Thursday, 17 December 2015

BER'FOREX' ATAU BERJUDI??

Kenapa tajuk nya begitu? jom sy kongsikan.. buka minda anda jika mahu meneruskan pembacaan ini..
Forex seperti yg sy pernah kongsikan sebelum ni adalah tentang urusniaga antara 2 jenis matawang.. contoh diantara Ringgit Malaysia(MYR) dengan Dollar Amerika(USD).. sebarang transaksi dimana ada pertukaran diantara satu jenis matawang terhadap satu lagi jenis matawang dipanggil FOREX(Foreign Exchange).. jadi kita BER'FOREX ke BERJUDI??
Ok kalau saya hanya sekadar meneka harga semasa bagi matawang MYR untuk esok akan menaik(bullish) atau dengan kata lain menguat berbanding USD.. tanpa sebarang analisa dari sudut fundamental dan teknikal.. tanpa sebarang sebab yg kukuh dan yakin terus masuk ke market untuk Buy MYR.. apa beza nya jika saya hanya sekadar meneka nombor ramalan?
Itulah yang patut ditekankan dalam dunia forex, gunalah sama ada analisis fundamental mahupun teknikal.. Akan lebih bagus jika analisis itu dari kedua2nya sekali.. sebab apa? sebab fundamental adalah pemacu pergerakan chart itu sendiri.. didalam konteks 'fundamental' itu luas pembelajaran nya.. manakala teknikal pula di ibaratkan himpunan data dari 'sejarah' market itu sendiri.. dan teknikal juga boleh di gunakan sebagai membaca 'sifat' tentang sesuatu matawang itu..
Jadi jika anda serius mahu kekal dan lama didalam dunia forex ini, dinasihatkan agar belajarlah 'KEDUA-DUANYA' sekali.. tiada kerugian pun bagi saya jika kita ambil tahu dan belajar kedua2nya sekali..
Cukuplah forex di cop HARAM dinegara kita ni, janganlah ditambah lagi negative side nya.. pada yg sudi baca sehingga habis perkongsian saya ini diucapkan RIBUAN TERIMA KASIH dan saya ucapkan SELAMAT MAJU JAYA dalam bidang ini..
Tradelah dengan ilmu..
Profitlah dengan konsisten..
Belajarlah dengan yang tahu..
Agar trading anda lebih efisyen..

No comments:

Post a Comment