Thursday, 26 January 2017

Double Bottom Di Pair USDJPY? Adakah Pair Ini Akan Terus Mendaki?


USDJPY, TFH1.


Pada 24 Januari iaitu pada hari Selasa lepas, pair usdjpy telah retest harga support terendah yang dicatatkan pada 18 Januari sebelum ini di paras 122.55. Selepas itu harga terus saja naik dan telah membentuk chart pattern yang dipanggil sebagai 'double bottom'.

Namun, mengikut teori chart pattern double bottom ini, ianya belum lengkap untuk dijadikan entry setup kerana harga belum lagi tembus neckline price yang berada 115.65. Jika berjaya tembus, harga mampu untuk naik lebih tinggi dan berkemungkinan untuk mencari harga tertinggi yang dicatatkan pada 3 Januari 2017, sekitar harga 118.60.


Teori Chart Pattern Double Bottom


Dari view fundamental pula, pair USDJPY ini juga dilihat mempunyai potensi untuk meneruskan pendakian namun risk jangka masa pendek nya terletak pada data US GDP & Durable Goods yang akan dikeluarkan jam 9.30malam nanti.

Tuesday, 13 December 2016

Federal Reserve Hampir Pasti Untuk Menaikkan Kadar Faedah Mereka Awal Pagi Nanti. Adakah Anda Sudah Bersedia?

Debaran kian terasa. Awal pagi nanti iaitu pada jam 3pagi, semua persoalan akan terjawab sama ada Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah mereka ataupun tidak.

Majoriti penganalisa pasaran profesional menjangkakan Federal reserve akan menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25basis points awal pagi nanti. Jadi apakah impaknya kepada matawang US Dollar (USD)?



Baiklah, saya akan cuba perincikan perkara ini. Secara umumnya, kenaikan kadar faedah oleh central bank akan menguatkan matawang negara yang terlibat dan untuk kes pagi ini adalah matawang USD. Namun, ianya tidak lah semudah itu sahaja untuk kita membuat rumusan. Oleh itu, di bawah ini saya nyatakan 4 kemungkinan yang bakal berlaku awal pagi nanti.


  1. Fed menaikkan kadar faedah dan memberikan gambaran ataupun forward guidence bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah lagi pada tahun hadapan secara agresif.

    Jika ini berlaku, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Ianya akan terus menguat berbanding matawang2 utama yang lain. Pair USDJPY dilihat tiada masalah untuk meneruskan pendakian ke arah harga 120.00 manakala pair EURUSD pula dijangka akan memecahkan support 1.0500 dan seterusnya menuju ke harga parity iaitu 1.0000.

  2. Fed menaikkan kadar faedah tetapi tidak akan menaikkan kadar faedah secara agresif pada tahun hadapan dan kenaikan kadar faedah perlu bergantung kepada data ekonomi US yang akan datang.
    Jika ini berlaku, matawang USD mungkin tidak akan dapat meneruskan pendakian disebabkan kemungkinan berlakunya profit taking oleh market participant. Market telah pun priced in dengan kenaikan yang seperti ini. Matawang USD dijangka akan sedikit melemah tetapi ianya merupakan peluang yang baik untuk kita membeli semula matawang ini pada harga yang lebih murah.

  3. Fed menaikkan kadar faedah tetapi langsung tidak memberikan forward guidence untuk kenaikan akan datang.
    Jika ini berlaku, matawang USD dijangka akan melemah dengan lebih teruk berbanding di situasi 2. Oleh itu perlu lebih berhati2 jika anda mahu buy matawang USD dalam masa yang terdekat selepas pengumuman dibuat. Deeper correction adalah dijangkakan jika situasi ini berlaku. Pair USDJPY berkemungkinan turun membuat pembetulan harga ke level 113-112 manakala pair EURUSD pula mungkin berpotensi menuju ke 1.08-1.09. Namun, untuk jangka masa yang lebih panjang, USD masih kekal bullish.

