Friday, 15 July 2016

Matawang Turkish Lira Jatuh Menjunam Akibat Percubaan Rampasan Kuasa di Turki.

Semalam, beberapa jam sebelum pasaran ditutup, kita telah dikejutkan dengan berita rampasan kuasa yang telah berlaku di Negara Turki. Ianya dilakukan oleh sebahagian daripada tentera Turki yang mahukan pemerintahan di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan digulingkan.

Semasa cubaan rampasan kuasa ini sedang berlaku, jet-jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara Turki manakala orang ramai mendapatkan perlindungan di rumah masing-masing.

Walaubagaimanapun, percubaan rampasan kuasa ini cuma mampu bertahan selasa 5jam sahaja. Rakyat negara itu telah keluar beramai-ramai ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa yang sedang dilakukan setelah gesaan dibuat oleh Erdogan secara langsung melalui video di Facetime.

Penyokong Erdogan telah turun ke jalanan dan membantah rampasan kuasa yang di lakukan.

Rakyat menghalang kereta kebal yang digunakan ketika percubaan rampasan kuasa.


Antara tentera yangberjaya ditahan oleh penyokong Erdogan.

Matawang tempatan Negara Turki iaitu Turkish Lira telah jatuh menjunam kesan dari percubaan rampasan kuasa ini. Ianya telah melemah sebanyak 4.6% berbanding US Dollar dan merupakan jatuhan harian yang paling teruk sejak 8tahun. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur-pelabur terhadap kestabilan politik di negara terbabit.



Turkish Lira Vs US Dollar

Selain itu, matawang-matawang safe haven juga dilihat mendapat permintaan ketika berita rampasan kuasa di Turki ini keluar. Matawang Yen menguat dan harga emas juga dilihat molonjak sebelum pasaran ditutup jam 5pagi tadi.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Thursday, 14 July 2016

BOE Mahu Potong Kadar Faedah Jam 7Malam Nanti?


Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 24Jun yang lepas, pasaran telah digemparkan dengan keputusan rakyat UK yang mahu keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Mereka telah meluahkan hasrat mereka itu ketika Referendum UK-EU Referendum yang mana akhirnya telah memihak kepada Brexit dengan undian sebanyak 52%.

Pound telah jatuh dengan mendadak pada hari keputusan referendum diumumkan dan berterusan jatuh sehingga beberapa hari lagi selepas itu sebelum akhirnya membuat sedikit pembetulan harga.

Ekonomi UK sangat terkesan dengan keputusan Brexit ini. Brexit mungkin akan menyebabkan kelemesetan ekonomi berlaku di United Kingdom. Bank of England (BOE) perlu memainkan peranannya sebagai badan penyelia kewangan di negara itu, agar impak Brexit ini tidak terus membahayakan keadaan ekonomi United Kingdom.



Bank of England


Oleh kerana itu, petang nanti jam 7malam, perhatian perlu diberikan kepada news Official Bank Rate (Interest rate) yang bakal di keluarkan oleh BOE. Mengikut pandangan majoriti ahli ekonomi, BOE dijangka akan memotong Official Bank Rate mereka daripada 0.50% kepada 0.25%. Keputusan ini perlu dibuat untuk merangsang semula ekonomi UK yang sudah dilihat lemah sebelum dari keputusan Brexit diumumkan lagi.

Namun, sebahagian ahli ekonomi lain berpendapat, BOE tidak akan memotong kadar faedah mereka kerana ianya belum pasti sama ada Brexit benar-benar telah menarik ekonomi UK kebawah. Mereka berpendapat, BOE perlu menunggu data-data ekonomi terkini yang dicatatkan UK setelah keputusan Brexit tempoh hari.

Apa pun, sebagai trader kita perlu bersiap sedia dengan sebarang keputusan yang bakal dikeluarkan. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit tips kepada anda semua tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah kesannya keatas matawang GBP.


BOE Memotong Kadar Faedah = GBP Melemah

BOE Mengekalkan Kadar Faedah = GBP Menguat Seketika



Secara keseluruhannya, GBP masih lagi dilihat bearish walaupun BOE mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedahnya petang nanti. Rancang lah dagangan anda dengan sebaiknya.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Monday, 11 July 2016

5 Step Penting Untuk Masuk Position





5 step Masuk Position (Fundamental + Teknikal)


1. Baca dan fahami keadaan fundamental terkini setiap matawang utama. Cuba untuk dapatkan 1matawang yang lemah dan 1matawang yang kuat mengikut keadaan fundamental semasa matawang tersebut.


2. Lihat data atau news yang bakal keluar dalam masa terdekat. Sila faktor kan sekali data2 yang bakal keluar tersebut kedalam keputusan trading anda. Anda boleh rujuk economic calender seperti di Forex Factory.


