yang sesuai dengan modal anda? Ini semua perlu diambil kira sebelum anda memulakan trading anda. Ingatlah bahawa FOREX TRADING ini juga adalah satu Profession, kita bukannya MERAMAL atau MENILIK akan pergerakkan market. Dan kita juga bukanlah Big Player yang boleh memberikan impact secara langsung pada market.

Jadi sepanjang penulisan saya ini, adakah kesemua ciri-ciri ini menunjukkan FOREX TRADING ini satu Skim Cepat Kaya? Easy Money? Cari Downline? Tepuk dada tanya diri anda sendiri. Forex ini juga tergolong dalam kelompok 'pelaburan' yang wujud di dunia ini, cuma ia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri tetapi masih berkait dengan dunia pelaburan yang lain. Jadi jangan cepat melatah dan mendengar 'kata orang lain' lalu menyelar dunia FOREX TRADING tanpa fakta serta membuat kajian terlebih dahulu. Sekian saja penulisan saya buat kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di artikel yang seterusnya.

Ceecakman
SFA's Currency Analyst

Tuesday, 14 June 2016

SFA ELITE

Bagi tuan/puan yang tidak berkemampuan untuk ke SFA Ultimate, jangan risau, tuan/puan tetap berpeluang untuk belajar bersama-sama kami di SFA Elite. Syarat yang dikenakan untuk menjadi ahli SFA Elite sangat minimum, iaitu tuan/puan hanya perlu buat akaun trading di broker XM menggunakan link SFA & deposit akaun trading tersebut minimum sebanyak 100usd. Tuan puan boleh dapatkan link dari wakil2 SFA yang sah.


Selepas melakukan deposit ke akaun trading, tuan/puan akan dimasukkan ke group support telegram SFA Ultimate. Di sana, kita akan berbincang mengenai keadaan market semasa, bertukar- tukar pendapat, malah akan diberikan juga signal/trade call secara berkala.

Anda semua sangat lah dialu-alukan untuk bersama-sama kami di SFA Elite.



BREXIT? APAKAH YANG FOREX TRADER PERLU TAHU?



Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?


Satu referendum akan diadakan pada hari Khamis, 23June untuk menentukan sama ada Britain harus kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah (European Union). Di dalam artikel ini kita akan cuba bincangkan secara mudah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang UK's EU Referendum ini.

Jadi apakah itu referendum?

Referendum adalah merujuk kepada undian di mana semua orang yang melepasi paras umur yang ditetapkan dapat menjawab soalan yang akan di kemukakan. Pilihan jawapan yang diberikan adalah "Ya" atau "Tidak". Jawapan yang mendapat lebih dari 50% akan memenangi referendum tersebut.

Apakah itu Kesatuan Eropah?

Kesatuan Eropah (European Union) adalah satu usahasama ekonomi dan politik yang melibatkan 28 buah negara eropah. Ianya telah bermula selepas perang dunia ke 2 lagi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Brexit?

Brexit adalah singkatan kepada Britain dan juga exit yang membawa maksud UK keluar dari Kesatuan Eropah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bremain?

Bremain adalah singkatan kepada Britain dan juga Remain yang membawa maksud UK kekal dalam Kesatuan Eropah.

Apakah kesannya referendum ini kepada forex trader?

Isu ini sangat memberi kesan kepada pasaran secara keseluruhannya. Jika referendum memihak kepada brexit iaitu UK keluar daripada Kesatuan Eropah, matawang GBP dijangka akan menjunam dan jatuh dengan teruk. Ianya juga dijangka akan membuatkan permintaan kepada matawang safe haven meningkat dengan mendadak terutamanya matawang yen@JPY. Selain dari itu, matawang EURO juga dijangka menerima tempias dan dijangka akan turut jatuh bersama2 dengan matawang GBP.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst








Monday, 13 June 2016

BACA INI JIKA ANDA BARU DI DALAM FOREX TRADING


Untuk beginner, ini step yang sepatutnya anda ambil jika anda baru hendak berjinak2 di dalam forex trading. Saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jadi anda mungkin berbeza pendapat.


Step 1 (3bulan pertama)
Buka akaun demo di mana2 broker. Selepas buka akaun demo, belasah saja dulu trade macam mana pun. Tekan saja buy atau sell. Biasakan diri dengan mt4.Explore segala button2 yang ada di dalam mt4 tu. Sambil2 itu, mulakan belajar cara menganalisa pasaran. Start belajar sikit2. Anda perlukan sekurang2nya tempoh 3bulan di step ini.