  4. Fed tidak menaikan kadar faedah.

    Jika ini berlaku, matawang USD akan dijual secara besar-besaran. Ianya akan melemah dengan teruk berbanding matawang2 utama yang lain. Boleh cari position untuk sell matawang USD. Buy pair xxx/usd atau sell usd/xxx. Matawang USD akan menjunam.



    Plan your trade & trade your plan. 


Sunday, 27 November 2016

Chart Pattern HNS Telah Terbentuk Di Pair NZDUSD. Adakah Pair Ini Akan Terus Turun?

NZDUSD. TFD1.

Chart pattern Head & Shoulder (HNS) telah terbentuk di daily timeframe untuk pasangan matawang NZDUSD. Price telah pun berjaya break neckline seperti yang boleh anda lihat pada chart di atas. Harga sekarang sedang berada di paras 0.7057 iaitu bawah sedikit sahaja dari neckline yang sudah di break sebelum ini.

Untuk keadaan semasa, pasangan matawang ini dijangka turun jika harga mampu kekal di bawah neckline tersebut. Untuk jangka masa yang lebih panjang pula, pasangan matawang ini terus dilihat bearish selagi ianya kekal di bawah harga tertinggi di right shoulder iaitu sekitar 0.7405.

Dari sudut fundamental pula, matawang NZD masih tertekan disebabkan pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada 10 November lepas. Selain itu, Federal Resere juga hampir pasti untuk menaikkan kadar faedah mereka pada 15 Disember nanti dan atas faktor-faktor inilah pasangan matawang NZDUSD dijangka terus melemah.




Saturday, 12 November 2016

Trump Sudah Menang Pilihanraya. Ke manakah Halatuju USD Seterusnya?


Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Segala teka teki telah berakhir pada hari Khamis yang lepas. Donald Trump telah pun memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat menewaskan pesaingnya Hillary Clinton. Kemenangan ini agak mengejutkan kerana calon pilihan adalah Hillary Clinton dan bukannya Donald Trump.

Walaubagaimanapun, hakikat perlu diterima bahawa rakyat Amerika Syarikat telah pun memilih dan mengangkat Donald Trump sebagai presiden yang baru menggantikan Barack Obama yang telah pun selesai berkhidmat selama 8 tahun.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kesan kemenangan Trump kepada pasaran khususnya kepada matawang USD. Pada mulanya, ketika kiraan undian dibuat, apabila keputusan semasa memihak kepada Donald Trump, USD dilihat melemah dan jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. Matawang safe haven pula ketika itu mendapat permintaan yang tinggi dan menguat terutamanya matawang Japanese Yen (JPY).

Tetapi, kesan ini tidak bertahan lama. Matawang USD terus saja kembali menguat setelah Donald Trump secara rasminya diumumkan sebagai pemenang. Matawang safe haven, Yen juga terus sahaja dijual kembali dan lemah dengan mendadak berbanding matawang utama yang lain. Ini jelas terbukti apabila pasangan matawang USDJPY naik mendadak sekitar 470pips dari harga terendah sebelum itu.


USDJPY. TFD1.


Kenapa perkara ini berlaku?

Terdapat 2 faktor yang menyebabkan USD kembali mengukuh setelah Donald Trump diumumkan sebagai pemenang.

Faktor pertama adalah disebabkan oleh ucapan pertama Trump setelah menang pilihanraya yang dilihat sangat positif berhubung masa depan ekonomi Amerika Syarikat. Berikut merupakan petikan ucapan beliau ;

"We have a great economic plan. We will double our growth and have the strongest economy anywhere in the world. At the same time, we will get along with all other nations willing to get along with us. We will be."

Faktor kedua adalah disebabkan oleh monetory policy semasa Federal Reserve itu sendiri. Seperi yang kita semua sedia maklum, Fed masih lagi dalam fasa mengetatkan dasar kewangan (monetary policy) mereka. Bulan hadapan, Fed dijangka menaikkan kadar faedah (interest rate) mereka dan ini merupakan sesuatu yang positif buat matawang USD dalam jangka masa yang panjang. Jadi, apabila USD mengalami kejatuhan, pelabur dan pedagang seluruh dunia akan mengambil peluang untuk membeli USD pada harga yang murah. Perkara ini yang berlaku pada hari Khamis yang lepas.


