Wednesday, 25 May 2016

BOC Interest Rate Decision & Statement (25/05/16)

Jam 10malam hari ini kita akan ada news monetary policy yang melibatkan matawang CAD iaitu
-BOC Overnight Rate@Interest Rate
-BOC Rate Statement

Pada monetary policy meeting yang lepas, BOC mengekalkan policy sedia ada dengan mengekalkan interest rate pada paras 0.5%. Tone keseluruhan BOC pada hari tersebut dilihat bercampur2 dengan BOC menaikkan 'Q1 growth forecast' dari 1.0% kepada 2.8% dan menaikkan '2016 average growth' dari 1.4% kepada 1.7%  . BOC juga telah menurunkan 'Q2 growth forecast' dari 2.2% kepada 1.0% serta menurunkan '2017 average growth' dari 2.4% kepada 2.3%.

Bagi malam ini pula, dijangka tiada perubahan monetary policy dari BOC. Interest rate@Overnight rate dijangka masih kekal pada paras 0.5%. Pun begitu, kita perlu melihat apakah statement2/tone yang akan dikeluarkan oleh BOC pada malam ini kerana statement2 inilah yang dijangka akan mengerakkan matawang CAD.

Hawkish (statement/komen positive) = CAD Kuat
Dovish (statement/komen negetive) = CAD Lemah

Apa pun, secara keseluruhan, saya melihat matawang CAD masih lagi dalam keadaan bearish. Boleh ambil peluang untuk SELL semula matawang CAD jika ianya menguat sementara.

Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

1 comment:

  1. eToro is the #1 forex trading platform for rookie and pro traders.

    ReplyDelete