Friday, 29 July 2016

Market Update (29/07/16)





  • Matawang yang paling mencuri tumpuan hari ini adalah matawang Japanese Yen. Yen hari ini mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. USDJPY telah mencatatkan penurunan sebanyak -1.9% setakat ini. Ianya telah menjunam jatuh sekitar 280pips dari harga tertinggi ke harga terendah hari ini.



  • Kekuatan Yen hari ini adalah disebabkan oleh tindakan BOJ yang telah mengecewakan pasaran dengan tidak mengumumkan pelonggaran dasar kewangan yang besar seperti yang diharapkan. BOJ hanya menambah Exchange Traded Funds kepada 6trillion Yen ($58.3 billion) dan juga menambah dollar lending program kepada $24billion.



  • BOJ hari ini mengekalkan interest rate sedia ada dan juga telah mengekalkan government bond purchases mereka. Penjual-penjual matawang Japanese Yen dilihat kecewa dengan keputusan ini.



  • Euro Zone CPI Flash Estimate y/y telah menunjukkan peningkatan apabila data tersebut dikeluarkan jam 5petang tadi. Data sebenar mencatatkan bacaan 0.20% berbanding data lepas iaitu 0.1%. Data ini sedikit sebanyak telah menyokong kenaikan matawang euro.



  • USD lemah setakat ini berbanding matawang-matawang utama yang lain kecuali berbanding matawang Canadian Dollar (CAD). CAD tidak mampu mencatatkan kenaikan berbanding US Dollar disebabkan oleh harga minyak yang berterusan jatuh. Harga minyak telah mencatatkan penurunan 7hari berturut-turut dan ianya sekarang sedang berada diparas $40.78 per barrel.



  • Di New York Session malam nanti, data yang melibatkan matawang CAD dan juga USD akan dikeluarkan iaitu data Canadian GDP dan juga US GDP. Kedua-dua data ini akan dikeluarkan jam 8.30malam. Sila berikan perhatian.


Thursday, 28 July 2016

Apa Kata Bank-Bank Utama Selepas FOMC Awal Pagi Tadi

Awal pagi tadi iaitu jam 2pagi Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah semasa mereka. Pengekalan kadar faedah ini telah pun dijangka oleh kebanyakan investor dan juga trader di seluruh dunia.



Bank-bank besar telah memberikan ulasan berkenaan keputusan Federal Reserve ini. Mari kita sama-sama baca ulasan mereka.



Danske Bank

Seperti jangkaan, FOMC telah mengekalkan federal funds mereka pada paras 0.25%-0.50%. Kenyataan baru oleh FOMC yang telah menarik perhatian pasaran adalah kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun hilang". Hal ini telah memberi gambaran bahawa kenyataan FOMC kali ini adalah lebih hawkish jika dibandingkan dengan kenyataan di bulan Jun yang lalu.



Bank of Amerika Merrill Lynch

Kenyataan FOMC kali ini dilihat lebih positive jika dibandingkan dengan Jun, tetapi ianya tidak mengubah apa-apa. FOMC menekankan bahawa risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah pun lenyap tetapi walaubagaimanapun, mereka akan teruskan memerhati keadaan ekonomi global dan juga perkembangan pasaran kewangan secara keseluruhannya. Untuk itu, kami berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan September nanti tidak akan berlaku tetapi kami menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Desember nanti jika tiada apa-apa kejutan negetif yang berlaku dalam pasaran.


BNP Paribas

FOMC telah pun mengekalkan kadar faedah mereka seperti jangkaan pada mesyuarat yang berlangsung pada 26-27 Julai yang lepas. Pada pandangan kami, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Fed jelas menggambarkan bahawa kenaikan kadar faedah hampir pasti berikutan kenyataan "risiko jangka masa pendek kepada ekonomi telah lenyap". Kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah pada bulan September adalah lebih jelas asalkan data-data selepas ini berada dalam keadaan yang baik. Secara keseluruhannya, kenyataan Fed kali ini telah menyakinkan kami sekaligus telah menukarkan pandangan kami daripada tiada perubahan kadar faedah kepada kenaikan kadar faedah pada bulan September nanti.


