Wednesday 26 April 2017

Ini Apa Yang Trader Perlu Tahu Tentang Pilihanraya Presiden Perancis

Pembukaan pasaran minggu ini telah memperlihatkan price gap yang agak besar terhasil di beberapa pair terutamanya yang melibatkan matawang EURO & JPY. Pair EURUSD mencatatkan price gap hampir 200pips manakala pair USDJPY pula mencatatkan price gap lebih 150pips.

Price gap ini terbentuk disebabkan oleh keputusan pilihanraya Perancis pusingan pertama yang menyaksikan calon pilihan Emmanuel Macron telah menang dengan mendapat undian sebanyak 23.7%. Macron merupakan calon yang dilihat pro-EU(Kesatuan Eropah) dan kemenangan ini sekaligus telah meredakan ketidaktentuan geopolitik yang sedang berlaku di EU. Seperti yang kita semua sedia maklum, sebelum ini UK telah pun memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah setelah majoriti rakyatnya mengundi untuk keluar pada referendum yang diadakan bulan 6 tahun lepas. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kegoyahan hubungan geopolitik di antara negara2 Kesatuan Eropah.




Macron Vs Le Pen

Kemenangan Macron sedikit sebanyak telah meredakan ketegangan ini dan seterusnya telah memberikan pemangkin yang positif kepada matawang EURO. Matawang EURO telah mendapat permintaan dan terus menguat berbanding matawang2 utama yang lain sejurus keputusan pilihanraya ini dikeluarkan. Matawang JPY pula menerima impak yang negetif disebabkan tiadanya permintaan ke atas matawang safe haven.


Namun, kita perlu ingat bahawa ini baru pusingan pertama pilihanraya Presiden Perancis. Terdapat satu lagi pusingan di mana Macron perlu menentang seorang lagi calon yang berjaya menduduki tempat kedua dalam pemilihan presiden pusingan pertama dengan undian sebanyak 21.7% iaitu Le Pen. Le Pen merupakan calon presiden yang anti-EU. Kemenangan Le Pen akan membawa kepada malapetaka yang lebih besar kepada Kesatuan Eropah iaitu kemungkinan Perancis keluar dari Kesatuan Eropah seperti United Kingdom (UK). Jika Le Pen menang, dia telah berjanji untuk melakukan Referendum Frexit iaitu referendum untuk rakyat Perancis mengundi untuk kekal ataupun keluar dari Kesatuan Eropah.


Pusingan kedua Pilihanraya Presiden Perancis akan diadakan pada 7 May 2017 iaitu kurang 2minggu dari sekarang. Jadi apakah yang akan berlaku kepada pasaran matawang jika kemenangan berpihak kepada Macron atau pun Le Pen? Mari saya terangkan apa yang mungkin berlaku.

  • Macron Menang
    • Jika Macron menang, matawang EURO akan menerima tempias yang positif. EURO akan mendapat permintaan dan menguat. Selain itu, matawang safe haven JPY pula dijangka lemah.

  • Le Pen Menang
    • Jika Le Pen menang pula, mawatang EURO akan menerima kesan yang negetif. Matawang EURO akan jatuh menjunam manakala matawang matawang safe haven JPY pula akan mendapat permintaan dan sekaligus menguat.



1 comment:

  1. Halo,
    Perkenalkan, Nama saya Wenny
    Saya adalah development dari ForexMart, Kami melihat website anda dan kami ingin mendiskusikan kerjasama kemitraan dengan Anda. 
    Boleh saya minta kontaknya untuk menjelaskan lebih lanjut atau anda bisa langsung menghubungi saya ke wenny@forexmart.com, terimakasih

    ReplyDelete