Wednesday 29 June 2016

Harga Minyak dan Matawang CAD. Apakah hubungkait antara keduanya?

Pada artikel kali ini, saya ingin terangkan kepada anda semua apakah perkaitannya antara harga minyak mentah dan juga matawang Canadian Dollar (CAD). Jika harga minyak mentah naik, apakah yang akan berlaku kepada matawang CAD? Dan jika harga minyak mentah turun pula, apakah yang akan jadi?



Bendera Negara Canada.


Jangan pening-pening kepala. Saya akan rungkaikan perkara ini untuk anda.

Ok begini. Canada merupakan salah satu dari negara pegeluar minyak mentah utama di dunia. Canada sangat bergantung dengan industri minyak untuk memacu ekonomi negara ini. Naik dan turunnya harga minyak akan memberi kesan kepada pendapatan Negara Canada dan hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada matawang CAD.


Teorinya mudah saja,

Jika harga minyak naik, CAD juga akan ikut naik.

Jika harga minyak turun, CAD juga akan ikut turun.


Teori ini boleh dibuktikan di chart di bawah.


Oil Chart. TFD1

Harga minyak telah mengalami kenaikan bermula pada 21/01/16. Harga terendah yang dicatatkan pada hari tersebut adalah 27.8x. Harga minyak kemudiaannya telah memecut naik dan mencatatkan harga tertinggi pada paras 51.5x pada 09/06/16.


Sekarang lihat pula chart pair USDCAD di bawah.


USDCAD Chart. TFD1

Seperti yang anda semua boleh lihat, matawang CAD juga turut menguat apabila harga minyak memulakan pendakian pada awal bulan 1 2016. Kekuatan CAD ini telah memberi tekanan kepada pasangan matawang USDCAD. USDCAD telah mengalami kejatuhan yang ketara kesan dari kenaikan harga minyak. Hal ini sekaligus telah membukti kan teori yang telah saya nyatakan di atas tadi bahawa jika harga minyak naik, CAD juga akan ikut naik.

Namun, anda tidak lah boleh semata-mata bergantung dengan faktor harga minyak saja untuk anda membuat analisa berkenaan hala tuju matawang CAD. Cumanya anda perlu sedar, harga minyak merupakan antara faktor utama yang akan memberi kesan kepada naik dan turun nya harga matawang CAD. Lain-lain faktor juga perlu anda ambil kira.


Sekian.


Naim Sangkakelubi
SFA's Currency Analyst






1 comment:

  1. yang mana menyebabkan sesuatu yang lain? adakah cad naik dulu diikuti minyak, atau minyak dahulu baru cad?

    terima kasih

    ReplyDelete