Barclay Capital


Kami melihat kenyataan FOMC kali ini lebih hawkish daripada apa yang kami jangkakan, walaupun jangkaan kami tentang perubahan kenyataan kali ini sangat hampir dengan kenyataan sebenar yang telah dikeluarkan. Kenyataan kali ini meyakinkan kami bahawa FOMC berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedah mereka pada mesyuarat bulan September nanti, asalkan data-data pekerjaan terus mencatatkan bacaan yang baik. Kami juga berpendapat, Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.




Wednesday, 27 July 2016

Market Update (27/07/16)



Data Australian CPI telah keluar bercampur-campur pagi tadi. Data CPI q/q telah menunjukkan peningkatan iaitu naik dari -0.20% kepada 0.40%. Namun data CPI y/y telah mencatatkan penurunan dar 1.30% kepada 1.00%. Pair AUDUSD telah spike ke atas setelah data CPI tersebut dikeluarkan namun kemudiannya telah turun semula setelah market player mengambil kira kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh RBA pada minggu hadapan. AUD dijangka akan terus ditekan sehingga RBA Cash Rate decision pada 2 Ogos nanti.


Yen lemah hari ini. Ini disebabkan oleh report yang dikeluarkan oleh FNN bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi yang bernilai 27Trillion Yen. USDJPY melonjak sekitar 180pips dari harga pembukaan ke harga tertinggi hari ini setelah berita ini dikeluarkan. Pasangan matawang ini kemudiannya telah memadam separuh dari kenaikan ini dah ianya sekarang sedang berada di paras 105.50. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kemudiannya telah mengesahkan bahawa pakej ransangan ekonomi bernilai lebih 28trillion yen akan dilaksanakan. Sentimen semasa ke atas matawang yen dilihat bearish.


Petang tadi, data penting melibatkan matawang GBP telah keluar iaitu data UK GDP. Terdapat peningkatan kepada data GDP q/q & juga GDP y/y. Data yang lengkap adalah seperti berikut ;

UK Gross Domestic Product (QoQ)
Actual: 0.6%
Expected: 0.5%
Previous: 0.4%

UK Gross Domestic Product (YoY)
Actual: 2.2%
Expected: 2.1%
Previous: 2.0%

Walaubagaimanapun GBP tidak menguat setelah data ini dikeluarkan kerana ini merupakan bacaan data sebelum isu Brexit melanda UK. Market player dilihat mengabaikan data ini. Dari sudut fundamental, GBP masih bearish disebabkan faktor Brexit ini.


Jam 2pagi nanti kita akan ada news penting melibatkan matawang USD iaitu pengumuman kadar faedah oleh Federal Reserve. Federal reserve dijangka mengekalkan saja kadar faedah semasa mereka pagi nanti. Perhatian perlu diberikan kepada statement-statement yang akan dikeluarkan oleh Fed.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Tuesday, 26 July 2016

Market Update (26/07/16)





  • Yen kuat hari ini. Usdjpy telah membuat penurunan hampir 180pips dari harga pembukaan hari ini. Penurunan pair xxx/jpy hari ini adalah disebabkan oleh expection market berkenaan tambahan stimulus dari BOJ pada hari Jumaat nanti telah berkurang. Support penting usdjpy sekarang berada di 103.88. Selagi support ini mampu bertahan, jatuhan usdjpy dijangka terhad. Harga semasa usdjpy ketika update ini ditulis berada di paras 104.40.



  • Harga minyak mentah WTI masih lagi meneruskan penurunan hari ini setelah semalam ianya telah turun sekitar -$1.3. Harga semasa berada di paras 42.68. Harga minyak sudah mencatatkan penurunan selama 4hari berturut-turut sejak Khamis minggu lepas. Penurunan harga minyak ini telah menyebabkan matawang CAD ikut melemah.



  • USD Index setakat ini sedikit turun. Ianya telah mencatatkan penurunan sebanyak -0.21% dan sekarang berada di paras 97.09. Investor & trader sedang menunggu apakah akan ada perubahan kadar faedah dari Fed Khamis nanti jam 2pagi waktu tempatan.



