Wednesday, 29 June 2016

Harga Minyak dan Matawang CAD. Apakah hubungkait antara keduanya?

Pada artikel kali ini, saya ingin terangkan kepada anda semua apakah perkaitannya antara harga minyak mentah dan juga matawang Canadian Dollar (CAD). Jika harga minyak mentah naik, apakah yang akan berlaku kepada matawang CAD? Dan jika harga minyak mentah turun pula, apakah yang akan jadi?



Bendera Negara Canada.


Jangan pening-pening kepala. Saya akan rungkaikan perkara ini untuk anda.

Ok begini. Canada merupakan salah satu dari negara pegeluar minyak mentah utama di dunia. Canada sangat bergantung dengan industri minyak untuk memacu ekonomi negara ini. Naik dan turunnya harga minyak akan memberi kesan kepada pendapatan Negara Canada dan hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada matawang CAD.


Teorinya mudah saja,

Jika harga minyak naik, CAD juga akan ikut naik.

Jika harga minyak turun, CAD juga akan ikut turun.


Teori ini boleh dibuktikan di chart di bawah.


Oil Chart. TFD1

Harga minyak telah mengalami kenaikan bermula pada 21/01/16. Harga terendah yang dicatatkan pada hari tersebut adalah 27.8x. Harga minyak kemudiaannya telah memecut naik dan mencatatkan harga tertinggi pada paras 51.5x pada 09/06/16.


Sekarang lihat pula chart pair USDCAD di bawah.


USDCAD Chart. TFD1

Seperti yang anda semua boleh lihat, matawang CAD juga turut menguat apabila harga minyak memulakan pendakian pada awal bulan 1 2016. Kekuatan CAD ini telah memberi tekanan kepada pasangan matawang USDCAD. USDCAD telah mengalami kejatuhan yang ketara kesan dari kenaikan harga minyak. Hal ini sekaligus telah membukti kan teori yang telah saya nyatakan di atas tadi bahawa jika harga minyak naik, CAD juga akan ikut naik.

Namun, anda tidak lah boleh semata-mata bergantung dengan faktor harga minyak saja untuk anda membuat analisa berkenaan hala tuju matawang CAD. Cumanya anda perlu sedar, harga minyak merupakan antara faktor utama yang akan memberi kesan kepada naik dan turun nya harga matawang CAD. Lain-lain faktor juga perlu anda ambil kira.


Sekian.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst






Sunday, 26 June 2016

Tips Memilih Broker Yang Bagus Dan Selamat



Sebagai seorang trader, adalah penting untuk kita memilih broker yang benar-benar berkualiti sebelum kita melakukan deposit dan trade di broker yang berkenaan.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk memilih broker yang bagus dan juga selamat.


1. Regulation

Benda yang paling penting sekali bagi saya adalah regulation broker tersebut. Apabila broker mempunyai regulation, akan ada badan yang mengawal selia broker berkenaan. Broker tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan yang membelakangi pelanggan-pelanggan mereka kerana mereka boleh didakwa jika berbuat sedemikian. Kita ada berbagai-bagai badan penyelia seperti  CySEC, ASiC, FCA, NFA dan sebagainya.


2. Jenis Broker

Anda perlu faham jenis broker yang ada di dalam pasaran. Ada broker yang menggelarkan diri mereka sebagai STP (Straight Through Processing) tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya tiada masalah pun jika anda mahu trader di broker STP/ECN ataupun broker Market Maker. Kedua-dua broker ini mempunyai liquidity provider dan menghantar order anda ke real market cuma bezanya broker pure STP/ECN tidak mempunyai b-book dan broker market maker mempunyai kedua-duanya iaitu a-book & b-Book. Kebanyakan broker yang trader-trader Malaysia trade adalah Market Maker tetapi mereka tidak jelas akan perkara ini. A-book adalah order-order yang akan broker hantar ke LP manakala b-book tidak. Broker Market Maker akan mengklafikasikan trader2 mengikut a-book dan b-book. Secara umumnya trader-trader yang konsisten profit, broker akan meletakkan mereka di a-book manakalah trader-trader 'mat depo' akan diletakkan di dalam b-book.