3. Cari level2 teknikal yang berpengaruh. Tandakan support & resistance yang penting di chart. Tunggu price bergerak ke tempat yang anda mahu dulu. Gunakan Candlestick Reversal Signal (CRS), Fibonacci retracement atau apa saja teknik teknikal yang anda faham untuk mencari confirmation.


4. Sila kira risk yang mahu digunakan sebelum masuk position. Risk yang dicadangkan adalah 3-5% saja dari modal untuk setiap setup.


5. Masuk lah position dengan tenang dan biarkan market yang melakukan tugasnya pula selepas itu. Tiada masalah jika anda mahu adjust position seperti lock profit, close partial dan sebagainya semasa dagangan sedang aktif. Cuma pastikan ianya disebabkan oleh faktor keadaan semasa market yang perlukan pengubahsuaian, bukannya atas faktor emosi anda yang tidak stabil.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Market Update (11/07/16)

Shinzo Abe

  • Tumpuan market hari ini tertumpu kepada keputusan pilihanraya di Jepun. Pakatan pemerintah Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Shinzo Abe telah memenangi pilihanraya Jepun pada Ahad lepas.



  • Dalam kenyataannya, Abe mengesahkan bahawa kerajaannya akan menyediakan pakej ransangan ekonomi tambahan ( extra economic stimulus) dalam masa yang terdekat. Kenyataan ini telah menyebabkan yen melemah berbanding matawang2 utama yang lain hari ini. Ketika update ini ditulis, usdjpy telah naik 1.75% setakat ini. Harga kini berada di paras 102.30.


  • Pada Jumaat lepas, data US Non Farm Payroll (NFP) telah mencatatkan peningkatan yang ketara. Data NFP telah melonjak naik dari data lepas, 11k (data kemaskini) kepada 287k. Peningkatan yang ketara ini dijangka akan menyokong kekuatan usd sekurang2nya pada awal minggu ini sebelum data US PPI & CPI keluar pada hari Khamis & Jumaat nanti.


  • Menuju ke New York Open, tiada apa2 data berimpak besar yang akan keluar malam ini.

Thursday, 7 July 2016

USD Dijangka Menguat Menjelang NFP Malam Nanti?




Hari ini kita akan menghadapi news penting yang melibatkan matawang USD. Pada malam ini jam 8.30 malam, data US Non Farm Payroll (NFP) akan dikeluarkan.

Secara umumnya, data NFP yang baik merupakan pemangkin yang positif buat USD manakala data yang buruk pula akan melemahkan matawang ini. Pada bulan lepas, kita telah dikejutkan dengan data yang sangat buruk dicatatkan untuk bacaan NFP bulan Mei. Data yang sangat rendah telah dicatatkan iaitu hanya sebanyak 38k. Selepas data ini dikeluarkan, USD telah menjunam jatuh dan melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pair EURUSD telah naik sekitar 140pips dalam tempoh setengah jam akibat dari data NFP yang buruk ini.



Untuk data NFP kali ini, dijangka akan ada peningkatan yang ketara berbanding data yang lepas. Ahli ekonomi menjangkakan pertambahan pekerjaan sebanyak 175K untuk bulan Jun iaitu 4kali ganda lebih besar dari bacaan bulan Mei. Jika ini benar-benar terjadi, USD dijangka menerima kesan yang positif sebaik sahaja data ini keluar.




Selain itu, perhatian juga perlu diberikan kepada data Unemployment Rate dan juga data Average Hourly Earning yang akan dikeluarkan serentak bersama-sama dengan data NFP. Kedua-dua data ini juga akan mempengaruhi pergerakan matawang USD pada malam ini.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst


Wednesday, 6 July 2016

Junaman Pound Baru Saja Bermula Menurut 3 Bank Terkemuka Dunia

Semalam menyaksikan matawang Pound (GBP) meneruskan junaman dan telah mencatatkan harga terendah dalam tempoh 31tahun. GBPUSD menjunam ke paras 1.279x semalam pada sesi dagangan Asia kira2 jam 10pagi waktu tempatan.




Kejatuhan matawang pound ini belum lagi berakhir menurut 3 pedagang matawang terkemuka dunia. Matawang ini dijangka meneruskan momentum ke bawah sekitar 7 peratus ke 11 peratus lagi menurut Goldman Sachs Group Ins., Deutsche Bank AG dan juga Citigroup Inc.

Sterling bakal melemah kepada paras $1.20 pada tahun ini berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) menurut Goldman Sachs dan Deutsche Bank. Pemotongan kadar faedah ini terpaksa dilakukan untuk menstabilkan semula ekonomi UK dari terus merosot. Deutsche Bank pula melihat pound bakal jatuh dengan lebih teruk iaitu ke paras $1.15 menuju ke penghujung tahun 2016.