  • Jam 10malam nanti, 1 data high impact yang melibatkan matawang USD akan dikeluarkan iaitu data CB Consumer Confidence. Sila berikan perhatian.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Friday, 22 July 2016

Market Update (22/07/16)





  • USD kuat berbanding matawang2 utama yang lain setakat ini. USD Index telah mencatatkan kenaikan sebanyak +0.16% setakat jam 6.53petang. Ianya sedang berada di paras 97.155. Anda boleh lihat bacaan USD Index yang terkini di sini.



  • Matawang yang paling lemah setakat ini adalah matawang GBP. Ini disebabkan oleh data ekonomi UK yang lemah telah dikeluarkan petang tadi. Data Manufacturing PMI telah mencatatkan penurunan daripada 52.1 kepada 49.1. Selain itu, data Services PMI keluar lemah dengan mencatatkan bacaan  47.2 berbanding data lepas 52.3. Kesan Brexit kini telah dirasai oleh ekonomi UK sedikit demi sedikit. Kesan negetif ini dijangka akan berterusan.



  • Malam nanti jam 8.30malam, kita akan ada data yang melibatkan matawang CAD akan dikeluarkan iaitu data CPI & juga Retail Sales. Data2 ini akan mempengaruhi pergerakan matawang yang disebut sebagai 'loonie' ini pada sesi dagangan Amerika Syarikat nanti. Sila berikan perhatian.

Thursday, 21 July 2016

Market Update (21/07/16) ;



  • NZD lemah hari ini selepas Reserve Bank of New Zealand memberikan gambaran yang jelas bahawa akan ada pelonggaran monetary policy pada bulan Ogos nanti. RBNZ juga memaklumkan bahawa Matawang Kiwi yang kuat akan mengheret inflasi ke bawah.


  • Petang tadi jam 4.30petang, data yang melibatkan matawang GBP telah keluar iaitu data Retail Sales. Data yang buruk telah dicatatkan iaitu pada paras -0.9% berbanding data lepas 0.9%. GBP telah melemah selepas data ini dikeluarkan.

.
  • ECB telah mengekalkan kadar faedah sedia ada mereka sebentar tadi. Pengekalan kadar faedah ini memang sudah dijangkakan oleh kebanyakan trader dan juga investor. Semasa press conference dilakukan, eurusd telah naik kira2 50pips namun ianya tidak kekal lama sebelum pasangan matawang ini kembali terjun dan memadam kesemua kenaikan tersebut. ECB dilihat neutral saja pada kali ini. Ketika update ini ditulis, eurusd berada di paras harga yang sama dengan harga pembukaan. Psikologi support 1.1000 dilihat masih bertahan setakat ini.

.
  • Data US Jobless Claim juga telah keluar jam 8.30malam tadi. Data yang baik telah dicatatkan kali ini dengan bacaan sebanyak 253k.

Friday, 15 July 2016

Matawang Turkish Lira Jatuh Menjunam Akibat Percubaan Rampasan Kuasa di Turki.

Semalam, beberapa jam sebelum pasaran ditutup, kita telah dikejutkan dengan berita rampasan kuasa yang telah berlaku di Negara Turki. Ianya dilakukan oleh sebahagian daripada tentera Turki yang mahukan pemerintahan di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan digulingkan.

Semasa cubaan rampasan kuasa ini sedang berlaku, jet-jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara Turki manakala orang ramai mendapatkan perlindungan di rumah masing-masing.

Walaubagaimanapun, percubaan rampasan kuasa ini cuma mampu bertahan selasa 5jam sahaja. Rakyat negara itu telah keluar beramai-ramai ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa yang sedang dilakukan setelah gesaan dibuat oleh Erdogan secara langsung melalui video di Facetime.

Penyokong Erdogan telah turun ke jalanan dan membantah rampasan kuasa yang di lakukan.

Rakyat menghalang kereta kebal yang digunakan ketika percubaan rampasan kuasa.


Antara tentera yangberjaya ditahan oleh penyokong Erdogan.

Matawang tempatan Negara Turki iaitu Turkish Lira telah jatuh menjunam kesan dari percubaan rampasan kuasa ini. Ianya telah melemah sebanyak 4.6% berbanding US Dollar dan merupakan jatuhan harian yang paling teruk sejak 8tahun. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur-pelabur terhadap kestabilan politik di negara terbabit.