Broker yang perlu anda elakkan adalah broker-broker yang dipanggil sebagai 'bucket shop'. Broker-broker ini beroperasi tanpa mempunyai liquidity provider langsung. Mereka hanya bergantung kepada ratio trader yang loss lebih ramai dari trader yang win. Jadi mereka memanfaatkan ratio ini untuk mereka mengaut keuntungan. Mereka hanya perlu memusing-musingkan duit deposit yang mereka perolehi dari trader yang loss dan membayar withdrawal trader yang untung menggunakan dana ini dengan harapan trader yang rugi perlu lebih banyak dari trader yang untung. Tetapi, jika tiba-tiba ada trader yang mampu untung dengan profit yang luar biasa besar, ketika inilah broker bucket shop akan sakit kepala dan mencipta pelbagai-bagai alasan untuk tidak membayar withdrawal trader terbabit.


3. Kekuatan Dana

Anda juga perlu tahu kekuatan dana broker-broker yang anda pilih. Dengan erti kata yang mudah, broker-broker yang lebih besar dan telah bertapak lama akan menpunyai dana yang lebih kuat dari broker-broker kecil yang baru sahaja tumbuh. Kekuatan dana adalah penting bagi memastikan broker mempunyai cukup wang untuk membayar withdrawal pelanggan mereka. Ianya tidak menjadi masalah jika anda mahu support broker-broker yang baru tumbuh ini tetapi anda perlu lah jelas akan risiko yang perlu anda tanggung. Ya, setiap bisnes mempunyai risiko, tetapi anda mempunyai otak yang sihat untuk menguruskan risiko tersebut.


4. Pengurusan broker

Broker yang baik perlulah mempunyai pengurusan yang telus dan mudah dicapai. Jika kita mempunyai sebarang masalah, kita boleh terus berbincang dengan pihak pengurusan dengan segera. Broker-broker tidak sepatutnya menyembunyikan pihak pengurusan mereka sama ada pengurusan yang tertinggi sampai lah yang paling terendah. Semuanya perlu telus dan benar.

.

Inilah 4 tips penting pada saya yang perlu trader berikan perhatian sebelum mereka memilih mana-mana broker. Lain-lain faktor seperti spread, leverage, bonus, dan sebagainya, itu terserah kepada kita untuk membandingkannya. Perlu di ingat kita bukan mahu trade sebulan dua sahaja. Jadi sangat lah penting untuk kita memilih broker-broker yang benar-benar selamat dan di percayai.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Friday, 24 June 2016

Akhirnya Kemenangan Berpihak Kepada Brexit





Brexit menang dengan 52% berbanding Bremain 48%

Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu oleh trader-trader dan juga investor-investor seluruh dunia telah pun tiba. Secara rasminya hari ini majoriti warga United Kingdom (UK) telah memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (European Union).

Hal ini telah mereka terjemahkan pada UK-EU Referendum yang telah dijalankan pada 23/06/16. Kiraan rasmi hari ini menunjukkan Brexit telah memenangi referendum ini dengan mencatatkan 52% berbanding Bremain yang mencatatkan 48%.  Mesej yang jelas telah di sampaikan oleh rakyat UK.



Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron telah meletakkan jawatannya berikutan kekalahan pasukan Bremain.

Buat forex trader, hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kita. Pergerakan market hari ini sangat ganas disepanjang pengiraan undian UK-EU Referendum yang bermula pagi Jumaat tadi. Bagi yang mengikuti pengiraan undi secara langsung pastinya dapat merasakan perasaan yang berdebar-debar apatah lagi jika pada masa yang sama juga kita mempunyai position berkaitan referendum ini yang masih aktif. Saya yakin, anda pasti tidak senang duduk melihat pergerakan market yang besar dan ganas itu.

Matawang GBP telah turun sebanyak 11% hari ini dan kadar tukaran GBP kepada USD adalah yang terendah dalam tempoh 30tahun. Pair GBPUSD telah turun lebih dari 1700pips. Matawang Euro turut terkesan dan jatuh bersama-sama dengan matawang GBP. Pair EURUSD telah jatuh lebih dari 500pips dan mencatatkan harga terendah pada paras 1.0910. Matawang safe haven iaitu JPY mendapat permintaan berikutan situasi panik yang berlaku di dalam pasaran. USDJPY telah turun melebihi 700pips manakala pair GBPJPY telah turun lebih dari 2600pips.