Kejatuhan matawang pound sterling ini adalah kesan dari keputusan UK-EU Referendum pada 24 Jun lepas yang menyaksikan Brexit telah memenangi Referendum tersebut dengan majoriti 52% berbanding Bremain 48%. Pada hari tersebut, GBPUSD telah jatuh lebih dari 1700pips.

"Pound masih ada ruang untuk terus melakukan junaman," kata George Saravelos, penolong ketua global foreign ecxhange research di Deutsche Bank.

Secara keseluruhannya, setakat ini, Great Britain Pound telah menjunam sebanyak 13peratus sejak keputusan referendum tersebut dikeluarkan menurut Bloomberg British Pound Index.



Sunday, 3 July 2016

Cara Kira PROFIT dan LOSS Secara Manual.. Jom Sama-Sama Belajar..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera di ucapkan pada semua pembaca.. Tak lama dah nak sambut hari raya ni, macam mana persiapan semua? Duit raya dah tukar siap-siap ke? hehehe.. Dah profit banyak dari BREXIT aritu apa salahnya lebih-lebih skit bagi duit raya tahun ni kan.. Semoga makin bertambahlah rezeki anda semua.. Ok sebut pasal profit tadi, jom kita sama-sama belajar cara pengiraan PROFIT dan LOSS secara manual.. Kenapa nak belajar kira manual? Kan broker dah kira siap-siap REALIZE & UNREALIZE PROFIT/LOSS? Betul tu, memang broker dah siap kirakan untuk kita, tapi salah satu kegunaan nya kiraan manual ni adalah untuk kita ambil kira kemungkinan risiko dan juga ganjaran (risk reward) sebelum kita masuk kan entry..

Baiklah, sebelum kita mulakan cara pengiraan manual, saya rasa lebih baik kita segarkan kembali fikiran kita mengenai "Quote Currency" dan "Base Currency" pada pair yang kita biasa trade ni. Ambil contoh seperti Eur/Usd, Euro adalah Base Currency manakala US Dollar pula adalah Quote Currency.. Jadi jika pada harga semasa bagi Eur/Usd adalah 1.4500 berubah ke 1.4450 bermakna berlaku penurunan sebanyak 50pip. Jadi sekarang yang perlu anda tahu ialah saiz dagangan anda (jenis akaun dan leverage akan membuatkan kontrak anda semua berlainan). Sekiranya saiz kontrak dagangan anda adalah 100,000 EUR/USD anda perlu mendarabkan nya dengan jumlah pergerakan pip tadi (Euro 100,000 X 0.0050 = $500). Jadi sekiranya anda melakukan pembelian(buy) dengan saiz kontrak seperti diatas dan pergerakan harga menurun sebanyak 50pips anda akan mengalami kerugian sebanyak $500, dan anda akan mendapat keuntungan sekiranya anda melakukan penjualan(sell).

Sekarang saya akan ambil contoh pair Usd/Jpy pula. Katakan harga semasa bagi pair ini adalah 100.15 dan ianya menaik kepada 100.85. Ini bermakna ia telah melakukan pergerakan sebanyak 70pips. Dan anda melakukan pembelian(buy) menggunakan saiz kontrak sebanyak USD 100,000
ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan sebanyak 70,000 Yen (Usd 100,000 X 0.70 = 70,000 Yen) jadi berapakah keuntungan sebenar anda didalam USD? (sekiranya anda menggunakan USD sebagai matawang asas untuk akaun anda). Apada yang perlu anda lakukan adalah membahagikan keuntungan dalam Yen tadi kepada kadar Usd/Jpy dimana transaksi pembelian anda tadi ditutup (100.85). Jadi kiraannya adalah (70,000Yen / 100.85 = 694.10Usd).

Mudah je kan? cuma apa yang penting sekarang adalah anda perlu mengetahui jenis akaun yang anda guna kan serta leverage yang anda gunakan. Kerana dari situ anda akan mendapat berapakah saiz kontrak yang anda lakukan bagi setiap lot dagangan anda. Jadi saya berharap perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat pada anda semua, dan sekiranya sudi silalah kongsikan bersama sahabat-sahabat kita yang lain ye. Di kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf jika ada sebarang salah dan silap sepanjang saya melakukan perkongsian artikel samada sengaja mahupun tidak. Nanti dah kumpul duit raya tu boleh lah buat kira-kira berapa total saiz kontrak DUIT RAYA anda ye.. Jangan mare, peace dan Selamat Hari Raya semua.. hehehehe..


Ceecakman
SFA's Currency Analyst