Turkish Lira Vs US Dollar

Selain itu, matawang-matawang safe haven juga dilihat mendapat permintaan ketika berita rampasan kuasa di Turki ini keluar. Matawang Yen menguat dan harga emas juga dilihat molonjak sebelum pasaran ditutup jam 5pagi tadi.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Thursday, 14 July 2016

BOE Mahu Potong Kadar Faedah Jam 7Malam Nanti?


Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 24Jun yang lepas, pasaran telah digemparkan dengan keputusan rakyat UK yang mahu keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Mereka telah meluahkan hasrat mereka itu ketika Referendum UK-EU Referendum yang mana akhirnya telah memihak kepada Brexit dengan undian sebanyak 52%.

Pound telah jatuh dengan mendadak pada hari keputusan referendum diumumkan dan berterusan jatuh sehingga beberapa hari lagi selepas itu sebelum akhirnya membuat sedikit pembetulan harga.

Ekonomi UK sangat terkesan dengan keputusan Brexit ini. Brexit mungkin akan menyebabkan kelemesetan ekonomi berlaku di United Kingdom. Bank of England (BOE) perlu memainkan peranannya sebagai badan penyelia kewangan di negara itu, agar impak Brexit ini tidak terus membahayakan keadaan ekonomi United Kingdom.



Bank of England


Oleh kerana itu, petang nanti jam 7malam, perhatian perlu diberikan kepada news Official Bank Rate (Interest rate) yang bakal di keluarkan oleh BOE. Mengikut pandangan majoriti ahli ekonomi, BOE dijangka akan memotong Official Bank Rate mereka daripada 0.50% kepada 0.25%. Keputusan ini perlu dibuat untuk merangsang semula ekonomi UK yang sudah dilihat lemah sebelum dari keputusan Brexit diumumkan lagi.

Namun, sebahagian ahli ekonomi lain berpendapat, BOE tidak akan memotong kadar faedah mereka kerana ianya belum pasti sama ada Brexit benar-benar telah menarik ekonomi UK kebawah. Mereka berpendapat, BOE perlu menunggu data-data ekonomi terkini yang dicatatkan UK setelah keputusan Brexit tempoh hari.

Apa pun, sebagai trader kita perlu bersiap sedia dengan sebarang keputusan yang bakal dikeluarkan. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit tips kepada anda semua tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah kesannya keatas matawang GBP.


BOE Memotong Kadar Faedah = GBP Melemah

BOE Mengekalkan Kadar Faedah = GBP Menguat Seketika



Secara keseluruhannya, GBP masih lagi dilihat bearish walaupun BOE mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedahnya petang nanti. Rancang lah dagangan anda dengan sebaiknya.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Monday, 11 July 2016

5 Step Penting Untuk Masuk Position





5 step Masuk Position (Fundamental + Teknikal)


1. Baca dan fahami keadaan fundamental terkini setiap matawang utama. Cuba untuk dapatkan 1matawang yang lemah dan 1matawang yang kuat mengikut keadaan fundamental semasa matawang tersebut.


2. Lihat data atau news yang bakal keluar dalam masa terdekat. Sila faktor kan sekali data2 yang bakal keluar tersebut kedalam keputusan trading anda. Anda boleh rujuk economic calender seperti di Forex Factory.


3. Cari level2 teknikal yang berpengaruh. Tandakan support & resistance yang penting di chart. Tunggu price bergerak ke tempat yang anda mahu dulu. Gunakan Candlestick Reversal Signal (CRS), Fibonacci retracement atau apa saja teknik teknikal yang anda faham untuk mencari confirmation.


4. Sila kira risk yang mahu digunakan sebelum masuk position. Risk yang dicadangkan adalah 3-5% saja dari modal untuk setiap setup.


5. Masuk lah position dengan tenang dan biarkan market yang melakukan tugasnya pula selepas itu. Tiada masalah jika anda mahu adjust position seperti lock profit, close partial dan sebagainya semasa dagangan sedang aktif. Cuma pastikan ianya disebabkan oleh faktor keadaan semasa market yang perlukan pengubahsuaian, bukannya atas faktor emosi anda yang tidak stabil.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst

Market Update (11/07/16)

Shinzo Abe

  • Tumpuan market hari ini tertumpu kepada keputusan pilihanraya di Jepun. Pakatan pemerintah Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Shinzo Abe telah memenangi pilihanraya Jepun pada Ahad lepas.



