Tuesday, 19 April 2016

EURUSD FORECAST (19/04/16)


Eurusd sudah retrace 61.8% dari penurunan minggu lepas. Jika gagal menuruskan kenaikan, harga di jangka turun semula.



Wednesday, 24 February 2016

Thursday, 11 February 2016

3 Swing Trade Opportunities (12/02/16)

3 Swing Trade Opportunities (12/02/16)

1. SELL NZDCAD. Harga semasa 1.9318
2. SELL EURCAD. Harga semasa 1.5747
3. BUY CADJPY. Harga semasa 80.67

Peringatan : Sila gunakan MM yang berpatutan!



NZDCAD

EURCAD

CADJPY


Monday, 28 December 2015

RAHSIA UNTUK BERGELAR FULL TIME TRADER KINI TERBONGKAR!

Baiklah, disebabkan ramai yang ingin tahu macam mana cara saya survive dalam bidang trading ini & mampu bergelar full time trader (FTT), hari ini saya akan bongkarkan kepada anda. Anda juga boleh ikut cara yang saya lakukan ini jika anda rasa ianya bersesuaian dengan anda.

Ada 3 sumber income saya di dalam bidang ini.

1. Self trading
Untuk self trading ini, anda hanya perlu target 10-15% sahaja sebulan dari keseluruhan modal self trading anda. Pecah-pecahkan modal trading anda ke beberapa akaun trading supaya senang untuk di kawal.
Contoh ; Akaun 1 = 1k usd, Akaun 2 = 2k usd, Akaun 3 = 2k usd. Total modal 5k usd.Jadi, jika hanya target 10% profit per month, anda hanya perlu dapatkan 500usd sahaja profit sebulan. Convert kepada RM akan dapat RM 2000.
Jika anda mempunyai trading system yang baik @ profitable, mendapatkan 10% profit sebulan dari keseluruhan modal adalah di kira nilai yang sangat logik. Anda boleh rujuk akaun2 saya di link myfxbook di bawah

2. Copytrade/Autocopy
Anda perlu menjadi manager copytrade di mana2 broker atau pon mana2 3rd party copytrade provider. Saya ambil contoh di broker mocaz sebab saya manager copytrade di sini.
Apabila anda menjadi manager copytrade di mocaz, anda akan layak mendapat profit sharing sebanyak 20% dari keuntungan followers anda. Modal minimum untuk menjadi manager adalah 1k usd. Saya akan buat contoh pengiraan di bawah,
Katakan anda ada 20orang follower sahaja dengan akaun 1k usd setiap seorang. Jadi total fund followers anda akan jadi 20k usd. Untuk memudahkan kiraan, kita anggap semua follower buat setting full scale. Anda hanya perlu target profit yang sama juga seperti self trading iaitu 10% saja sebulan.
Akaun manager 1k usd, 10% = 100 usd
Akaun follower 20k usd, 10% = 2k usd
Anda hanya akan dapat 20% saja dari 2k usd, jadi 20% X 2k usd = 400 usd. Convert ke RM = RM 1600
RM1600 profit sharing + RM 400 profit akaun manager = RM 2000

3. Affilate
Sumber income ketiga adalah dari affilate. Kebanyakan broker ada menawarkan program affilate ini. Kita akan di beri komisen dalam bentuk perkongsian spread dari client yang kita rujuk/daftarkan. Tidak perlu target komisen yang tinggi dari affilate ini. Cukup sekadar 500usd saja sebulan. Convert kepada RM = RM 2000
Saya cadangkan anda buat akaun affilate di broker XM. Bagi yang belum buat akaun affilate di XM boleh klik link di bawah dan daftar.

TOTAL INCOME ANDA
Self-trading = RM 2000
Copytrade = RM 2000
Affilate = RM 2000
TOTAL INCOME = RM 6000/month

p/s : Ini hanya kiraan saya secara kasar & minimum saja. Anda sendiri boleh tentukan berapa target income yang anda mahukan sebulan. Saya harap posting saya ini dapat membantu anda merancang cita-cita anda untuk bergelar full time trader. Selamat maju jaya saya ucapkan. :-)

Oleh : Naim Sangkakelubi ( https://www.facebook.com/naim.sangkakelubi )
   

smile emoticon

Thursday, 17 December 2015

BER'FOREX' ATAU BERJUDI??

Kenapa tajuk nya begitu? jom sy kongsikan.. buka minda anda jika mahu meneruskan pembacaan ini..
Forex seperti yg sy pernah kongsikan sebelum ni adalah tentang urusniaga antara 2 jenis matawang.. contoh diantara Ringgit Malaysia(MYR) dengan Dollar Amerika(USD).. sebarang transaksi dimana ada pertukaran diantara satu jenis matawang terhadap satu lagi jenis matawang dipanggil FOREX(Foreign Exchange).. jadi kita BER'FOREX ke BERJUDI??
Ok kalau saya hanya sekadar meneka harga semasa bagi matawang MYR untuk esok akan menaik(bullish) atau dengan kata lain menguat berbanding USD.. tanpa sebarang analisa dari sudut fundamental dan teknikal.. tanpa sebarang sebab yg kukuh dan yakin terus masuk ke market untuk Buy MYR.. apa beza nya jika saya hanya sekadar meneka nombor ramalan?
Itulah yang patut ditekankan dalam dunia forex, gunalah sama ada analisis fundamental mahupun teknikal.. Akan lebih bagus jika analisis itu dari kedua2nya sekali.. sebab apa? sebab fundamental adalah pemacu pergerakan chart itu sendiri.. didalam konteks 'fundamental' itu luas pembelajaran nya.. manakala teknikal pula di ibaratkan himpunan data dari 'sejarah' market itu sendiri.. dan teknikal juga boleh di gunakan sebagai membaca 'sifat' tentang sesuatu matawang itu..
Jadi jika anda serius mahu kekal dan lama didalam dunia forex ini, dinasihatkan agar belajarlah 'KEDUA-DUANYA' sekali.. tiada kerugian pun bagi saya jika kita ambil tahu dan belajar kedua2nya sekali..
Cukuplah forex di cop HARAM dinegara kita ni, janganlah ditambah lagi negative side nya.. pada yg sudi baca sehingga habis perkongsian saya ini diucapkan RIBUAN TERIMA KASIH dan saya ucapkan SELAMAT MAJU JAYA dalam bidang ini..
Tradelah dengan ilmu..
Profitlah dengan konsisten..
Belajarlah dengan yang tahu..
Agar trading anda lebih efisyen..