Apa pula halatuju USD selepas ini?

Halatuju USD selepas ini dilihat bullish (uptrend) dengan kemungkinan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan hadapan. Namun perlu diingat bahawa, sebarang pembetulan harga (retracement) pada matawang USD juga tidak boleh ditolak setelah kenaikan yang agak mendadak pada minggu lepas. Tetapi, secara keseluruhannya USD masih lagi berpotensi untuk meneruskan kenaikan selepas ini.

Tuesday, 8 November 2016

Hillary Clinton Vs Donald Trump. Apa Kesan Kemenangan Mereka Ke Atas Pasaran Matawang?

Pada hari selasa ini, 8 haribulan November 2016, kita akan menyaksikan pertembungan antara 2 calon presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu Hillary Clinton & juga Donald Trump. Calon presiden Amerika Syarikat yang baru ini bakal mengantikan Presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu Barack Obama yang telah pun tamat berkhidmat selama 8tahun.

Donald Trump Vs Hillary Clinton

Seluruh rakyat Amerika Syarikat yang layak akan turun mengundi calon presiden pilihan mereka yang masing-masing mewakili Parti Democratic (Hillary Cinton) dan juga Parti Republican (Donald Trump).


Seluruh dunia pastinya akan tertunggu-tunggu siapakah yang akan memenangi pilihanraya ini nanti. Sebagai seorang trader, kita juga pasti menantikan keputusan yang bakal diumumkan kerana kita sedia maklum bahawa keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 ini akan memberikan impak yang besar kepada seluruh pasaran kewangan.

Senario 1 – Clinton menang sebagai presiden yang baru

Jika Hillary Clinton menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Hal ini kerana Hillary Clinton hanya akan meneruskan kesinambungan polisi-polisi yang telah dibuat oleh Presiden Barrack Obama sebelum ini. 

Matawang Mexican Peso (MXN) juga bakal menerima tempias yang positif kerana hubungan dua hala antara Amerika & Mexico akan berterusan seperti biasa berbanding jika Donald Trump yang memenangi pilihanraya di mana ianya merupakan ancaman yang besar kepada Negara Mexico dengan dasar2 baru yang bakal dilakukannya. Selain itu, matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY), CHF akan melemah berikutan kurangnya permintaan disebabkan market akan berada dalam keadaan yang stabil. 


Senario 2 – Donald Trump menang sebagai presiden yang baru

Jika Donald Trump pula menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang negetif. Matawang USD dijangka melemah berbanding matawang2 utama yang lain. Matawang Mexican Peso juga bakal jatuh disebabkan hubungan dua hala di antara dua negara ini bakal terjejas.

Selain itu, ketidaktentuan pasaran juga akan menyebabkan matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY) dan CHF mendapat permintaan yang tinggi dan seterusnya menguat. Matawang safe haven akan mendapat permintaan ketika pasaran berada dalam keadaan yang panik dan tidak stabil.

Tuesday, 1 November 2016

Market Update (01/11/16)


.

  • Pagi tadi, Bank of Japan telah mengekalkan monetory policy sedia ada mereka. BOJ policy rate dikekalkan pada paras -0.10%. Tiada apa2 statement baru yang dikeluarkan oleh BOJ pada hari ini. Tiada kesan langsung yang besar dilihat pada matawang yen. Pasangan matawang USDJPY kini berada betul2 di harga pembukaan hari ini iaitu pada paras 104.85 dan tidak mencatatkan apa2 perubahan hari ini ketika update ini ditulis.


  • Reserve Bank of Australia juga telah mengumumkan monetary policy mereka hari ini. RBA juga mengekalkan monetary policy sedia ada mereka dengan mengekalkan cash rate pada paras 1.50%. Tone RBA kali ini masih lagi neutral dan dilihat sama dengan pengumuman monetary policy sebelum ini. RBA dilihat tidak akan tergesa2 memotong kadar faedah mereka dan ini telah mendorong kepada kenaikan matawang AUD sejurus market menghadam perkara ini. Pasangan matawang AUDUSD naik lebih dari 80pips dari harga terendah ke harga tertinggi setakat ini dan ianya mungkin berpotensi untuk mencabar resistance terdekat yang berada di 0.7708 (high 26 Oktober 2016).


