Monday 13 June 2016

BACA INI JIKA ANDA BARU DI DALAM FOREX TRADING


Untuk beginner, ini step yang sepatutnya anda ambil jika anda baru hendak berjinak2 di dalam forex trading. Saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jadi anda mungkin berbeza pendapat.


Step 1 (3bulan pertama)
Buka akaun demo di mana2 broker. Selepas buka akaun demo, belasah saja dulu trade macam mana pun. Tekan saja buy atau sell. Biasakan diri dengan mt4.Explore segala button2 yang ada di dalam mt4 tu. Sambil2 itu, mulakan belajar cara menganalisa pasaran. Start belajar sikit2. Anda perlukan sekurang2nya tempoh 3bulan di step ini.

Step 2 (Selepas 3bulan)
Setelah anda selesa trade di demo, anda sekarang sudah boleh mulakan dagangan anda di akaun real. Anda dinasihatkan untuk buka akaun micro di XM. Anda boleh buka akaun micro tersebut di sini (https://goo.gl/Kk08VV). Anda boleh mulakan dagangan anda dengan 50usd saja dulu. Cuba sedaya upaya untuk tidak meng'MC'kan atau meng'stop out'kan akaun tersebut. Pada stage ini, bukan profit yang besar yang anda mahu cari. Anda sekarang dalam proses untuk belajar mengawal akaun trading. Anda perlu setkan target profit anda 5-20% saja sebulan dari modal 50usd tersebut. Anda akan merasa berbagai2 emosi ketika berada di stage ini kerana anda baru sahaja berpindah dari akaun demo ke akaun real. Anda perlu berada di stage ini selama 6bulan. Cekalkan hati anda.

Step 3 (Selepas 9bulan)
Setelah anda yakin bahawa anda sudah boleh mengawal akaun trading 50usd tersebut dengan baik, kini tibalah masanya untuk anda trade akaun yang lebih besar sedikit. Anda sudah boleh deposit akaun trading anda dengan 4angka. Anda perlu melakukan benda yang sama juga seperti di stage 2. Cuba dapatkan profit 5-20% sahaja sebulan. Pada stage ini emosi anda sudah agak terkawal kerana anda sudah faham diri anda sendiri dan juga selok belok market. Anda perlu kekal berada di stage ini sekurang2nya selama 1tahun.

Step 4 (Selepas 1tahun 9bulan)
Anda sekarang sudah 1tahun 9bulan ber'trading'. Pada tahap ini anda sepatutnya sudah melengkapkan diri anda dengan semua ilmu2 berkaitan trading. Anda juga sepatutnya sudah boleh menganalisa pasaran dengan baik dengan menggabungkan kedua2 jenis analisa fundamental dan juga teknikal. Jadi, pada stage ini anda sudah boleh memikirkan sama ada anda mahu menjadi full time trader atau kekal sebagai part time trader. Kedua2 nya ada pilihan yang betul. Ianya bergantung kepada keperluan dan keinginan anda. Anda juga sudah boleh berkira2 untuk trade akaun 5angka pada stage ini.

Ini sahaja step2 yang perlu anda tahu. Rancanglah perjalanan anda di dalam bidang ini dengan sebaiknya. Janganlah gopoh dalam membuat keputusan. Moga kita semua memperoleh kejayaan yang kita impikan.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

4 comments:

  1. Did you know you can create short urls with Shortest and receive $$$$ from every visit to your shortened urls.

    ReplyDelete
  2. Imagine if you had a robot with 6 years ?

    I just got done with a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was AMAZING.

    During the webinar MARK and ANTONY shared their secrets to success and answered questions about their new release of the GPS Forex Robot that is coming out TODAY!

    ReplyDelete
  3. Most accurate forex signals service provider is Hot Forex Signal. Hot Forex Signal Provide best forex signals and forex trade copier service . To get this service you can get two option, one is trail another is premium. Trial signal services will provide you limited signals, on the other hand, the premium signals services will provide you their full service at a contracted period.
    Hot Forex Signal: http://www.hotforexsignal.com/

    ReplyDelete
  4. I think the admin of this web page is truly working hard in favor of his web site, as here every stuff is quality based information.

    Currency Exchange In San Francisco

    ReplyDelete