Sunday 26 June 2016

Tips Memilih Broker Yang Bagus Dan Selamat



Sebagai seorang trader, adalah penting untuk kita memilih broker yang benar-benar berkualiti sebelum kita melakukan deposit dan trade di broker yang berkenaan.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk memilih broker yang bagus dan juga selamat.


1. Regulation

Benda yang paling penting sekali bagi saya adalah regulation broker tersebut. Apabila broker mempunyai regulation, akan ada badan yang mengawal selia broker berkenaan. Broker tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan yang membelakangi pelanggan-pelanggan mereka kerana mereka boleh didakwa jika berbuat sedemikian. Kita ada berbagai-bagai badan penyelia seperti  CySEC, ASiC, FCA, NFA dan sebagainya.


2. Jenis Broker

Anda perlu faham jenis broker yang ada di dalam pasaran. Ada broker yang menggelarkan diri mereka sebagai STP (Straight Through Processing) tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya tiada masalah pun jika anda mahu trader di broker STP/ECN ataupun broker Market Maker. Kedua-dua broker ini mempunyai liquidity provider dan menghantar order anda ke real market cuma bezanya broker pure STP/ECN tidak mempunyai b-book dan broker market maker mempunyai kedua-duanya iaitu a-book & b-Book. Kebanyakan broker yang trader-trader Malaysia trade adalah Market Maker tetapi mereka tidak jelas akan perkara ini. A-book adalah order-order yang akan broker hantar ke LP manakala b-book tidak. Broker Market Maker akan mengklafikasikan trader2 mengikut a-book dan b-book. Secara umumnya trader-trader yang konsisten profit, broker akan meletakkan mereka di a-book manakalah trader-trader 'mat depo' akan diletakkan di dalam b-book.

Broker yang perlu anda elakkan adalah broker-broker yang dipanggil sebagai 'bucket shop'. Broker-broker ini beroperasi tanpa mempunyai liquidity provider langsung. Mereka hanya bergantung kepada ratio trader yang loss lebih ramai dari trader yang win. Jadi mereka memanfaatkan ratio ini untuk mereka mengaut keuntungan. Mereka hanya perlu memusing-musingkan duit deposit yang mereka perolehi dari trader yang loss dan membayar withdrawal trader yang untung menggunakan dana ini dengan harapan trader yang rugi perlu lebih banyak dari trader yang untung. Tetapi, jika tiba-tiba ada trader yang mampu untung dengan profit yang luar biasa besar, ketika inilah broker bucket shop akan sakit kepala dan mencipta pelbagai-bagai alasan untuk tidak membayar withdrawal trader terbabit.


3. Kekuatan Dana

Anda juga perlu tahu kekuatan dana broker-broker yang anda pilih. Dengan erti kata yang mudah, broker-broker yang lebih besar dan telah bertapak lama akan menpunyai dana yang lebih kuat dari broker-broker kecil yang baru sahaja tumbuh. Kekuatan dana adalah penting bagi memastikan broker mempunyai cukup wang untuk membayar withdrawal pelanggan mereka. Ianya tidak menjadi masalah jika anda mahu support broker-broker yang baru tumbuh ini tetapi anda perlu lah jelas akan risiko yang perlu anda tanggung. Ya, setiap bisnes mempunyai risiko, tetapi anda mempunyai otak yang sihat untuk menguruskan risiko tersebut.


4. Pengurusan broker

Broker yang baik perlulah mempunyai pengurusan yang telus dan mudah dicapai. Jika kita mempunyai sebarang masalah, kita boleh terus berbincang dengan pihak pengurusan dengan segera. Broker-broker tidak sepatutnya menyembunyikan pihak pengurusan mereka sama ada pengurusan yang tertinggi sampai lah yang paling terendah. Semuanya perlu telus dan benar.

.

Inilah 4 tips penting pada saya yang perlu trader berikan perhatian sebelum mereka memilih mana-mana broker. Lain-lain faktor seperti spread, leverage, bonus, dan sebagainya, itu terserah kepada kita untuk membandingkannya. Perlu di ingat kita bukan mahu trade sebulan dua sahaja. Jadi sangat lah penting untuk kita memilih broker-broker yang benar-benar selamat dan di percayai.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. wahh. lisa teruja baca pasal forex ni. huhu sis mesti dah expert kan? teringin jugak nak blajar dgn traders sekalian ni. tapi umur baru setahun jagung. hewhew. btw jemput baca entry lisa yang baru 💕💕 :) https://abeautybutabeast.blogspot.my/2018/01/mak-aih-macam-mana-tak-tergoda-dengan.html

    ReplyDelete