Tuesday 8 November 2016

Hillary Clinton Vs Donald Trump. Apa Kesan Kemenangan Mereka Ke Atas Pasaran Matawang?

Pada hari selasa ini, 8 haribulan November 2016, kita akan menyaksikan pertembungan antara 2 calon presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu Hillary Clinton & juga Donald Trump. Calon presiden Amerika Syarikat yang baru ini bakal mengantikan Presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu Barack Obama yang telah pun tamat berkhidmat selama 8tahun.

Donald Trump Vs Hillary Clinton

Seluruh rakyat Amerika Syarikat yang layak akan turun mengundi calon presiden pilihan mereka yang masing-masing mewakili Parti Democratic (Hillary Cinton) dan juga Parti Republican (Donald Trump).


Seluruh dunia pastinya akan tertunggu-tunggu siapakah yang akan memenangi pilihanraya ini nanti. Sebagai seorang trader, kita juga pasti menantikan keputusan yang bakal diumumkan kerana kita sedia maklum bahawa keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 ini akan memberikan impak yang besar kepada seluruh pasaran kewangan.

Senario 1 – Clinton menang sebagai presiden yang baru

Jika Hillary Clinton menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang positif. Hal ini kerana Hillary Clinton hanya akan meneruskan kesinambungan polisi-polisi yang telah dibuat oleh Presiden Barrack Obama sebelum ini. 

Matawang Mexican Peso (MXN) juga bakal menerima tempias yang positif kerana hubungan dua hala antara Amerika & Mexico akan berterusan seperti biasa berbanding jika Donald Trump yang memenangi pilihanraya di mana ianya merupakan ancaman yang besar kepada Negara Mexico dengan dasar2 baru yang bakal dilakukannya. Selain itu, matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY), CHF akan melemah berikutan kurangnya permintaan disebabkan market akan berada dalam keadaan yang stabil. 


Senario 2 – Donald Trump menang sebagai presiden yang baru

Jika Donald Trump pula menang sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru, matawang USD dijangka menerima tempias yang negetif. Matawang USD dijangka melemah berbanding matawang2 utama yang lain. Matawang Mexican Peso juga bakal jatuh disebabkan hubungan dua hala di antara dua negara ini bakal terjejas.

Selain itu, ketidaktentuan pasaran juga akan menyebabkan matawang-matawang safe haven seperti Yen (JPY) dan CHF mendapat permintaan yang tinggi dan seterusnya menguat. Matawang safe haven akan mendapat permintaan ketika pasaran berada dalam keadaan yang panik dan tidak stabil.

No comments:

Post a Comment