Pergerakan ini sudah di jangkakan dari awal lagi jika Brexit memenangi referendum ini. Anda semua boleh rujuk balik post bertarikh 14Jun 2016 yang lepas bertajuk "Brexit? Apakah Yang Forex Trader Perlu Tahu?". Anda boleh baca semula post itu jika anda belum lagi membacanya.

Pemahaman fundamental sangat penting di dalam trading. Faktor-faktor fundamental lah yang akan menggerakkan pasaran dan anda sama sekali tidak boleh menafikan hal ini. Namun, pemahaman fundamental ini perlu juga disertakan pemahaman teknikal yang baik. Anda perlu mengabungkan kedua-duanya untuk anda menjadi trader yang "sempurna". Ini adalah pandangan saya secara peribadi. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju. Tidak mengapa, saya hormati pandangan anda jika ianya berbeza.

Bagi yang mahu belajar fundamental, saya sarankan anda untuk bersama-sama kami di SFA Ultimate. Di situ kita akan belajar serta berbincang segala isu berkaitan fundamental semasa market dan juga tidak ketinggalan, analisa teknikal. Anda semua sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keluarga SFA Ultimate.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

Wednesday, 22 June 2016

Majoriti Trader Malaysia Memilih Bremain?



Pada tarikh 22 May yang lalu, saya telah mengadakan satu poll (undian) berkaitan UK-EU Referendum (Brexit) di salah satu group facebook forex yang terkenal di Malaysia iaitu Group "Signal, Analisa & Berita Forex Percuma". Data di atas telah saya ambil pada hari Rabu 22/06/16 pada jam 8.30malam.


Berikut merupakan dapatan yang saya peroleh :


Tarikh mula mengundi : 22 May 2016
Tarikh data dikutip : 22 Jun 2016 2016
Jangka masa mengundi : 1 Bulan


Bilangan pengundi : 342 orang

UK kekal (Bremain) : 227 orang
UK Keluar (Brexit) ; 115 orang


Peratusan Rasmi

Bremain : 66%
Brexit : 34%



Pemenang Rasmi : BREMAIN!


Poll di atas bukan lah signal yang boleh anda jadikan sebab untuk melakukan position sebelum referendum sebenar esok. Poll ini dibuat hanyalah sekadar ingin mengetahui pendapat majoriti trader-trader di Malaysia berhubung isu Brexit yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sebarang dagangan yang anda lakukan adalah berada di bawah tanggungjawab anda sendri.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst




Monday, 20 June 2016

FUNDAMENTAL?? Apa itu Fundamental? Penting ke? Baca jika anda ingin mengetahuinya..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan FUNDAMENTAL.. Jadi sila lakukan senaman ringkas seperti jogging setempat untuk menjana kecergasan minda sebelum meneruskan membaca (gurau-gurau je, jangan marah haa).. So apa benda FUNDAMENTAL ni?

FUNDAMENTAL ni adalah perkara asas mengenai MARKET Forex itu sendiri, segala apa yang menyebabkan pergerakkan harga itu terjadi baik dari segi pengeluaran data-data ekonomi sesebuah negara, bencana alam, geopolitik, pesanan komersial, dasar kewangan bank pusat dan lain-lain lagi. Jadi adakah ianya penting buat trader untuk mengetahuinya? Bagi saya jawapannya adalah YA, kerana kita sebagai trader pasti tertanya-tanya apakah yang menyebabkan harga tersebut bergerak malah kadang-kadang sehingga terlalu mendadak dan boleh mencederakan akaun kita.

Saya ambil contoh seperti tukaran diantara USD/MYR, masih ingatkah lagi anda pada isu 1MDB tempoh hari? Ianya telah menyebabkan nilai tukaran matawang diantara US Dollar kepada Ringgit Malaysia menjadi tinggi, sehingga tersebarnya khabar angin bahawa nilai tukaran tersebut mampu mencecah RM5 kepada hanya 1USD. Isu-isu seperti ini dimana ianya melibatkan pegawai tertinggi didalam sesebuah negara dan keadaan geopolitik juga mampu mempengaruhi akan pergerakkan nilai tukaran itu.