  • Dalam kenyataannya, Abe mengesahkan bahawa kerajaannya akan menyediakan pakej ransangan ekonomi tambahan ( extra economic stimulus) dalam masa yang terdekat. Kenyataan ini telah menyebabkan yen melemah berbanding matawang2 utama yang lain hari ini. Ketika update ini ditulis, usdjpy telah naik 1.75% setakat ini. Harga kini berada di paras 102.30.


  • Pada Jumaat lepas, data US Non Farm Payroll (NFP) telah mencatatkan peningkatan yang ketara. Data NFP telah melonjak naik dari data lepas, 11k (data kemaskini) kepada 287k. Peningkatan yang ketara ini dijangka akan menyokong kekuatan usd sekurang2nya pada awal minggu ini sebelum data US PPI & CPI keluar pada hari Khamis & Jumaat nanti.


  • Menuju ke New York Open, tiada apa2 data berimpak besar yang akan keluar malam ini.

Thursday, 7 July 2016

USD Dijangka Menguat Menjelang NFP Malam Nanti?




Hari ini kita akan menghadapi news penting yang melibatkan matawang USD. Pada malam ini jam 8.30 malam, data US Non Farm Payroll (NFP) akan dikeluarkan.

Secara umumnya, data NFP yang baik merupakan pemangkin yang positif buat USD manakala data yang buruk pula akan melemahkan matawang ini. Pada bulan lepas, kita telah dikejutkan dengan data yang sangat buruk dicatatkan untuk bacaan NFP bulan Mei. Data yang sangat rendah telah dicatatkan iaitu hanya sebanyak 38k. Selepas data ini dikeluarkan, USD telah menjunam jatuh dan melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Pair EURUSD telah naik sekitar 140pips dalam tempoh setengah jam akibat dari data NFP yang buruk ini.



Untuk data NFP kali ini, dijangka akan ada peningkatan yang ketara berbanding data yang lepas. Ahli ekonomi menjangkakan pertambahan pekerjaan sebanyak 175K untuk bulan Jun iaitu 4kali ganda lebih besar dari bacaan bulan Mei. Jika ini benar-benar terjadi, USD dijangka menerima kesan yang positif sebaik sahaja data ini keluar.




Selain itu, perhatian juga perlu diberikan kepada data Unemployment Rate dan juga data Average Hourly Earning yang akan dikeluarkan serentak bersama-sama dengan data NFP. Kedua-dua data ini juga akan mempengaruhi pergerakan matawang USD pada malam ini.


Naim Sangkakelubi
SFA Currency Analyst


Wednesday, 6 July 2016

Junaman Pound Baru Saja Bermula Menurut 3 Bank Terkemuka Dunia

Semalam menyaksikan matawang Pound (GBP) meneruskan junaman dan telah mencatatkan harga terendah dalam tempoh 31tahun. GBPUSD menjunam ke paras 1.279x semalam pada sesi dagangan Asia kira2 jam 10pagi waktu tempatan.




Kejatuhan matawang pound ini belum lagi berakhir menurut 3 pedagang matawang terkemuka dunia. Matawang ini dijangka meneruskan momentum ke bawah sekitar 7 peratus ke 11 peratus lagi menurut Goldman Sachs Group Ins., Deutsche Bank AG dan juga Citigroup Inc.

Sterling bakal melemah kepada paras $1.20 pada tahun ini berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) menurut Goldman Sachs dan Deutsche Bank. Pemotongan kadar faedah ini terpaksa dilakukan untuk menstabilkan semula ekonomi UK dari terus merosot. Deutsche Bank pula melihat pound bakal jatuh dengan lebih teruk iaitu ke paras $1.15 menuju ke penghujung tahun 2016.



Kejatuhan matawang pound sterling ini adalah kesan dari keputusan UK-EU Referendum pada 24 Jun lepas yang menyaksikan Brexit telah memenangi Referendum tersebut dengan majoriti 52% berbanding Bremain 48%. Pada hari tersebut, GBPUSD telah jatuh lebih dari 1700pips.