  • Jam 4.30 petang tadi, data melibatkan matawang GBP telah dikeluarkan iaitu data Manufacturing PMI. Data yang keluar sedikit melemah iaitu pada bacaan 54.3 berbanding jangkaan 54.6. GBP menerima tempias yang negetif dari data ini dan dilihat sedikit melemah.


  • Jam 8.30malam tadi pula, data melibatkan matawang CAD telah dikeluarkan iaitu data Gross Domestic Product (GDP). Data ini keluar sama seperti data jangkaan iaitu mencatatkan bacaan 0.2%. Data ini mencatatkan penurunan jika dibandingkan dengan data lepas iaitu 0.4%. Namun, matawang CAD agak kuat hari ini disebabkan oleh tempias kenaikan matawang2 komoditi yang lain iaitu AUD & NZD. Selain itu harga minyak mentah juga dilihat stabil hari ini dan ianya sedikit sebanyak telah memberikan sokongan tambahan yang positif kepada matawang CAD.

Thursday, 20 October 2016

Market Update (20/10/16)



  • Matawang AUD lemah hari ini berbanding matawang2 utama yang lain. Ianya lemah setelah data Australian Employment Change yang dikeluarkan pagi tadi lebih buruk berbanding jangkaan dan juga data lepas. Data ini keluar dengan bacaan -9.8k berbanding jangkaan 15.2k. Data lepas pula telah disemak semula ke paras yang lebih buruk iaitu dari -3.9k kepada -8.6k. Pasangan matawang AUDUSD telah jatuh menjunam melebihi 100pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini, setakat ini.

.
  • Jam 4.30petang tadi, data melibatkan matawang GBP telah dikeluarkan iaitu data UK Retail Sales m/m. Data ini sekadar mencatatkan bacaan 0.0% iaitu lemah berbanding jangkaan 0.3%. Matawang GBP dilihat lemah setelah data ini keluar. Matawang GBP secara keseluruhannya minggu ini setakat hari ini masih lagi mencatatkan kenaikan berbanding USD. Ianya telah naik sekitar 78pips dari harga pembukaan minggu ini. Walaupun begitu, isu brexit masih lagi memberikan tekanan yang negetif kepada matawang GBP untuk jangka masa yang lebih panjang.

.
  • Matawang yang paling mencuri tumpuan hari ini pastinya matawang EURO. Matawang ini melakukan pergerkan 'yo-yo' hari ini ketika berlangsungnya ECB Press Conference yang bermula jam 8.30malam tadi. ECB secara rasminya hari ini telah mengekalkan Minimum Bid Rate (interest rate) sedia ada mereka pada paras 0.00%. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangkakan oleh market. Apa yang menarik perhatian adalah pergerakan EURO ketika Draghi sedang berucap di press conference.

  • Matawang EURO pada mulanya telah naik kira2 60pips disebabkan market bertindak balas dengan kenyataan draghi yang seolah2 memberi gambaran bahawa ECB sedang dalam usaha ke arah melakukan 'tapering' ke atas program QE mereka. Kenyataan yang dirujuk adalah seperti berikut. "Right now, conditions reflect that QE to remain in place, but this extraordinary support can’t stay forever". Namun kenaikan ini tidak bertahan lama apabila Draghi kemudiannya mengeluarkan kenyataan berikut "An Abrupt End To QE Is Unlikely, Was Never Discussed".

  • Jadi kesimpulannya buat masa sekarang, ECB belum lagi membincangkan apa2 hal berkaitan usaha menghentikan program QE mereka. Program ini masih lagi akan berjalan seperti biasa iaitu sebanyak 80billion euro setiap bulan sehingga bulan March 2017. Matawang EURO terus sahaja kembali jatuh setelah market menghadam kenyataan Draghi ini.