Seperti mana hari ini kita dapat saksikannya pada matawang GBP apabila isu UK kekal/keluar dari Kesatuan Eropah. Dan apa yang menarik, ianya tidak hanya tertumpu kepada matawang GBP sahaja. Matawang lain juga turut terkesan dari isu ini seperti contoh EURO, JPY, CHF dan juga komoditi seperti GOLD. Mengapa matawang dan komoditi lain juga turut terkesan? Salah satunya adalah kerana Safe Haven Flow terhasil, keadaan dimana pelabur-pelabur besar mengalihkan dana dan juga modal mereka kepada instrumen yang lebih stabil dan selamat. Selain itu, bagi matawang EURO ianya dilihat sebagai "Funding Currency" kerana faktor kadar faedahnya yang rendah oleh para pelabur.

Begitu juga dengan dasar kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank pusat, ianya menunjukkan halatuju sesuatu matawang itu sama ada nilainya akan makin meningkat atau makin berkurangan. Akan tetapi perlu anda ketahui, bahawa penurunan atau kenaikan bukanlah sasaran atau tujuan utama bank-bank pusat ini mengeluarkan dasar kewangan mereka. Sebaliknya sasaran mereka adalah lebih tertumpu kepada mengawal inflasi bagi kestabilan ekonomi. Mengawal lambakan kewangan didalam ekonomi mereka. Dan kesan dari itu lah yang menyebabkan turun atau naiknya nilai matawang tersebut.

Jadi masihkah anda merasakan bahawa FUNDAMENTAL ini tidak perlu dipelajari? FUNDAMENTAL ini mempunyai skop yang sangat luas dan ianya juga akan sentiasa ada pembaharuan yang menjadikan MARKET Forex ini Dinamik. Tidaklah perlu anda tahu kesemuanya untuk permulaan, cari cara dan jalan yang bersesuaian dengan pemahaman masing-masing. Tiada jalan pintas jika anda ingin belajar apatah lagi jika ingin berada dalam dunia Forex ini secara serius. Tidak akan sampai ke destinasi nun beribu batu jika tidak dimulakan dengan langkah yang pertama. Saya berharap perkongsian saya yang tidak seberapa ini dapat mencetus dan membakar semangat anda untuk lebih berjaya didalam bidang ini. Semoga kecekalan dan kekentalan anda semua berkekalan sehingga jayanya. Sekian sajalah artikel saya ini, semoga kita bertemu lagi di artikel yang lain.


Ceecakman
SFA's Currency Analyst

Sunday, 19 June 2016

Cara Gunakan Fibonacci Retracement Dengan Betul

Pada artikel kali ini saya mahu share dengan anda semua cara nak gunakan fibonacci retracement dengan betul (Original). Saya yakin, ramai di antara kita sudah biasa menggunakan tools fibonacci retracement ini di mt4 tetapi masih ramai yang ragu2 sama ada betul atau tidak penggunaannya selama ini.

Tetapi harus saya nyatakan juga di sini. Ada bermacam2 kaedah atau pun cara menarik fibonnaci retracement ini. Malah ada antara mereka yang membuat teknik khas menggunakan tools ini. Saya sama sekali tidak mempunyai masalah dengan perkara itu. Artikel kali ini hanyalah sebagai rujukan bagi mereka2 yang ingin mengetahui cara penggunaan yang 'original'.

Fibonacci retracement adalah tools/indicator yang kita gunakan untuk mencari level2 retracement/correction/pullback/bounceback yang berpengaruh, untuk kita masuk semula pasaran dengan mengikuti trend asalnya.

Terdapat 2 jenis penggunaan fibonacci retracement iaitu ketika kita jangkakan market dalam keadaan UPTREND dan juga ketika DOWNTREND.

Terdapat 3 level fibonacci retracement yang paling berpegaruh iaitu 38.2%, 50% dan 61.8%.


1. Uptrend


Pair EURUSD. TFD1.

Berikut merupakan contoh menggunakan fibonacci retracement jika anda menjangkakan market dalam keadaan uptrend. Jika anda jangkakan market dalam keadaan uptrend, anda perlu tarik fibonacci retracement dari bawah ke atas iaitu dari swing low ke swing high. Untuk contoh di atas swing low nya adalah di 1.2754 ( low 9 Julai 2013) dan swing high nya adalah di 1.3451 (high 20 Ogos 2013). Level 0.0% perlu berada di atas manakala level 100% perlu berada di bawah.

Setelah market bergerak dari 1.2754 (low) menuju ke 1.3451 (high), ianya telah melakukan retracement (pembetulan harga) dan akhirnya retracement itu berakhir di level 50%. Ini membawa maksud harga telah retrace 50% dari pergerakan low 1.2754 ke high 1.3451 sebelum ini. Harga kemudiaannya telah menyambung pergerakan ke atas.

