Friday 24 June 2016

Akhirnya Kemenangan Berpihak Kepada Brexit





Brexit menang dengan 52% berbanding Bremain 48%

Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu oleh trader-trader dan juga investor-investor seluruh dunia telah pun tiba. Secara rasminya hari ini majoriti warga United Kingdom (UK) telah memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (European Union).

Hal ini telah mereka terjemahkan pada UK-EU Referendum yang telah dijalankan pada 23/06/16. Kiraan rasmi hari ini menunjukkan Brexit telah memenangi referendum ini dengan mencatatkan 52% berbanding Bremain yang mencatatkan 48%.  Mesej yang jelas telah di sampaikan oleh rakyat UK.



Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron telah meletakkan jawatannya berikutan kekalahan pasukan Bremain.

Buat forex trader, hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kita. Pergerakan market hari ini sangat ganas disepanjang pengiraan undian UK-EU Referendum yang bermula pagi Jumaat tadi. Bagi yang mengikuti pengiraan undi secara langsung pastinya dapat merasakan perasaan yang berdebar-debar apatah lagi jika pada masa yang sama juga kita mempunyai position berkaitan referendum ini yang masih aktif. Saya yakin, anda pasti tidak senang duduk melihat pergerakan market yang besar dan ganas itu.

Matawang GBP telah turun sebanyak 11% hari ini dan kadar tukaran GBP kepada USD adalah yang terendah dalam tempoh 30tahun. Pair GBPUSD telah turun lebih dari 1700pips. Matawang Euro turut terkesan dan jatuh bersama-sama dengan matawang GBP. Pair EURUSD telah jatuh lebih dari 500pips dan mencatatkan harga terendah pada paras 1.0910. Matawang safe haven iaitu JPY mendapat permintaan berikutan situasi panik yang berlaku di dalam pasaran. USDJPY telah turun melebihi 700pips manakala pair GBPJPY telah turun lebih dari 2600pips.

Pergerakan ini sudah di jangkakan dari awal lagi jika Brexit memenangi referendum ini. Anda semua boleh rujuk balik post bertarikh 14Jun 2016 yang lepas bertajuk "Brexit? Apakah Yang Forex Trader Perlu Tahu?". Anda boleh baca semula post itu jika anda belum lagi membacanya.

Pemahaman fundamental sangat penting di dalam trading. Faktor-faktor fundamental lah yang akan menggerakkan pasaran dan anda sama sekali tidak boleh menafikan hal ini. Namun, pemahaman fundamental ini perlu juga disertakan pemahaman teknikal yang baik. Anda perlu mengabungkan kedua-duanya untuk anda menjadi trader yang "sempurna". Ini adalah pandangan saya secara peribadi. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju. Tidak mengapa, saya hormati pandangan anda jika ianya berbeza.

Bagi yang mahu belajar fundamental, saya sarankan anda untuk bersama-sama kami di SFA Ultimate. Di situ kita akan belajar serta berbincang segala isu berkaitan fundamental semasa market dan juga tidak ketinggalan, analisa teknikal. Anda semua sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keluarga SFA Ultimate.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

No comments:

Post a Comment