"Pound masih ada ruang untuk terus melakukan junaman," kata George Saravelos, penolong ketua global foreign ecxhange research di Deutsche Bank.

Secara keseluruhannya, setakat ini, Great Britain Pound telah menjunam sebanyak 13peratus sejak keputusan referendum tersebut dikeluarkan menurut Bloomberg British Pound Index.



Sunday, 3 July 2016

Cara Kira PROFIT dan LOSS Secara Manual.. Jom Sama-Sama Belajar..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera di ucapkan pada semua pembaca.. Tak lama dah nak sambut hari raya ni, macam mana persiapan semua? Duit raya dah tukar siap-siap ke? hehehe.. Dah profit banyak dari BREXIT aritu apa salahnya lebih-lebih skit bagi duit raya tahun ni kan.. Semoga makin bertambahlah rezeki anda semua.. Ok sebut pasal profit tadi, jom kita sama-sama belajar cara pengiraan PROFIT dan LOSS secara manual.. Kenapa nak belajar kira manual? Kan broker dah kira siap-siap REALIZE & UNREALIZE PROFIT/LOSS? Betul tu, memang broker dah siap kirakan untuk kita, tapi salah satu kegunaan nya kiraan manual ni adalah untuk kita ambil kira kemungkinan risiko dan juga ganjaran (risk reward) sebelum kita masuk kan entry..

Baiklah, sebelum kita mulakan cara pengiraan manual, saya rasa lebih baik kita segarkan kembali fikiran kita mengenai "Quote Currency" dan "Base Currency" pada pair yang kita biasa trade ni. Ambil contoh seperti Eur/Usd, Euro adalah Base Currency manakala US Dollar pula adalah Quote Currency.. Jadi jika pada harga semasa bagi Eur/Usd adalah 1.4500 berubah ke 1.4450 bermakna berlaku penurunan sebanyak 50pip. Jadi sekarang yang perlu anda tahu ialah saiz dagangan anda (jenis akaun dan leverage akan membuatkan kontrak anda semua berlainan). Sekiranya saiz kontrak dagangan anda adalah 100,000 EUR/USD anda perlu mendarabkan nya dengan jumlah pergerakan pip tadi (Euro 100,000 X 0.0050 = $500). Jadi sekiranya anda melakukan pembelian(buy) dengan saiz kontrak seperti diatas dan pergerakan harga menurun sebanyak 50pips anda akan mengalami kerugian sebanyak $500, dan anda akan mendapat keuntungan sekiranya anda melakukan penjualan(sell).

Sekarang saya akan ambil contoh pair Usd/Jpy pula. Katakan harga semasa bagi pair ini adalah 100.15 dan ianya menaik kepada 100.85. Ini bermakna ia telah melakukan pergerakan sebanyak 70pips. Dan anda melakukan pembelian(buy) menggunakan saiz kontrak sebanyak USD 100,000
ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan sebanyak 70,000 Yen (Usd 100,000 X 0.70 = 70,000 Yen) jadi berapakah keuntungan sebenar anda didalam USD? (sekiranya anda menggunakan USD sebagai matawang asas untuk akaun anda). Apada yang perlu anda lakukan adalah membahagikan keuntungan dalam Yen tadi kepada kadar Usd/Jpy dimana transaksi pembelian anda tadi ditutup (100.85). Jadi kiraannya adalah (70,000Yen / 100.85 = 694.10Usd).

Mudah je kan? cuma apa yang penting sekarang adalah anda perlu mengetahui jenis akaun yang anda guna kan serta leverage yang anda gunakan. Kerana dari situ anda akan mendapat berapakah saiz kontrak yang anda lakukan bagi setiap lot dagangan anda. Jadi saya berharap perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat pada anda semua, dan sekiranya sudi silalah kongsikan bersama sahabat-sahabat kita yang lain ye. Di kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf jika ada sebarang salah dan silap sepanjang saya melakukan perkongsian artikel samada sengaja mahupun tidak. Nanti dah kumpul duit raya tu boleh lah buat kira-kira berapa total saiz kontrak DUIT RAYA anda ye.. Jangan mare, peace dan Selamat Hari Raya semua.. hehehehe..


Ceecakman
SFA's Currency Analyst