2. Downtrend

Pair AUDUSD. TFD1.
Bagi contoh downtrend pula, anda perlu tarik fibonacci retracement dari atas ke bawah iaitu dari swing high ke swing low. Untuk contoh di atas, swing high nya adalah di 0.8162 (high 14 Mei 2015) manakala swing low nya adalah di 0.7576 (low 1 jun 2015). Level 0.0% perlu berada di bawah manakala level 100% perlu berada di atas.

Setelah market bergerak dari harga swing high ke swing low tersebut, ianya telah melakukan retracement dan reject di fibonacci retracement level 38.2. Setelah itu, harga terus saja menjunam turun semula. Jadi adalah benar level 31.8 merupakan level yang fibonacci retracement yang berpengaruh. Anda boleh masuk di situ setelah jelas rejection di level tersebut.


Adakah ada time frame tertentu untuk menggunakan fibonacci retracement?

Jawapannya TIDAK. Anda boleh menggunakan fibonacci retracement ini di mana-mana timeframe. Cara penggunaan nya adalah sama seperti apa yang telah saya tunjukkan di atas.



Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst



Thursday, 16 June 2016

Market Menggila Semalam? Ini Apa Yang Anda Semua Perlu Tahu.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
APA DAH JADI dengan market semalam (16/6/16)?? Eur/Jpy mencatatkan pergerakkan lebih kurang 400pips, Usd/Jpy & Eur/Usd pula mencatatkan pergerakkan lebih kurang 300pips.. Saya pasti jika ada trader yang tidak menjaga Money Management nya dengan baik tentu terkesan dengan market semalam, malah mungkin ramai yang mengalami Stop Out..

Semalam kita di hidangkan dengan deretan data ekonomi yang berimpak besar dimana ianya menjadi tumpuan market, dimulakan dengan FOMC dari FED di awal pagi, kemudian disusuli pula oleh BOJ & RBA, dan seterusnya dari SNB  sebelum di sudahi dari BOE.. Tetapi apakah tumpuan market semalam? Pada saya masih lagi terarah kepada isu BREXIT yang kian hangat dan yang terbaru hingga menyebabkan kes bunuh salah seorang dari MP dari Parti Buruh iaitu Jo Cox (41tahun), di Birstall, New Yorkshire. Beliau dipercayai telah ditembak dan kemudian ditikam sebelum terbaring berlumuran darah. Ini telah disahkan sendiri oleh pihak polis Birstall.



Mendiang adalah seorang yang lantang bersuara untuk mempertahankan BREMAIN (uk kekal didalam EU) di parlimen. Oleh disebabkan peristiwa tersebut, kempen referrendum bagi BREXIT dan BREMAIN ditangguhkan sementara waktu di EU manakala bagi keputusan poll yang dikeluarkan Agensi Penyelidikan British (BMG) ditangguhkan ke hari sabtu. Seorang lelaki yang dipercayai pembunuh didalam kes tersebut telah ditahan berhampiran kawasan kejadian tidak lama selepas itu.

Jadi dengan keadaan market sebegini, kawal lah akaun anda sebaik mungkin. Dan jikalau anda tidak mahu mengambil risiko, adalah sebaik-baiknya berehat sahaja dahulu sehingga kes BREXIT ini selesai. Masih banyak masa dan peluang menanti di hadapan. Ingatlah bahawa risiko yang minimum diambil adalah lebih baik berbanding anda 'meletakkan leher di mata pedang'. Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang bakal terjadi nanti.

Ingat dan catatkan didalam minda anda, "Sudden Issue" seperti ini akan lebih memberikan impak apabila ianya terjadi. Kerana ia boleh menimbulkan kekacauan dan panik kepada market lantas Safe Haven flow akan terhasil. Jadi pilihlah, anda mahu Tamak? atau Takut? Pilihan anda akan memberikan kesan secara langsung kepada akaun anda sendiri, jadi jangan terburu-buru membuat keputusan. Kawal Emosi anda, kawal pengurusan kewangan anda dan sentiasalah berjaga-jaga jika timbulnya "Sudden Issue" seperti ini. Sekian untuk entri saya kali ini.


Ceecakman
SFA's Currency Analyst