Step 2 (Selepas 3bulan)
Setelah anda selesa trade di demo, anda sekarang sudah boleh mulakan dagangan anda di akaun real. Anda dinasihatkan untuk buka akaun micro di XM. Anda boleh buka akaun micro tersebut di sini (https://goo.gl/Kk08VV). Anda boleh mulakan dagangan anda dengan 50usd saja dulu. Cuba sedaya upaya untuk tidak meng'MC'kan atau meng'stop out'kan akaun tersebut. Pada stage ini, bukan profit yang besar yang anda mahu cari. Anda sekarang dalam proses untuk belajar mengawal akaun trading. Anda perlu setkan target profit anda 5-20% saja sebulan dari modal 50usd tersebut. Anda akan merasa berbagai2 emosi ketika berada di stage ini kerana anda baru sahaja berpindah dari akaun demo ke akaun real. Anda perlu berada di stage ini selama 6bulan. Cekalkan hati anda.

Step 3 (Selepas 9bulan)
Setelah anda yakin bahawa anda sudah boleh mengawal akaun trading 50usd tersebut dengan baik, kini tibalah masanya untuk anda trade akaun yang lebih besar sedikit. Anda sudah boleh deposit akaun trading anda dengan 4angka. Anda perlu melakukan benda yang sama juga seperti di stage 2. Cuba dapatkan profit 5-20% sahaja sebulan. Pada stage ini emosi anda sudah agak terkawal kerana anda sudah faham diri anda sendiri dan juga selok belok market. Anda perlu kekal berada di stage ini sekurang2nya selama 1tahun.

Step 4 (Selepas 1tahun 9bulan)
Anda sekarang sudah 1tahun 9bulan ber'trading'. Pada tahap ini anda sepatutnya sudah melengkapkan diri anda dengan semua ilmu2 berkaitan trading. Anda juga sepatutnya sudah boleh menganalisa pasaran dengan baik dengan menggabungkan kedua2 jenis analisa fundamental dan juga teknikal. Jadi, pada stage ini anda sudah boleh memikirkan sama ada anda mahu menjadi full time trader atau kekal sebagai part time trader. Kedua2 nya ada pilihan yang betul. Ianya bergantung kepada keperluan dan keinginan anda. Anda juga sudah boleh berkira2 untuk trade akaun 5angka pada stage ini.

Ini sahaja step2 yang perlu anda tahu. Rancanglah perjalanan anda di dalam bidang ini dengan sebaiknya. Janganlah gopoh dalam membuat keputusan. Moga kita semua memperoleh kejayaan yang kita impikan.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Thursday, 9 June 2016

BEARISH ENGULFING DI EURUSD TFD1. ADAKAH HARGA MAHU TURUN?


 Harga reject di fibonacci level 61.8

Bearish Engulfing terbentuk di time frame daily

EURUSD telah melakukan pembetulan harga hingga ke paras fibonacci retracement 61.8 dan ianya nampak terhalang di paras itu dan telah kembali turun dan seterusnya telah membentuk candle pattern 'bearish engulfing' di time frame daily.

Sebelum ini eurusd telah turun lebih 500pips dari high 03/05/16 sehingga low 30/05/16. Harga kemudiaannya telah naik semula lebih 300pips disebabkan oleh kelemahan USD akibat dari data NFP yang buruk pada Jumaat minggu lepas.

Untuk keadaan semasa, jika fibonacci retracement 61.8% ini mampu bertahan, harga dijangka akan turun secara perlahan2 menuju ke low price sebelum ini.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Sunday, 5 June 2016

TOP 5 NEWS/DATA BERPENGARUH MINGGU INI (6JUN-10JUN 2016)

Berikut merupakan 5 news/data penting yang akan keluar minggu ini. Sila rujuk economic anda untuk maklumat lanjut.

1. Fed Chair Yellen speaks (Selasa)

2. U.S. Michigan consumer sentiment (Jumaat)

3. Chinese trade data (Rabu)

4. Reserve Bank of Australia rate decision & statement (Selasa)

5. Reserve Bank of New Zealand rate decision & statement (Khamis)

Wednesday, 1 June 2016

PELUANG +110PIPS DI AUDCAD?

AUDCAD TFD1

Saya melihat AUDCAD mempunyai peluang untuk naik dari paras harga semasa iaitu 0.9490. Ianya dijangka menuju ke paras harga 0.9600. Setup ini valid selagi mana harga tidak break 0.9368 (31/05/16 low).

Berikut merupakan analisa yang dijangka menyokong kenaikan ini ;

Fundamental
  • Data Australian GDP q/q yang kuat dikeluarkan pada pagi 01/06/16 iaitu 1.1% berbanding jangkaan 0.6%  dan juga kuat berbanding data lepas iaitu 0.7%. Ini bakal memberi impak yang positive pada AUD.
  • Tiada apa2 action dijangkakan dari OPEC meeting esok dan ini dijangka akan menekan kembali harga minyak mentah sekaligus turut akan menekan matawang Canadian Dollar (CAD).
Teknikal
  • Daily pin bar terbentuk pada 26/05/16. Ini beri petunjuk harga sudah cukup melakukan penurunan.
  • Strong daily bullish candle semalam 31/05/16. Ini memungkinkan harga untuk terus memacu ke atas. 

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst